Nugget HomeMade mudah untuk Si Manja :)

Assalamualaikum..

Apa aktiviti anda dihujung minggu baru-baru ni selain keluar berjalan-jalan?

Ok, minggu ni saya main-main masak di ceruk dapur..hihihi..suami request ikan keli goreng berlado dan suami request tolong requestken sekali nugget ayam homemade untuk si kecik, Assyifa Husna..

So saya nak kongsikan resepi homemade nugget tu dengan semua ibu diluar sana..senang je..selain kebersihan terjamin, ibu2 boleh tambah apa2 yang anak suka ke dalam mugget tersebut..

Haaa..tulaa untung kan kalau buat sendiri ni.. Dapat jimat banyakkkkk $$$$$.. Hihihi
 
--------------------------------------------------------------------------------

Jadi bahan-bahan utuk homemade nugget ni adalah:
 
400gram isi ayam (beli yg dah siap dalam plastic tu)
3 sudu besar tepung gandum (kalo agak2 lembik, boleh tambah skit lagi)
1 sudu kecil lada sulah
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar breadcrumbs
1 sudu kecil garam halus
Boleh tambah sayur seperti carrot dan brokoli (rebus dan blend sehingga hancur)
Saya masukkan OmegaGuard ke dalam homemade nugget Assyifa Husna supaya lebih berkhasiat.
 
----------------------------------------------

Cara-caranya:
 
Ayam yang dah siap dikisar tu dicampurkn dengan tepung gandum, mayonis, lada sulah dan juga garam.
 
Adunkan semua skali.
 
Setelah adunan, anda boleh membentukkan nugget mengikut bentuk yang anda suka.
 
Tapi sekiranya adunan dirasakan agak lembik, golekkan diatas tepung gandum dan breadcrumb sehingga membolehkan anda membuat bentuk yang anda suka menggunakan cookies cutter.
 
Kemudian setelah selesai dibentuk, bolehla celupkan kedalam telur dan salutlah nugget ke dalam breadcrumb sekali lagi.
 
Ok dah siap semua, bolehla digoreng dan yang selebihnya masukkan kedalam deep freezer.
Ready to fry anytime



Uuuikkkksss..macam papa aje yang terujaaaa..hahahaha..

Itu sahaja.. Amacam? Mudahkannn..

Selamat mencuba..!
 
 

Ceritera PARUT dan ANGGUR..

Assalamualaikum..haiii..

Ok harini nak cerita satu kisah berkenaan parut..ok cakap pasal parut ni, parut ade yang kekal dan ade yang sementara..kalo parut yang kekal mungkin akan kekal pada tubuh badan seseorang atau mungkin akan pudar tapi masih meninggalkan kesan kerana ianya melibatkan banyak lapisan kulit..contohnya parut accident akibat kesan jahitan dan sebagainya..

Ade juga parut sementara yang mana akan hilang setelah kulit baru keluar menggantikan kulit lama..
 
Ok harini saya nak ceritakan pengalaman saya sendiri yang mengalami masalah kulit berparut kehitaman bukan sebab terjatuh ke, kena jahit ke ape..tapi berparut setelah tersilap produk..dan lebih parah parut hitam tu di muka..huhuhuhu *nangissss*
 
-----------------------------------------------------------------------------

Kisahnya macam ni..satu haritu saya tilik2 muka di cermin, adelah naik 2 bijik jerawat plus kesan parut jerawat hitam yang dah lama di bahagian dagu.

Ok, saya pun gunalah satu produk penghilang parut dan jerawat ni. Produk ni adalah produk tradisional yang diperbuat daripada serbuk akar kayu.  So, saya pun pakaila dalam setengah jam..kemudian waktu nak solat asar time saya cuci muka, terasa panas semacam je muka niiii..aiii, dah kenape..kemudian tak lame lepas tu, timbul lah bintik2 merah di muka..*saspennn*
 
Saya biarkan dulu, mungkin esok lusa hilang kot..sodap kan hati sendiriiii..hihihi nak dijadikan cerita selepas bintik2 merah tu hilang, kesan dari produk tu telah meninggalkan parut hitam dan menggelupas dibahagian dagu..
 
alamakkkkkk..dah kenapa laaa jadi macam ni..panik+geram+kecewa..semua ade laaaa.. tapi, Alhamdulillah..saya kira nasib saya masih agak baik kerana saya hanya sapu produk tu dibahagian dagu sahaja..*kalo satu muka? nayaaaaa*

Walaupun parut dan kulit menggelupas tu hanya pada bahagian dagu, malunya saya hanya Allah sahaja yang tahu..kat muka tuuuuu..nak bercakap dengan orang pun malu aihhh..tengok suami pun malu..minggu depan pulak saya perlu menghadiri satu seminar..
 
