8 TIPS atasi SEMBELIT ketika BERPANTANG


Sebut je sembelit..
 
memang semua orang pun GERUNNNN..
 
Fuhhh..serba tak kena dibuatnya..sampai berpeloh-pelohhh..
 
Lebih parah lagi ada segelintir ibu-ibu yang mengalamai sembelit selepas melahirkan anak. Pastinya saat tu sangat perit untuk dilalui kann..
 
Ada beberapa punca dan penyebab yang menyebabkan sembelit terjadi dikalangan ibu yang baru sahaja melalui proses bersalin. Antaranya ialah:

  • Semasa proses melahirkan anak, kebiasaannya system percernaan akan menjadi lebih perlahan.
  • Anda melalui proses bersalin yang memerlukan bantuan forsep atau vakum.
  • Anda mendapat jahitan selepas bersalin secara normal.
  • Ia juga mungkin disebabkan oleh hormon kehamilan yang masih berbaki didalam badan meskipun selepas melahirkan anak.
  • Diet yang tidak seimbang sewaktu berpantang.
  • Ubat penahan sakit seperti pethidine dan diamorfin juga boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat.
 --------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS atasi SEMBELIT
 
Rasa takut untuk membuang air besar dan seterusnya sehingga mengakibatkan sembelit akan menyebabkan rasa tidak selesa kepada ibu yang sedang berpantang.
Saya kongsikan 8 tips mudah bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut:
 
 
1. Penting untuk anda mengambil diet yang seimbang semasa berpantang. Jadi pastikan diet anda terdiri daripada makanan yang berserat tinggi serta pastikan diet anda turut terdiri daripada buah-buahan dan sayuran-sayuran setiap hari.
 
2. Pastikan anda minum air dengan secukupnya terutamanya jika anda menyusu badan. Air dapat membantu memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

3. Sekiranya anda merasakan sudah masanya untuk menunaikan hajat, segeralah ke tandas. Elakkan sikap suka bertangguh akan membawa padah yang mana akhirnya boleh mengakibatkan sembelit.

4. Elakkan duduk ataupun terbaring terlalu lama. Cubalah untuk berjalan walaupun sedikit demi sedikit kerana ini dapat membantu sembelit dari menjadi semakin teruk.

5. Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

6. Anda juga boleh menggunakan ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor.

7. Anda juga boleh menggalakkan pergerakan usus dengan cara menarik dan mengendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempisdan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut anda. Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga 10kali. Relaks kan lantai pelvik anda sewaktu senaman ini dilakukan.

8. Jangan biarkan sembelit berterusan. Jumpalah doktor dan jangan dibiarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan buasir atau hemoroid dimana berlakunya pembengkakan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.

----------------------------------------------------------------------------------------
 
Jangan risau ye..
 
Sembelit ketika berpantang masih boleh diatasi dengan cara selamat, semulajadi dan berkesan.
 
Untuk ketahuinya anda boleh baca disini.


 
 

2 comments:

  1. Cuak kan bila sembelit time pantang huhu.. Waktu nak ke toilet tu bercinta sangat =(

    ReplyDelete
  2. perghhh mmg skit giler2 bpeluh kat tnda..ddk bjam2..mmg seram la

    ReplyDelete