SIHAT dan CANTIK dengan PROTEIN

Hai, harini Cik Nad nak story kat u olls pasal PROTEIN.

Kita memang selalu dengar perkataan protein ni. Tapi adakah betul kita betul2 tahu apa pentingnya protein ni..? amboiii soklan, kalah cikgu dalam kelas..kikikiki

Ok, untuk pengetahuan, protein adalah sangat penting dalam diet kita. Tubuh kita sangatttttt perlukan protein untuk membina dan membaiki tisu-tisu dalam badan dan protein adalah jisim bukan air yang PALING UTAMA di dalam badan manusia. 
.
Jadikan protein sebagai hidangan wajib anda setiap hari ye..!
.
Protein adalah molekul yang terdiri daripada 22 asid amino yang sangat diperlukan oleh badan. Protein dari asid amino penting kepada fungsi badan seperti: 
.
Antibodi - untuk pertahanan imun
Kolagen - untuk tisu sokongan
Enzim untuk metabolisme
Haemoglobin - untuk pengangkutan dan juga 
Hormon 
.
Tubuh kita hanya mampu menghasilkan 12 asid-asid amino semula jadi, manakala baki sembilan lagi perlu diperolehi dengan memakan makanan yang mengandungi 'Essential Amino Asid' termasuk:
.
 Isoleucine 
Leucine 
Lysine 
Methionine 
Phenylalanine 
Threonine 
Tryptophan 
Valine
Histidine
.
Protein yang kita perolehi dari sumber pemakanan kita akan dicernakan oleh tubuh secara berterusan, sebab tulah badan kita memerlukan bekalan protein setiap hari untuk menggantikan protein yang telah digunakan. 
.
Lebih aktif gaya kehidupan kita, lebih cepat protein dicerna dan lebih banyak protein yang diperlukan untuk menggantikan protein yang telah digunakan tersebut. 
.
 Kenapa perlu diganti? Haaa sebabnya kerana protein ni tidak dapat disimpan dalam badan sebagaimana karbohidrat dan lemak. 
.
Protein, seperti air, adalah bahan yang paling banyak di dalam badan. Kira-kira separuh daripada jisim bukan air dalam badan kita terdiri daripada protein. 
.
Bahagian badan yang terdiri daripada protein termasuk: tulang, mata, rambut, sel, ligamen, otot, kuku, organ, kulit, gigi, tendon dan juga tisu 
.
Fuhhhhhhh.. Banyakkk bahagian badan kita yang memerlukan protein ni sebenarnya kan. Jadi jangan malas, culas atau pun takut untuk ambil protein ye.
.
Badan kita secara amnya memerlukan 1-2 gram protein setiap hari bagi setiap kilogram berat badan. 
.
Tanpa jumlah protein yang mencukupi, badan akan memecahkan otot atau tisu lain, atau badan akan 'meminjam' asid amino daripada sistem imun dan bahagian badan yang lain untuk memenuhi keperluan protein didalam tubuh. 
.
So bila bekalan protein "dicuri" contohnya dari sistem imun dan juga tempat lain kerana bekalan yang tidak mencukupi, kesan buruknya tubuh kita akan kekurangan daya imunisasi, mudah mendapatkan jangkitan selain dan cepat letih dan lesu. 
.
 Ibu mengandung khususnya, jika tidak mendapat bekalan protein yang mencukupi semasa mengandung juga turut mendapat risiko kurang berat badan yang ideal terhadap bayi didalam kandungan dan tanda-tanda kekurangan protein termasuk:
.
Anemia - disebabkan oleh kekurangan zat besi, ia menyebabkan jumlah yang tidak mencukupi oksigen yang akan dihantar melalui darah ke sel-sel
 Edema - pengumpulan cecair yang terutamanya berlaku di kaki atau pergelangan kaki.
Pertumbuhan perlahan - pada kanak-kanak 
Pengecutan tisu otot 
.
Check ye.. Kalo ada tanda, rajin2 topup protein ye. Kalo tak kita, sapelahh lagi yang nak tolong topupkan ye dak..hihihi 
.
Kalo tanye Cik nad, pilihan Cik Nad tentunya protein soya dari Energizing Soy Protein Shaklee. Protein soya ni adalah salah satu daripada tumbuhan yang menyediakan sumber protein lengkap.
.
Kesemua asid amino penting ni badan tak mampu hasilkan, so perlu dapatkan dari pemakanan kita.
.
 Perlu korang tahu yang kacang soya bukan sahaja menyediakan protein berkualiti tinggi, malah menyediakan jumlah vitamin, mineral dan serat, yang tinggi dan rendah dengan kandungan lemak. 
.
So protein soya ni sangatlah sesuai untuk dijadikan sumber protein bagi vegetarian.

So, suka Cik Nad nak sarankan WAJIB setia dengan #ESP ni kalau korang nak:
.
✔️ Kulit kekal lembap
✔️ Badan kekal bertenaga
✔️ Hilangkan parut
✔️ Masalah gastrik
✔️ Rahim lebih kuat
✔️ Kulit lembut & anjal
✔️ Milkbooster ibu menyusu
.
Cubalah, gerenti puas hati..! 
.

 

2 comments: