Nasik Dagang Sohor Na..Na..Naaa.. Ganu Kiterrrr

Dah breakfast ke u olls..?
.
Cik Nad & hubby pagi ni breakfast nasik dagang. 
.
 Alhamdulillah kenyang. So pagi ni entry adalah tentang nasik dagang. 
 .
  So, ape sejarah nasik dagang ni sebenarnye ye..? Daripada apa yang Cik Nad tahu, nasik dagang sebenarnya tidak dibuat oleh penduduk tempatan Terengganu, tetapi ianya diperbuat oleh orang Bugis yang datang berdagang dan kebiasaannya dipersembahkan kepada Baginda Sultan yang memerintah negeri Terengganu sebagai juadah istimewa menjelang Hari Raya. 
.
 Haaa nasik dagang kelantan dan terengganu agak berbeza ye. 
.
Nasik dagang Terengganu biasanya hanya dimakan dengan lauk gulai ikan tongkol dan acar timun
 .
Nasik Dagang Kelantan kadangkala dimakan bersama lauk gulai ayam dan ikan tongkol.

.
So kalo datang terengganu, kat mane nak makan nasuk dagang yang sedap dan berbaloi dengan duit yang anda keluarkan..? 
.

Cik Nad biasenya beli nasik dagang di warung Kak Pah di Pantai Batu Buruk Sedap betui nasik dagang Kak Pah ni.. Kalo lambat datang pagi2 tu, confirm kena beratur hihihi 
.
.
Ni haa taukenye. Ramah dan mesra, paling best tak berkira. Rupanya Kak Pah ni mak sedara kepada kawan my hubby, so setiap kali datang dapatlah kami kuah nasik dagang lebih. 
.
Haaaaa, makan ko laki bini nasik dagang kuah banjir hihihi 
.
Tapi selepas anak semakin banyak akal, kami prefer take away je, makan kat umah dengan aman. Sebelom pegi beli tu, call dulu. Ala-ala booking online ler. Kihkihkih 
.
.Bagitahu siap-siap nak nasik dagang tu berapa ringgit, kabolah nak kepala ikan ke, ekor ikan ke. Pahtu kami bersiap dan cepat-cepatlah pegi ambik. 
.
 Selain Nasik Dagang Kak Pah, satu lagi kedai nasik dagang yang tersohor di Kuala Terengganu adalah Nasi Dagang Kak Jah. Haaa..yang ni pun tak kurang hebatnya. Siap berlapik daun pisang lagi. Tradisional gittew u olls.. 
.
 Kedai Nasi Dagang Kak Jah ni letaknya di Kampung Bukit Besar berhampiran Pasar Bukit Besar. Tak susah nak cari sebab kedudukan kedai di tepi jalan utama. Kalo agak2 sesat tak jumpa, boleh tanye penduduk sekitar. InsyaAllah mereka boleh tunjukkan. 
.

Ni haaa siap ade nombor telefon, so sebelum datang pastikan call dulu. Confirm ade, cepat2 pecut datang kedai naaa.. 
.
Cuti sekolah dah tak lame ni, kalo anda datang ke Terengganu, sila pastikan anda hadam nasik dagang sebelum balik ye.. Hihihi
.
.
Bye. Assalamualaikum.

1 comment: