10 MITOS Susu Ibu


Assalamualaikum..hai semua ibu-ibu..nad nak cerita tentang mitos atau kisah dongeng tentang susu ibu..
 
Korang pernah tak dimomokkan dengan perkara negative tentang susu ibu..?
 
Nad sendiri pernah ade pengalaman yang kurang manis ni, tapi Nad cuma senyum dan ambil pendekatan dengan menerangkan secara berhemah.
 
Bukan salah mereka, cuma mereka kurang faham. So, bila kita dah bersedia sepenuhnya dengan ilmu, InsyaAllah mudah untuk kita terangkan.
 
Apa yang penting, jangan cepat TERPENGARUH ye..
 
So, disini Nad kongsikan antara mitos atau kisah dongeng yang sering dikaitkan dengan susu ibu. Semoga dengan penjelasan ni kita dapat membantu insan lain disekeliling kita untuk lebih memahami tentang susu ibu.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
MITOS 1: Susu formula lebih kaya dengan nutrisi berbanding susu ibu
 
Susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang mana walaupun sehingga kini, masih belum dapat ditiru oleh pengeluar susu formula.Terdapat lebih daripada 300 nutrisi didalam susu ibu dan ada sebahagiannya masih belum dikenalpasti sehingga kini. Seringkali iklan di media dan tv mewar-warkan kebaikan yang terkandung didalam susu formula mereka.

Hakikatnya susu formula buatan manusia sememangnya tidak dapat menandingi kehebatan susu ibu ciptaan terbaik Allah SWT khas untuk anak-anak syurga kita.
 
Cubalah anda tilik mana-mana tin susu formula sekalupun, mereka TETAP menyatakan pada tin susu tersebut bahawa susu ibu adalah susu TERBAIK.
 
Jadi janganlah anda ragu-ragu lagi ye..
 
MITOS 2: Susu formula lebih sedap berbanding susu ibu
 
Susu ibu mengandungi banyak nutrient dan kandungan gula dalam susu ibu lebih tinggi berbanding susu formula iaitu 6.8 g berbanding 4.8 gram. Namun gula pada susu ibu adalah gula yang mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula didalam susu formula.
 
Sebenarnya susu ibu lebih sedap berbanding susu formula kerana apa yang dimakan oleh ibu, itulah yang akan dirasakan oleh bayi, maka dari seawal usia sehari bayi kita sudah terdedah kepada rasa makanan yang sentiasa berlainan.
 
Percayalah bayi susu ibu mempunyai selera makan yang sangat baik berbanding bayi susu formula dan Alhamdulillah dari pengalaman saya sendiri, kami dua beranak sememangnya berkongsi makanan kegemaran yang sama.
  
MITOS 3: Payudara kecil biasanya susu kurang
 
Payudara yang besar adalah kerana faktor lemak yang banyak. Lemak tidak mempengaruhi penghasilan susu kerana apa yang penting adalah kelenjar susu berfungsi dengan normal.
 
Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu buat anaknya walau apa saiz payudaranya sekalipun.
 
Maka jangan dibandingkan saiz payudara dengan penghasilan susu yang dihasilkan. Kerana itu sangat penting untuk anda sebagai ibu memahami konsep Supply On Demand ye.
 
MITOS 4: Kolostrum adalah susu yang KOTOR
 
Mungkin kedengaran agak lawak, tapi saya sendiri pernah melalui pengalaman ini dimana sahabat saya sendiri pernah disarankan oleh suaminya supaya buang kolostrum tersebut kerana kolostrum adalah susu kotor..hihihi
 
Kolostrum sebenarnya adalah cecair emas untuk bayi yang mana sangat kaya dengan antibodi yang berfungsi untuk melindungi kesihatan dan sistem percernaan bayi yang mana ianya cuma hadir pada 3 hingga 4 hari pertama sepanjang hayat seorang bayi..!
 
Walaupun terdapat kolostrum yang dijual dipasaran, perlu anda tahu kolostrum tersebut adalah kolostrum dari susu lembu yang secara logiknya manalahhhhh sama dengan kolostrum seorang ibu kan..hihihi
 
MITOS 5: Ibu menyusu WAJAR waspada terhadap pengambilan makanan
 
Sebenarnya bukan hanya ibu menyusu, malah semua orang pun perlu berwaspada dengan pengambilan makanan dan mengamalkan pemakanan yang sihat.
 
Ada ibu yang sewaktu pantang dan menyusukan bayinya tidak memakan telur mahupun ayam kerana bimbang gatal pada luka bersalin sedangkan telur mahupun ayam adalah makanan yang membekalkan sumber protein dan telur adalah antara sumber protein yang murah dan senang didapati.
 
MITOS 6: Susu ibu cair, bayi tak kenyang
 
Mana tahu? Sebab bila pam susu yang keluar tu cair. Sebab tu tak kenyang. Beri susu formula laa..pekat, cepat anak kenyang. Katenyerrrrr..hmmmm
 
Susu ibu mengandungi 88% air. Susu awal adalah foremilk yang mana susu cair yang berfungsi untuk menghilangkan dahaga dan susu pekat pada akhirnya yang dinamakan hindmilk yang lebih pekat untuk mengenyangkan bayi.
 
MITOS 7: Puting payudara ibu perlu dicuci sebelum penyusuan

Tahukah anda bahawa puting payudara seseorang ibu itu bersifat antibakteria? Ini kerana bintik-bintik yang wujud pada payudara sang ibu telah Allah SWT cipta dengan mewujudkan bahan pelincir semulajadi atau sebum yang bertindak sebagai antibakteria. Maha Suci Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu sangat sempurna dan mudah untuk setiap anak syurga kan.. Nikmat ape lagi yang kita nak dusta kan..

Berdasarkan kajian yang dijalan sebelum ini, bayi yang baru lahir cenderung untuk memilih puting ibunya yang tidak dicuci berbanding puting ibu yang telah dicuci kerana bayi lebih tertarik kepada bau semulajadi.  

Kerana itulah jugak, ibu menyusu dinasihatkan agar tidak menyembur wangian berlebihan kerana bau wangian tersebut boleh menenggelamkan bau semulajadi pada tubuh ibu yang menyebabkan bayi tidak mahu menyusu.

MITOS 8: Penyusuan menyebabkan payudara ibu cepat kendur

Sepanjang kehamilan, pembentukan kelenjar mamari dari proses mamogenesis menyebabkan payudara ibu membesar kerana sebagai proses persediaan untuk menampung penghasilan susu.

Saiz payudara ibu yang menyusukan bayi  akan menurun dengan secara perlahan-lahan berbanding saiz payudara ibu yang tidak meyusukan, penurunannya adalah secara cepat dan drastik.

MITOS 9: Penyusuan susu ibu menyebabkan bayi asyik nak 'melekat' jerrr..

Ibu adalah insan pertama yang dikenali sepanjang berada dialam rahim, ibu yang mengandungkan, ibu yang menyusukan, sememangnya bayi akan sangat rapat dengan ibunya. Tapi jangka masa melekat mungkin hanya 6 bulan, mungkin juga 2 tahun, paling lame pun 4 tahun. Jika usia bayi tu Allah panjangkan sehingga 80 tahun?

Singkatkan masa penyusuan dibandingkan dengan usia mereka jika ditakdirkan mereka panjang usia. So, ibu-ibu sekalian gunakanlah masa yang ada untuk menyusukan mereka sepuasnya selagi hayat dikandung badan, ini kerana kajian telah membuktikan bahawa bayi yang menyusu badan lebih berdikari, lebih berkeyakinan dan lebih tenang serta kurang menangis kerana mereka telah puas didakap, dibelai, dicium dan dimanja sewaktu disusukan ibu mereka.

MITOS 10: Ibu perlu makan lebih banyak kerana nutrisi diambil oleh bayi

Ibu menyusu perlulah mengambil pemakanan yang seimbang demi untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Yelah kan, if mama ain't happy..ain't nobody happy..
Jadi pastikan ibu-ibu sekalian makan dengan seimbang, bukannya makan dengan lebih banyak kerana corak pemakanan yang tidak betul dikhuatiri kelak akan memdatangkan pelbagai penyakit pulak pada si ibu.

So ibu boleh makan ape sahaja asalkan tidak berlebihan dan sekiranya pemakanan anda menyebabkan alahan kepada bayi, anda haruslah berhati-hati ye..

Sekian perkongsian dari saya..

Selamat menyusukan bayi anda ye..!~


 

Ketahui cara dapatkan KALSIUM walaupun anda BENCI SUSU..!

 
 
Tahukah anda satu daripada 15 mesej utama Panduan Pemakanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah pengambilan susu dan produk tenusu setiap hari.
 
Habistu macamne ye nak buat kalau anda dah cuba tapi memang tak boleh nak tolerate dengan susu..?
 
Kalau tak ambik kalsium, kemungkinan untuk menghadapi Osteoporosis tinggi pulakkkk...
 
Takpe..takpe..toksah risau sangat ye..*senyum dan tarik napas dulu ye*
 
Meh lapangkan dada dan baca apakah 13 makanan yang kaya dengan KALSIUM yang boleh anda semua ambil untuk gantikan kalsium dan dijadikan menu harian anda sekeluarga..
 
---------------------------------------------------------------------------------------------
 
TELUR
 
Ramai yang suka makan telur kan..? Rasanya dari peringkat kanak-kanak sampailah dewasa rasenye ramai yang suka dan takde masalah untuk makan telur kan..?
 
Kita pun tahu telur ni antara yang sangat mudah nak disediakan so bolehla buat salad telur, omellete, telur hancur, sandwich telur dan macam-macam lagi kan..
 
Telur sangat kaya dengan protein dan kalsium so sangat dan bagus sekiranya diambil secara rutin.
 
BROKOLI
 
Brokoli mempunyai kandungan kalsium sebanyak 180gram sebanyak satu cawan pengambilan.
 
Brokoli ni rase dia agak pahit, tapi pilihan yang anda ada ialah sup brokoli sebab brokoli ni bila dibuat sup rase dia sedikit berlemak.
 
KEJU
 
Tahukah anda sekeping keju menyamai kalsium pada segelas susu?

 So, keju ni anda boleh makan dengan roti, masukkan kedalam sup, mi dan jugak spaghetti.
 
OREN
 
Buah oren sangat mudah nak beli dekat mana-mana kan..

Selain tinggi dengan Vitamin C, buah oren pun tinggi dengan kalsium tau.
 
KACANG BADAM
 
Kacang badam sangat kaya dengan asid lemak yang bagus untuk otak dan kacang badam menyumbang sekitar 70-80 mg kalsium pada setiap pengambilan.
 
OATMEAL
 
Oatmeal sangat tinggi dengan serat dan mempunyai kalsium yang sangat tinggi.

Semangkuk oat mampu membekalkan anda 105 mg kalsium. So, kalo nak oat yang sedap jangan lupa buatkan bubur oat dan campurkan dengan kismis, pisang, mangga dan juga kiwi.
 
YOGURT
 
Yogurt adalah sumber kalsium yang terhasil daripada susu yang difermentasi dengan bakteria.

So, pastikan anda makan natural yogurt dan kisar bersama dengan buah-buahan dan jus dan dibuat sendiri dirumah supaya anda boleh mengawal kandungan gula.
 
IKAN BILIS DAN TULANG
 
Perlu anda tahu makanan laut memang sangat kaya dengan kalsium contohnya ikan bilis (440mg), udang kering (128mg) dan juga ikan sardin dalam tin yang mengandungi 363 mg kalsium.
 
Tapi pastikan ikan bilis tu jangan dibuang kepala dan bersihkan tulangnya ye.
 
Untuk mengekalkan kandungan kalsium jangan dibuang tulang ikan bilis tu ye sebab tulang ikan bilis tulah yang menyimpan kandungan kalsium yang banyak.
 
SAYURAN HIJAU
 
Ulam-ulaman dan sayur-sayuran sangat tinggi dengan kalsium.

Nutrient Composition of Malaysian Foods menyatakan kandungan kalsium pada setiap secawan sayur-sayuran tersebut adalah:
 
Pucuk betik (290 mg)
Ulam raja (270 mg)
Daun pudina (216 mg)
Daun pegaga (171 mg)
Kailan (179 mg)
Sawi (136 mg)
Pucuk paku (79 mg)
 
PRODUK KACANG SOYA
 
Air soya, tofu, kacang kuda dan taufu fa adalah antara produk yang terhasil daripada kacang soya.
 
1 cawan soya mentah membekalkan anda 349 mg kalsium, manakala 1 cawan taufu fa mengandungi 163 mg kalsium.
 
KACANG PUTIH, KACANG DAL DAN KACANG KUDA
 
Kacang kuda dan kacang dal masing-masing mengandungi sebanyak 268 mg dan 326 mg kalsium.

Manakala kacang putih mengandungi 175  mg kalsium untuk setiap hidangan.
 
LOBAK
 
Haaa..jangan tak tahu lobak ni bukan je rase dia yang manis tapi kalsium pun tinggi tau. Sebatang lobak membekalkan sekitar 200 mg kalsium. Pilihan terletak ditangan anda samada nak buat jus, masak sebagai sayur dan nikmati dengan nasi ataupun masukkan ke dalam sup dan bubur.
 
IKAN SALMON
 
Selain kaya dengan lemak sihat dan Omega-3 dan protein, 90 gram ikan salmon juga mampu membekalkan anda 181 mg kalsium. 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------
 
Untuk kesihatan optimum, Institut Perubatan (IOM)  yang menetapkan panduan pemakanan Amerika menyarankan pengambilan kalsium seperti berikut:
 
Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun - 500mg kalsium setiap hari
 
Kanak-kanak 4 hingga 8 tahun - 800mg kalsium setiap hari
 
Kanak-kanak 9 hingga 18 tahun - 1300 mg kalsiu setiap hari
 
18 tahun dan keatas patut mendapat 600 IU vitamin D setiap hari (anggaran 6 gelas susu diperkaya).
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Inginkan kalsium terbaik tanpa bau dan rasa susu yang senang dan mudah untuk anda telan?
 
 

8 TIPS atasi SEMBELIT ketika BERPANTANG


Sebut je sembelit..
 
memang semua orang pun GERUNNNN..
 
Fuhhh..serba tak kena dibuatnya..sampai berpeloh-pelohhh..
 
Lebih parah lagi ada segelintir ibu-ibu yang mengalamai sembelit selepas melahirkan anak. Pastinya saat tu sangat perit untuk dilalui kann..
 
Ada beberapa punca dan penyebab yang menyebabkan sembelit terjadi dikalangan ibu yang baru sahaja melalui proses bersalin. Antaranya ialah:

  • Semasa proses melahirkan anak, kebiasaannya system percernaan akan menjadi lebih perlahan.
  • Anda melalui proses bersalin yang memerlukan bantuan forsep atau vakum.
  • Anda mendapat jahitan selepas bersalin secara normal.
  • Ia juga mungkin disebabkan oleh hormon kehamilan yang masih berbaki didalam badan meskipun selepas melahirkan anak.
  • Diet yang tidak seimbang sewaktu berpantang.
  • Ubat penahan sakit seperti pethidine dan diamorfin juga boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat.
 --------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS atasi SEMBELIT
 
Rasa takut untuk membuang air besar dan seterusnya sehingga mengakibatkan sembelit akan menyebabkan rasa tidak selesa kepada ibu yang sedang berpantang.
Saya kongsikan 8 tips mudah bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut:
 
 
1. Penting untuk anda mengambil diet yang seimbang semasa berpantang. Jadi pastikan diet anda terdiri daripada makanan yang berserat tinggi serta pastikan diet anda turut terdiri daripada buah-buahan dan sayuran-sayuran setiap hari.
 
2. Pastikan anda minum air dengan secukupnya terutamanya jika anda menyusu badan. Air dapat membantu memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

3. Sekiranya anda merasakan sudah masanya untuk menunaikan hajat, segeralah ke tandas. Elakkan sikap suka bertangguh akan membawa padah yang mana akhirnya boleh mengakibatkan sembelit.

4. Elakkan duduk ataupun terbaring terlalu lama. Cubalah untuk berjalan walaupun sedikit demi sedikit kerana ini dapat membantu sembelit dari menjadi semakin teruk.

5. Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

6. Anda juga boleh menggunakan ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor.

7. Anda juga boleh menggalakkan pergerakan usus dengan cara menarik dan mengendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempisdan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut anda. Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga 10kali. Relaks kan lantai pelvik anda sewaktu senaman ini dilakukan.

8. Jangan biarkan sembelit berterusan. Jumpalah doktor dan jangan dibiarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan buasir atau hemoroid dimana berlakunya pembengkakan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.

----------------------------------------------------------------------------------------
 
Jangan risau ye..
 
Sembelit ketika berpantang masih boleh diatasi dengan cara selamat, semulajadi dan berkesan.
 
Untuk ketahuinya anda boleh baca disini.


 
 

Pentingnya DETOKS TOKSIN anda..!

Credit kepada entry Pn Hafsah di atas info tentang usus ini.. Mari kita baca..


    Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
     
    Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
     
    Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
    Usus besar boleh menyerap mineral dan air
     
Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
 
    Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
 

Mengapa detox / mencuci usus penting?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
 
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum

----------------------------------------------------------------
 
Jom CUCI usus anda dengan HERB-LAX..!
 
 
Herb-lax dihasilkan dari kombinasi perubatan tradisional dan teknologi barat.
 
Herb-Lax  menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut pada usus yang mana telah terbukti secara klinikal ianya selamat digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa yang lama.
 
--------------------------------------------------------------------------------------
 
Manfaat Herb-Lax
 
Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut bagi najis yang tersekat atau yang telah tersimpan lama didalam tubuh kita.
 
Membersihkan najis yang tersekat.
 
Membantu masalah sembelit.
 
Tindakan pembersihan yang lembut membantu mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu mengatasi sembelit anda.
 
Mengempiskan perut yang buncit.
 
membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan ke dalam air panas dan dijadikan minuman herba.

-------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 

Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye.. 

Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 

013.9213.938 

w_nads@yahoo.com 

COD sekitar Kuala Terengganu 

Penghantaran ke seluruh Malaysia

--------------------------------------------------------------------------------------- 

PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE 

<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>

>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<

10 TIPS Perut Kempis TANPA Senaman..!

 
Ingin mendapatkan perut yang kempis tanpa senaman?
 
Sebab bila kita sebut senaman ni bukan semua orang rajin nak buatkan....?
 
Ade juga yang liat...hihihi
 
So, kalau anda dari kalangan mereka yang kurang rajin bersenam, disini saya nak kongsikan 10 TIPS untuk dapatkan perut yang anda idamkan TANPA senaman..
 
Jom baca..
 
BETULKAN POSTUR BADAN
 
Postur yang baik bukan sahaja membantu anda mengelakkan dari menghadapi sakit belakang, malah turut membantu anda mendapatkan bentuk badan yang cantik.
 
Pastikan telinga-bahu-pinggul-lutut-buku lali berada pada garis lurus.
 
Apabila kita mengamalkan postur yang baik, bahagian badan yang biasanya berlipat akan ditegakkan.
 
RUTIN TANDAS
 
Pastikan kita membuat satu rutin untuk anda membuang air besar setiap hari.
 
So, dengan cara ini kita dapat membuang segala sisa badan setiap hari dan dan mengelakkan sembelit yang boleh menyebabkan perut kembung dan membuncit
 
MAKAN PERLAHAN
 
Rupanye saranan orang tua supaya makan dengan perlahan dan jangan gelojoh tu bersebab.
 
Apabila kita menngunyah makanan dengan perlahan, maka angina dapat dielakkan.
 
Jadi pastikan anda kunyah sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali sebelum makanan ditelan selain dapat mengelakkan kita makan dengan berlebihan kerana otak mengambil masa selama 30 minit untuk menerima isyarat kenyang dari perut.
 
TAMBAH PROBIOTIK
 
Yogurt sangat baik untuk melawaskan pembuangan anda. 
 
Probiotik yang terkandung didalam yogurt membantu menguraikan makanan didalam perut dan mengurangkan kebarangkalian anda menghidapi masalah usus yang mana boleh menghalang anda dari mendapatkan usus yang kempis.
 
BERJALAN
 
Amalkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari (brisk walking) bagi membantu meningkatkan metabolism anda..
 
Abaikan langkah dan kalori yang dibakar ye..!
 
BANTU DENGAN SUPPLEMEN
 
Sesetengah supplemen bukan hanya baik untuk badan malah turut membantu anda untuk mendapatkan perut yang kempis.
 
Pengambilan Kalsium dan B-Kompleks dalam pengambilan vitamin anda setiap hari membantu mengurangkan paras estrogen untuk mengurangkan lemak yang terkumpul disekitar pinggang.

Nak tahu supplemen yang boleh membantu anda mendapatkan berat badan idaman..?

Baca sini ye..
 
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
  
Walaupun tanpa bukti, namun air boleh menyebabkan seseorang yang bediet akan merasa kenyang jika mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air.
 
Ini kerana air menyebabkan makanan kelihatan lebih banyak, membantu menambah stimulasi mulut dan memperlahankan penyerapan makanan kerana makanan akan berada didalam perut dengan lebih lama.
 
Selain itu, pastikan anda minum air secukupnya untuk mengelakkan badan anda TIDAK menyimpan air sebagi persediaan untuk menghadapi dehidrasi.
 
Tahukah anda, sekitar 4 paun air dismpan dibahagian pinggang sekiranya anda kurang minum air.
 
Apabila badan anda cukup air, berat badan akan diselaraskan dan bonusnya kulit anda pun akan bertambah CANTIK..!
 
RELAKS
 
Stress dan sentiasa rase tidak keruan boleh menyebabkan badan seseorang menghasilkan steroid dan hormon yang boleh menjejaskan sistem penghadaman yang akhirnya akan menyebabkan sembelit..
 
Selain stress turut menyebabkan pengeluaran kortisol yang boleh menyebabkan lemak terkumpul dibahagian pinggang.
 
SASARAN REALISTIK
  
Berpijaklah dibumi yang nyata. Mungkin anda mengidamkan badan seperti seseorang.
 
TAPI harus kita ingat bahawa bentuk badan kita mungkin berbeza daripada orang tersebut.
 
Maka, tetapkan sasaran mengikut badan anda dan bukanlah imej yang anda idamkan itu.
 
BERSABAR
  
Perut yang membuncit dan menggeleber memakan masa yang lama.
 
Maka, bukan mudah untuk mengempiskan perut yang sudah bertahun-tahun menggeleber.
 
Perlu bersabar menunggu hasil dari usaha anda ye..
 
 
SELAMAT MENCUBA..!


 

Atasi JERAWAT ANDA dengan MUJARAB..!



Remaja, memang sinonim dengan jerawat kan..
 
Adakah anda remaja yang turut menderita kerana dihantui jerawat..?
 
Saya dulu mase zaman sekolah pun memang banyak jerawat..so memang fahamlaa perasaan mereka yang ade jerawat ni..
 
Fuhhh..memang jeles sangat dengan kengkawan yang muka licin gebooo tu..hihihi tapi sekarang Alhamdulillah..jerawat dah pun dapat diatasi..syukur..
 
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah jerawat ni, janganlaa terlalu risau..terlalu stress..sebab tekanan semua tu akan memburukkan lagi keadaan ye.. so jangan menyerah kalah dan cepat give-up sebab zaman ade penyelesaiannya.
 
