TIPs CEMERLANG Penyimpanan Susu Ibu


Susu ibu yang telah diperah tu ibu-ibu perlulah simpan dengan baik dan ditempat yang betul ye. Jadi, kita sebagai ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu perlu tahu cara terbaik bagaimana untuk kita simpan susu bayi kita ye.
 
  • Susu ibu segar yang disimpan pada suhu bilik (27°C hingga 32°C) boleh bertahan sehingga 3-4 jam.
  • Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria. Tetapi ada pek ais yang mampu digunakan untuk menyimpan susu pada suhu seperti peti ais iaitu 4°C. So make sure ibu-ibu pastikan kualiti pek ais sebelum beli ye.
  • Kajian menunjukkan jika terdapat sedikit pencemaran ketika sesi mengepam susu ibu, tahap pembiakan bakteria masih ditahap rendah walaupun dalam 72 jam. Walaupun didinginkan selama 4-8 hari, susu tersebut masih selamat diminum.
  • Membeku susu ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk tempoh masa 3 bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobulin, lysozyme dan laktoferin, biasanya akan kekal walaupun susu sibekukan. Susu ibu yang dibekukan hendaklah simpan dibahagian belakang peti sejuk (kerana suhu lebih stabil) bagi mengelakkan kerosakan akibat suhu yang tidak stabil sewaktu peti ais dibuka dan ditutup dengan kerap.  Tutup semua bekas dengan rapat bagi mengelakkan pencemaran lebih-lebih lagi jika susu disimpan bersama dengan bahan makanan lain didalam peti sejuk.
  • Sewaktu meletakkan susu ibu didalam bekas, tinggalkan sedikit ruang pada bekas penyimpanan untuk membenarkan pengembangan sewaktu susu tersebut membeku. Jangan lupa untuk melabel tarikh serta waktu susu tersebut dipam. Labelkan nama anak sekiranya ibu-ibu membekalkan susu tersebut kepada pengasuh.
  • Kebiasaannya bayi akan minum sebanyak 60-120ml (2 - 4oz) susu bagi setiap sesi. Maka sediakan stok 60-120ml susu bagi setiap botol bagi mengelakkan pembaziran ye. Kerana stok susu EBM yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam, so sekiranya ibu-ibu bekalkan susu melebihi permintaan bayi, membazirlaa. Maka ibu yang pandai mesti berjimat ye.
  • Elakkan menambah susu ibu yang masih suam atau yang baru dipam ke dalam bekas susu yang telah disejukkan atau dibekukan samada didalam beg ais ataupun didalam peti sejuk. Sejukkan terlebih dahulu susu yang baru dipam, kemudian apabila suhu susu tadi telah sejuk (atau berada suhu yang sama) barulah boleh dicampurkan stok tersebut.
  • Susu ibu yang disimpan akan berubah bau dan rasanya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi terutamanya bayi pramatang). Tapi jangan laaa bimbang sangat ye sebab tak menjadi mudarat pun walaupun ade sesetengah bayi taknak minum. Yelah, bayi ni cerdik, nak minum yang fresh.. Kita pun kalau ade pilihan , harusssss laaa nak yang fresh aje kannn..hihihi..
  • Jika anda membekukan susu ibu selama 3-6 bulan, anda hendaklah menurut flow "First In, First Out" iaitu susu yang lama digunakan terlebih dahulu kerana komposisi susu ibu berubah mengikut usia bayi. Jadi dengan cara ini, ibu dapat pastikan yang susu diminum bayi seiring dengan usia bayi.
  • Memanaskan susu lebih daripada 40°C adalah tidak digalakkan kerana ianya boleh mengurangkan enzim yang terkandung didalam susu ibu. So, ibu-ibu sekalian, sila berhati2 dengan suhu ye..Pemanasan susu ibu diatas dapur dan didalam microwave akan memusnahkan khasiat didalam susu ibu!
 
 
SELAMAT MENJAYAKAN PENYUSUAN!~
 

Penyusuan Susu Ibu: KERJAYA bukanlah ALASAN Kegagalan



Adakah anda seorang ibu yang bekerjaya?
Adakah anda TERLALU SIBUK menyebabkan jadual pam anda tidak konsisten?
Adakah anda merasakan kemampuan untuk mengepam susu bagi permata hati anda terbatas kerana keadaan anda yang selalu berada diluar pejabat?

Saya kongsikan kisah Puan Aini yang berkerja sebagai pramugari dan seorang ibu yang sangat cekal dalam menjayakan penyusuan bagi permata hatinya. Kita sedia maklum komitmen kerja pramugari kan..terbang ke sana sini.. Sekejap di udara, sekejap di daratan.. Sebagaimana komitednya beliau pada tugas, namun bekalan nutrisi yang terbaik untuk anak yang tersayang tetap diusahakan.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan anda semangat serta kesedaran bahawa segalanya terletak pada diri kita.


Keluarkan diri daripada zon selesa dan galilah sebanyak mungkin ilmu penyusuan susu ibu dan berusahalah memberikan nutrisi yang TERBAIK untuk anak anda. Terima kasih Puan Aini untuk kisah yang hebat ini.

____________________________________________________________________________
 
Saya selalu kagum dengan ibu-ibu yang berjauhan dengan anak mereka, tapi masih berjaya menyusukan anak-anak mereka. Sering saya berdoa semoga diketemukan dengan salah seorang ibu yang berjiwa cekal ini. Kenapa saya katakan cekal? Sebab ia bukan mudah. Even myself yang mengadap anak tiap-tiap hari ada masanya pun  rasa nak ‘give up’.Alhamdulillah, doa saya diperkenankan Allah.
 

Inilah ibu cekal tu. Aini Wardiah namanya, Seorang pramugari. Kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka tau. Ya, saya pun rasa macam mudah je keje ni. Berpeluang berjumpa face to face dengan Aini tahun lepas menyedarkan saya bahawa kerja sebagai pramugari tak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi pramugari yang menyusukan anaknya!

Semasa bertemu dengan Aini, saya ajukan soalan ”Dalam flight pump kat mana?” Aini jawab ”Dalam toilet..tu pun kena tunggu turn takut ramai orang. Or kadang-kadang tak dapat pump sebab toilet kotor.” Cerita Aini lagi, kadang-kadang jika terlalu busy (yes it’s not easy tau jadi pramugari..bukan kena lawa-lawa je), dia tak sempat pump sehingga berjam-jam. Sampai bengkak! Penat? Memang penat… Dan saya berfikir, Aini sanggup mengepam di dalam toilet demi anaknya, tapi saya walaupun ada tempat yang agak selesa pun kadang-kadang rasa malas.

Tapi itu bukan penghalang untuk Aini tetap mengepam susu untuk si hensem Areef. Well done my dear. Lebih mengharukan bila Aini bagitau yang Areef dijaga oleh neneknya. Meaning walaupun Aini off day jika off day nya cuma 1-2 hari dia still tak dapat jumpa Areef. Cekal? Yes this is cekal….
 
Saya tanyakan lagi kepada Aini, “Kenapa nak bf..keja mcm u ni susah skit
Jawab Aini “This is the BEST i can give to my son” 
 
You are right my dear. Aini cerita lagi walaupun Areef lama tak jumpa, tapi bila Aini balik dia tau itu ammi nya… Hm…baby susu ibu memang rapat dengan ibu kan? Macam mana pun dia tau, itu ibunya.. Sungguh indah dan ajaib ciptaan Allah.Subhanallah…
 

Cara Aini packing susu nak bawak balik kampung untuk lil Areef..
 
 
 
 
Agaknya masa scan orang tu tanya eh apa benda ni? Hehehe…

Kerja sebagai pramugari macam yang saya katakan (setelah Aini explain bagaimana), memang memenatkan. Dengar cerita Aini, kerja Aini lagi penat dari kerja saya di hotel..Hahhah…So untuk terus bertenaga, cantek (mestila cantek dah namanya pramugari kan) dan yang paling penting terus dapat membekalkan susu kepada lil Areef, Anis consume Set Menyusu Shaklee Euphoria Set B.
 
Kata Aini lagi, “Pump mesti konsisten..Tapi vitamin helps me a lot. Sebab terus bertenaga. Baru dapat buat stok. Bila rasa susu drop kena buat power pumping”. Mendengar cerita Aini membuatkan saya ‘malu’. Yelah, kadang-kadang saya pun skip pump. Malas buat power pumping walaupun mempunyai kesempatan untuk buat.
 

Ini stok Areef untuk setengah bulan je tau. Sometimes saya rasa kelakar bila chat dengan Aini bila dia bagitau yang dia tengah mengepam susu di hotel Kota Kinabalu..Bila chat lagi pada malam harinya, dia tengah pam susu di hotel Manila! Wah, terbang sana sini ebm Areef ye..