Aisssshhh tokleh jadi niii..Nak keluar rumah pun segan..nak dekat setengah jam duk tenyeh bedak dan foundation..punya laaa nak cover kann..hihihi camne nak g seminar yang memerlukan saya berhadapan dengan ramai orang..sedihnyaaaa hatiku..

Ok, macam saya cakap tadi, saya ni buatlah apa sahaja termasuklah pakai foundation dan bedak yang agak tebal utk tutup parut tu..malangnya waktu pi umah ayah saya, pun masih kene tegur, apsal hitam kat dagu tu? *aiseyyyyy..*

Maka, saya pun ikhtiar dengan sapu anggur muscadine atau name glamernyerrrrr VIVIX..saya sapu di muka untuk hilangkan parut.  Sememangnya selain diminum, Vivix ni jugak boleh dibuat masker.
 
 
Waktu mula2 sapu Vivix pada kawasan yang berparut dan menggelupas tu, terasa agak perit..saya pakai dalam setengah jam, kemudian bila cuci muka, saya perasan tempat yg berparut tu bila digosok dengan jari, keluar sel kulit mati yang berwarna hitam dan saya juga perasan yang parut sudaaaa semakin cerah..yahooooo..sangatlahhhh terujaaaa..tak sangka hasil secepat niii..hihihi
 
-------------------------------------------------------------

Ok, cerita banyak pun tak guna kot..jom layan gambo.. and let's the pictures do the talking..
 
 
 
Gambar 1,2 dan 3 : Sewaktu muka mula2 menggelupas
 
Gambar 4 : Sapuan Vivix dimuka pada hari pertama
 
Gambar 5 dan 6 : Hasil sapuan Vivix selepas 2 hari,
kulit semakin lembap dan tidak lagi mengelupas 
 
Gambar 7: Hasil sapuan Vivix pada hari ke-3
 
Gambar 8 : Alhamdulillah pada malam hari ke-4,
saya dapat menghadiri dinner dan bertemu sahabat dengan rasa yakin..Syukur..
 
------------------------------------------------------------------------

 Syukur..Sapuan Vivix selama 3 hari berjaya memudarkan kesan parut dan menghilangkan kulit yang menggelupas. So, waktu pi seminar di Resorts World Kijal, alhamdulillah saya confident bertemu ramai orang. Kalau tak, mesti asyik pandang lantai jerrr.. 😁 hihihi

Sekarang ni kalo keluar je jerawat sebijik dua especially time nak datang bulan, cepat2 sapu Vivix. Jerawat cepat kecut dan yang penting tiada kesan parut. So jimatlah bedak muka, tak perlulaa nak berbedak dan berfoundation sebab nak tutup parut jerawat..hihihihi..

Sekian dulu perkongsian saya..Last but not least, berhati2 dengan produk-produk penjagaan muka ye..nak cantik punya pasal jangan sampai merana.. Alhamdulillah saya dah bertemu dengan produk yang boleh menyelesaikan masalah jerawat saya dari dalaman dan luaran..
 
--------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye.. 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 
013.9213.938 
w_nads@yahoo.com 
COD sekitar Kuala Terengganu 
Penghantaran ke seluruh Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------- 
PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE 
<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>
>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<
 
 

PEMAKANAN SIHAT, ELAKKAN OBESITI..

Assalamualaikum dan haiiii semua..
Salam jumaat yang penuh barakah..semoga anda semua ceria, bahagia bersama keluarga..
Ok, harini nad nak share dengan anda semua satu tips yang nad dapat dari Majalah PaMa online berkenaan dengan tips nak elakkan obesiti dikalangan kanak-kanak..
 
 
Haaaa..tengok ni..Kanak-kanak ni kalo mase kecik dia montel, memang laaaa kita gerammmmm..pipi tu haaa pipiiiii..macam kena sengat tebuan..opsss..hihihi..
 
 
Tapi bila dah besar skit, dah pandai bergaya dan bergaul, pasti akan wujud perasaan malu dalam diri mereka kerana sering diejek akibat berbadan besar..nak beli baju pun kena pergi kat section dewasa..gara2 baju tak ada size kan.
 
Ok, jom jangan buang mase lagi, meh kita baca tips bagaimana nak mewujudkan pemakanan yang berkhasiat lagi seimbang pada anak2 permata hati kita.
 