Ok, kalo anda nak tahu, VITAMIN sebenarnya adalah satu alternative yang selamat yang anda boleh gunakan bagi menyelesaikan masalah jerawat anda.

Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin semua tu semua ade kandungan vitamin semulajadi tauuuuu..
 
Selain tu anda boleh mendapatkan vitamin yang dah tersedia didalam bentuk tablet, TAPI sila pastikan vitamin tersebut adalah dari sumber semulajadi dan bukan sintetik ye..perlu kita tahu perbezaan semulajadi dan sintetik ni..saya ada kongsikan disini untuk anda baca..



Jomm kita baca apakah vitamin semulajadi yang boleh membantu anda mengubati JERAWAT:
 
VITAMIN A
 
Vitamin A sangat tinggi dengan kandungan retinoid. Retinoid biasanya digunakan oleh ahli dermatologi bagi mengubati masalah jerawat. Fungsi retinoid adalah untuk menjaga pori-pori dan mempercepatkan proses penggantian sel yang baru. Vitamin A ni boleh didapati dari minyak ikan dan juga produk tenusu.
 
Vitamin A sangat baik untuk kulit dan kurangnya nutrisi daripada Vitamin A didalam badan seseorang boleh memberikan masalah kepada kulit dan seterusnya boleh menyebabkan jerawat. Vitamin A dari Shaklee boleh diperolehi dari CarotoMax.
 
VITAMIN B
 
Stress sehingga mengakibatkan jerawat boleh diatasi dengan Vitamin B. Sayur-sayuran hijau, daging, susu, telur, bijirin dan ikan sebenarnya sangat kaya dengan Vitamin B.
 
Pentingnya vitamin B pada kulit kita ialah kerana Vitamin B ni membantu dalam merawat masalah kulit dan mengekalkan kesihatan kulit agar kulit kekal cerah dan tona lebih sekata. Shaklee turut menawarkan Vitamin B semulajadi ye..dah tentulah si kuning ceria - B Complex.
 
VITAMIN C
 
Vitamin C, lebih-lebih lagi Vitamin C yang dilengkapi dengan BioFlavonoid yang sangat kaya dengan anti-oksidan sangat diperlukan untuk menjalankan 300 fungsi metabolism badan kita.
 
Fungsinya adalah untuk melawan jangkitan, membaikpulih sel badan dan juga menguatkan daya pertahanan tubuh badan daripada sebarang jangkitan.
 
Untuk menghapuskan jerawat, disarankan anda mengambil 1000 mg Vitamin C sebanyak 3 kali sehari. Nak mudah, saya syorkan anda telan je Sustained Release Vita-C Shaklee 6 biji setiap hari..nak telan tu ade cara dia tau..bukan sekali telan 6 biji, kalo nak tahu, anda boleh tanye saye ye..
 
VITAMIN E
 
Vitamin E adalah sangat sinonim dengan perawatan kulit kerana ianya kaya dengan antioksidan yang bertindak untuk melawan radikal bebas.

Vitamin E secara semulajadinya boleh diperolehi daripada kacang badam, bijirin dan juga brokoli. Vitamin E Shaklee adalah Vitamin E Complex yang diperkaya dengan Selenium.
 
ZINK

Zink membantu dengan cara menyembuhkan luka pada kulit dan mencegah parut yang boleh menyebabkan jerawat. Zink juga bertindak sebagai antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan kulit akibat daripada radikal bebas. 

Kekurangan zink turut menyumbang kepada masalah jerawat dan zink boleh didapati daripada telur, bijirin, kacang dan juga cendawan. Anda disarankan untuk mengambil Zink pada kadar 25-30mg sehari bagi mencegah jerawat. Zink Shaklee sudah tentu Zinc Complex.

KROMIUM
 
Kromium berfungsi untuk mengurangkan jangkitan pada kulit. Sekiranya anda berdiet, kehilangan gula turut menyebabkan anda kehilangan kromium. Maka anda disarankan untuk mengambil kromium pada kadar 150 mg sehari bagi menentang jerawat.
 