So mommies out there, jika anda rasa down untuk meneruskan penyusuan bayi anda, fikirkan tentang Aini. Bagaimana cekalnya dia demi Areef. 

Jika rakan-rakan mula rasa “malas mengepam”, fikirkan tentang ibu lain yang sanggup bersusah payah untuk anak mereka tanpa menjadikan pekerjaan sebagai alasan. Yakin boleh pada diri sendiri.
 

Credit to: dazzlingsmom.com

Ujian Klinikal Shaklee: Benarkah pada Haiwan?


Inilah barisan saintis Shaklee yang delegasi Malaysia jumpa sewaktu lawatan ke ibu pejabat Shaklee Corporation di Pleasanton, California pada bulan Ogos 2014 baru2 ni.. National Conference biasanye diadakan 2 tahun sekali dan kali ini delegasi Shaklee Malaysia telah berpeluang untuk berjumpa secara LIVE dengan semua saintis2 ni. Merekalah yang terlibat dalam menjayakan ujikaji klinikal,kajian (R&D) utk produk baru dan lama. Untuk pengetahuan anda, bukan senang nak jumpa saintis Shaklee di Pleasanton California ni, kalo anda saje2 nak datang ke kilang Shaklee, nak tengok2 nak jenguk2, memang takkan dapat jumpalah ye.. beruntungnya mereka yang terlibat dalam perjumpaan bersama saintis Shaklee ni..inilah peluang yang boleh digunakan untuk bertanya APA SAJE berkaitan dengan produk Shaklee..haaaa..tu dia..expert dah depan mata..tanye jerrrr..

Beberapa fakta ringkas
  • Shaklee telah berada selama 55 tahun dalam pasaran suplemen
  • Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya
  • Shaklee menjalankan lebih dari 100 ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi
  • Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD untuk  ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D)
 
 
 
Kalau nak ikutkan Shaklee tak wajib  buat clinical test (ujian klinikal) sebab produk Shaklee ni hanyalah suplemen. Hanya ubat yang wajib buat ujian klinikal. Sebab tu tak semua pengeluar melakukannya (kos sangat tinggi untuk melakukan ujikaji klinikal). Tetapi Shaklee buat gak ujian klinikal. Kenapa? Sebab Shaklee keluarkan sesuatu produk bukan suka2, mereka nak pastikan kualiti dan hasil terbaik jadi diorang ada bajet untuk buat ujian klinikal. Pulak tu ujian klinikal bukan kat tikus ke musang ke arnab ke.. tapi kat MANUSIA yer. Kalau produk tak elok, seribu orang yang consume, rasanya 1 orang je yang survive. Dan sure lah dah lama produk ini berkubur tapi kenapa dah bertahan lebih 55tahun?
 
So, anda fikirlah ya..sesuatu produk dipasaran  kalo tak bagus atau memudaratkan, memang sah-sahla kene banned. Kalo bagus tapi kurang berkualiti, takdelah pulak permintaan yang tinggi dan memang tak dapat nak survive lah dalam market untuk jangkamasa yang lama. Jadi, kenapa Shaklee masih bertahan.? Anda fikirlah ye..
 
Tahukah anda, di Shaklee, penyelidikan saintifik telah menjadi strategi korporat selama lebih dari 30 tahun. Komitmen Shaklee terhadap  penyelidikan klinikal dan saintifik telah menghasilkan lebih dari 100 jurnal dan 90 daripada jurnal  tersebut dipublish didalam jurnal- jurnal sains saintifik. Kajian penyelidikan Shaklee juga  bagi membantu menaiktarafkan pengetahuan saintifik dalam bidang sains kesihatan dan pemakanan.
 
Kalau anda nak tahu lagi berkaitan penyelidikan terbaru Shaklee anda bolehla baca di: http://www.clinicals.shaklee.com/ dan untuk senarai penuh kajian saintifik Shaklee yang telah diterbitkan sila ke Clinical Research Study Archive di www.physicians.shaklee.com
 
Buatlah pilihan yang terbaik untuk kesihatan anda ye, perubahan jenama boleh membawa kepada perubahan kesihatan.
 
Tubuh kita tanggungjawab kita!~
 
Sekian..
 