 
Amalan pemakanan sihat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri seseorang kanak-kanak. Pengabaiannya sejak di peringkat awal usia bakal menjadikan dia seorang yang obes sekali gus mengganggu gugat kemampuan diri dalam menjadi insan yang berkualiti.
Kanak-kanak montel sering dianggap comel sehingga ramai yang tanpa disedari membentuk generasi gemuk dan berpenyakit untuk masa akan datang. Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan, dibentuk dan ditunjukkan oleh anda!
Anda pasti mahu melihat anak membesar dengan sihat dan kuat. Jadi, dia perlu disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, adalah lumrah apabila sesetengah kanak-kanak kurang berselera makan dan sebaliknya. Namun, jangan memanjakan dia dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan dia mendapat semua khasiat yang diperlukan. Dikhuatiri, anda gagal mengawal pemakanannya sehingga menyebabkan dia cenderung mengambil makanan tertentu secara berlebihan.
Sesungguhnya rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat di kalangan anak-anak dan ahli keluarga yang lainnya. Pada masa yang sama, anda perlu menjadi agen iaitu menjadi pembentuk generasi sihat dengan mendidik si kecil untuk mengamalkan rutin pemakanan yang baik.
-------------------------------------------------------------------------
SEIMBANGKAN PEMAKANAN  
Hal ini dapat dilakukan dengan mengajar anak-anak untuk makan secara bersederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, ia perlu diambil dalam jumlah yang banyak tetapi tetap perlu diseimbangkan dengan jenis kumpulan makanan yang lain juga. Apa yang berlaku pada masa kini ialah si anak dibiarkan makan secara berlebihan. Lemak yang terlalu banyak daripada makanan yang diambil akhirnya disimpan di dalam tubuh lalu menjadi penyebab obesiti terjadi.
  
MINIMUMKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN 
Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera si dia untuk memakannya secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpama dengannya boleh menyebabkan anak enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Ketahuilah, bahan tambahan yang terdapat dalam makanan sebegini juga boleh menjejaskan kesihatan anak anda apabila meningkat dewasa.
 
ELAKKAN MINUMAN BERGAS 
Ada segelintir ibu bapa gemar memberi si kecil minuman berkarbonat sedangkan ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kandungan gulanya yang tinggi. Gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Jika meminum air berkarbonat menjadi amalan biasa, kegagalan buah pinggang boleh berlaku di usia muda.
 
PERBANYAKKAN MINUM AIR KOSONG  
Anak perlu dididik minum air antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh, mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksik.
 
WAJIBKAN BERSARAPAN  
Setiap pagi, pastikan anak mengambil sarapan. Ia merupakan makanan yang wajib diambil sebagai sumber bekalan tenaga agar tumpuannya terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.
 
PERBANYAKKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERGERAKAN FIZIKAL 
Galakkan anak anda bermain di luar rumah seperti taman permainan kanak-kanak. Secara tidak langsung, dia dapat mengurangkan aktiviti fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan bermain permainan video atau menonton televisyen sambil makan. Galakkan juga dia untuk bersukan. Jika kurang berminat dengan aktiviti sukan, cukuplah sekadar berenang atau mengayuh basikal.
 
HADKAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN
Gula tambahan sering dirujuk sebagai kalori kosong. Pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko obesiti. Tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak memang disyorkan. Anda perlu sedar hakikat ini apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak. Hal ini kerana wujud gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses. Disebabkan nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa, ramai tidak menyedari bahawa mereka memberikan anak terlalu banyak gula.
 
 KURANGKAN/ELAKKAN MAKANAN SEGERA
Kebanyakan makanan segera mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Namun, tidak dinafikan kebanyakan restoran makanan segera masa kini mempunyai banyak pilihan makanan yang lebih berkhasiat. Jadi, kurangkan kekerapan anda memberi anak makanan segera sebaliknya memilih makanan yang berkhasiat apabila pergi ke restoran makanan segera.
 
BIJAK MEMBELI MAKANAN
Pengendalian bijak dalam membeli bahan makanan untuk seisi rumah dapat mengawal gaya pemakanan si anak. Jika anda tidak membeli makanan tidak berkhasiat, maka anak anda tidak mengambil makanan berkenaan. Selain itu, setiap kali membeli-belah baca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.
  
Sekian dahulu perkongsian saya, sayangilah permata hati kita dengan memberikan nutrisi yang terbaik buat mereka ye..!