Langkah mudah dengan vitamin semulajadi untuk mendapatkan kromium of course dengan pengambilan Vita-Lea yang mana membekalkan 60mg kromium untuk setiap pengambilan. So, nak cukupkan kromium, boleh ambik 2 bijik ye..satu pagi dan satu biji malam..
 
 
Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan bagi menghilangkan jerawat, seeloknya anda gantilah dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin yang mengandungi kesemua vitamin bagi mencegah jerawat anda.
 
Selain selamat sebenarnya banyak manfaat yang turut anda semua  boleh dapat..!
 
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye.. 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 
013.9213.938 
w_nads@yahoo.com 
COD sekitar Kuala Terengganu 
Penghantaran ke seluruh Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------- 
PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE 
<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>
>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<
 

Atasi KEDUTAN KULIT ANDA dengan SOYA


Tahukah  korang yang nama soya diambil dari perkataan Jepun yang bermaksud Kicap (shoyu)..?
 
dan korang semua pernah tak tengok pokok soya ye..?
 
Pokoknya tegak dan rimbun lebih kurang 70 sentimeter (cm) tinggi dan soya adalah dari keluarga kacang dan berasal dari Asia Timur.
 
Nama saintifik bagi soya adalah GLYCINE MAX dan jangan tak tahu ye yang soya pun ade bunga, dan bunga soya ni berbentuk gumpalan yang berwarna ungu dan putih..
 
Itulah serba sedikit intro tentang soya yang saya boleh kongsikan dengan anda, (saya pun tak tahu sebelom ni soya ade bunga..hihihi..)
 
---------------------------------------------------------------------

Soya kaya dengan pelbagai khasiat dan selain mempunyai nilai protein yang sangat tinggi.
 
Kacang soya ni memberikan khasiat yang sangat banyak pada tubuh badan manusia, antaranya ialah:
 
Pengambilan makanan yang kaya dengan soya membantu mengurangkan kadar kolesterol dan juga merendahkan risiko mendapat penyakit jantung.
 
Soya kaya dengan serat dan isoflavon. Isoflavon adalah sebatian tumbuh-tmbuhan yang juga dipanggil sebagai phyto-estrogen.
 
Kacang soya sangat berbeza dengan tumbuhan lain kerana kandungan protein yang ada pada kacang soya sangatlah bermutu tinggi.
 
Soya mampu memberikan kesan positif pada kulit. Soya mampu mengurangkan kedutan, membaiki kerosakan yang dialami oleh kulit kerana cahaya matahari dan menganjalkan kembali kulit yang berkedut. 


KEHEBATAN SOYA PADA KULIT

Menegangkan Kulit

Soya dapat membantu menegangkan dan menganjalkan kulit anda kerana soya bertindak dengan menggalakkan pengeluaran kolagen pada tubuh kita.

Kolagen dan juga fiber adalah bahan utama yang diperlukan bagi menghasilkan kulit yang tegang dan anjal.

Melembapkan Kulit

Soya juga digelar sebagai pelembap "pintar" kerana ia secara semulajadinya boleh bertindak melembapkan kawasan kulit yang kering selain turut mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit.

Soya juga mampu melembutkan dan melicinkan serta membantu meratakan tona kulit anda.
 
Mengurangkan Kedutan
 
Kajian menunjukkan Saglycones iaitu sejenis yang bahan yang terhasil daripada isoflavon yang terdapat didalam soya dapat membantu dalam membaiki penuaan yang berlaku pada kulit dan pada masa yang sama mengurangkan garis-garis halus kedutan pada kulit anda.
 
So, dah tahu kebaikan protein soya ni, jadikan soya sebagi hidangan harian anda ye dan pastikan soya anda adalah soya non-GMO yang mana bukan sahaja menyihatkan malah tiada kesan negative untuk penggunaan jangka panjang..
 
 
Soya TERBAIK pilihan ramai harini tentulah Energizing Soy Protein..! :)
 
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye.. 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 
013.9213.938 
w_nads@yahoo.com 
COD sekitar Kuala Terengganu 
Penghantaran ke seluruh Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------- 
PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE 
<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>
>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<