AYAH dan Penyusuan Susu IBU

 
 
Penyusuan susu ibu secara teknikalnya hanya melibatkan ibu dan anak sahaja.. Tapi percayalah penyusuan susu ibu akan menjadi lebih indah dan manis sekiranya ayah turut memainkan peranan. Bukan hanya ibu yang perlu dalami dan praktikkan penyusuan susu ibu  tauu.. Ayah  juga perlu tahu. Barulah penyusuan lebih mudah dan berjaya..

Jom baca 20 perkara asas yang ayah WAJIB tahu:

1. Ibu perlu menyusukan bayi beberapa jam sejurus selepas kelahiran untuk merangsang penghasilan dan pengaliran susu yang baik. Sejurus dilahirkan, bayi sememangnya mempunyai naluri yang kuat untuk menghisap susu.

2. Sekiranya susu tiada sejurus selepas kelahiran, usah risau. Susu bukan automatik akan keluar selepas melahirkan. Susu yang keluar diawal hanyalah kolostrum dan adakalanya tidak kelihatan, tapi percayalah susu ada!

3. Saiz perut bagi bayi yang baru lahir hanya sebesar guli. So, tak perlulah anda risau sehingga memberikan anak anda 2oz susu formula sejurus kelahiran. Kasihanilah bayi kita!
 

4. Penyusuan bayi secara ekslusif menuntut banyak tenaga dari si ibu secara automatik ibu akan cepat lapar. Sediakan air dan roti atau biskut agar isteri anda tidak mengigil kelaparan sewaktu menyusukan permata hati anda berdua.

5. Penyusuan susu ibu kadangkala amat meletihkan si ibu kerana terpaksa bersengkang mata selain memangku bayi. Tidak dinafikan, kadangkala "stress" menyapa. Urutlah dibelakang badan isteri anda dengan penuh kasih sayang. Bila ibu tenang, susu turut lancar. Bonusnya, bekalan susu mencukupi dan anda berdua pun senang hati kan bayi tak menangis kelaparan.
 
Haiwan pun pandai membelai pasangan..
Kita mestilah boleh lebih romantic kan..?

6. Bagi memastikan penyusuan susu ibu berjaya, pastikan isteri anda mendapat makanan yang seimbang dan nutrisi yang secukupnya.Kekurangan nutrisi mengundang keletihan dan kemurungan yang akhirnya menyebabkan susu merudum. Pengambilan supplemen seperti B-Complex, MultiVitamin, Vitamin C dan Kalsium sangatlah membantu memberikan tenaga dan menguatkan ketahanan tubuh ibu yang terpaksa berjaga malam menyusukan bayi.

7. Ketahuilah milkbooster berbotol-botol pun tak akan berkesan sekiranya bayi telah diberikan susu formula. Perlu anda sebagai ayah tahu yang susu formula mengambil masa yang lama untuk dihadam, so bayi takdelah mintak susu dari ibu dan menyebabkan frekuensi hisapan bayi secara terus pada payudara ibu berkurangan, lantas tiada demand dari bayi, maka tiadalah supply dari tubuh ibu ye..

8. Bantu isteri anda hasilkan lebih banyak susu dengan belaian kasih sayang anda. Sentuhan suami membantu merembeskan hormon oksitoksin sejenis hormon gembira dan bila ibu tenang maka susu akan bertambah.

9. Komposisi ibu terdiri daripada 88% air. Penghasilan susu akan menyebabkan isteri anda mudah haus. Sentiasa sediakan 2-3 liter air dan letakkan berdekatan dengan tempat menyusukan bayi atau ditempat yang mudah dicapai.

10. Penyusuan susu bukanlah perkara yang mudah ye.. Banyak perkara yang menyebabkan susu berkurangan dan menyebabkan ibu mudah patah semangat. Tapi apabila anda sebagai suami banyak menyokong dan membantu mencari penyelesaian tanpa mengambil jalan singkat memberikan susu formula. Percayalah, penyusuan 2 tahun akan menjadi mudah.

11. Susu yang tidak dikeluarkan dengan baik akan menyebabkan payudara menjadi bengkak dan kadangkala "kebocoran" susu akan berlaku dan menyebabkan isteri anda tidak selesa.

12. Penyusuan secara ekslusif kadangkala menyebabkan isteri tidak mengalami haid yang lama. Walaupun demikian, perlu diingatkan yang ovulasi tetap berlaku. Maka berhati-hati dan pakailah ape2 perlindungan yang patut ye.

13. Sesungguhnya banyak kajian telah membuktikan yang susu ibu mengandungi banyak kebaikan berbanding susu formula dan sebagai ibu dan ayah tentunya anak mahukan anak yang sihat dan pintar kan? Susu ibu pilihan TERBAIK untuk menjadikan anak anda membesar bagai JUARA..!
 


14. Belajarlah mengenali tangisan bayi. Bayi menangis bukan semata-mata kerana ingin disusukan. Adakala bayi anda hanya perlukan pelukan hangat si ibu. Kenali gaya tangisan bayi memudahkan anda memenuhi tuntutan si kecil.
 

15. Jika anda suami isteri merancang kehamilan dengan menggunakan pil perancang, dapatkan nasihat doktor kerana sesetengah pil perancang mengganggu hormon dan secara tidak langsung menjejaskan penghasilan susu ibu.

16. Jangan pernah terganggu dengan si kecil yang kerap minta disusukan. Ayah harus tahu yang susu ibu sangat mudah dihadam usus bayi menyebabkan bayi kerap lapar. Berbanding susu formula, protein dan lemak haiwan sukar dihadam. Kerana itulah bayi lambat lapar dan lambat minta disusukan dan juga kesukaran penghadaman juga boleh mengakibatkan sembelit pada si kecil anda. Anda ayah yang hebatkan? Maka buatlah pilihan yang terbaik untuk si kecil anda.

17. Jika bayi tidak membuang air besar selama beberapa hari, usah risau. Kalau seminggu tak membuang pun usah risau..hihihi Ayah, ketahuilah susu ibu bertindak lembut pada usus bayi dan bayi tidak akan sembelit walaupun tidak membuang untuk beberapa hari jika hanya susu ibu yang diminum.

18. Jika si ibu kembali bekerja, penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan seperti biasa tanpa perlu pening memikirkan apakah susu formula terbaik yang boleh diberikan. Ibu boleh pam susu sewaktu di pejabat dan ayah boleh bantu ibu dengan menyediakan serta mencuci peralatan mengepam dan lain-lain kelengkapan seperti botol dan sebagainya sebelum dan selepas waktu ibu bekerja.

19. Susu ibu boleh dibekukan dan disimpan sebagai stok dan boleh bertahan selama 6 bulan sekiranya disimpan pada suhu yang bersesuaian. Susu ini boleh digunakan sewaktu anak dihantar kerumah pengasuh atau sewaktu ketiadaan ibu bersama bayi kerana urusan yang perlu diselesaikan diluar rumah.
 

20. Susu ibu sangat unik, sewaktu cuaca panas susu ibu akan mengandungi lebih air, manakala sewaktu cuaca sejuk, susu ibu akan mengandungi lebih lemak. Komposisi nutrisi didalam susu ibu juga berubah mengikut usia pembesaran bayi. 

Sepertimana ibu..ayah pun pastinya nak berikan nutrisi yang TERBAIK buat anak mereka kan?
 
Ayah yang membantu ibu menyusukan anak pastinya ayah yang terlajakkkkkk MACHO..!

TIPS menjayakan penyusuan JIKA anda ibu BEKERJAYA

Disini saya nak kongsikan dengan semua ibu diluar sana tips yang boleh digunakan untuk anda ibu yang bekerjaya bagi menjayakan penyusuan susu ibu kepada permata hati kita. Antara TIPSnya ialah:
 
  • Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti membina stok EBM, melatih pengasuh anda menyusukan bayi dan sebagainya dan pastikan stok EBM anda mencukupi.
 
 
  • Janganlah terlampau memberikan tekanan kepada diri anda dan mendapatkan rehat walaupun sebentar.
 
 
  • Amalkan pemakanan yang seimbang, berkhasiat dan cukupkan pengambilan air agar anda tidak penat dan terhindar dari dehidrasi.
 
 
  • Bangun awal 30 minit setiap pagi dan susukan bayi walaupun dalam keadaan bayi masih separuh sedar.
 
  • Makan sarapan pagi yang baik dan susukan bayi sebelum anda ke tempat kerja. Cara ini dapat mengurangkan keresahan si ibu sebelum 'berpisah' ke tempat kerja.
  • Sebelum anda pulang, beritahu kepada pengasuh anda supaya memberikan susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mengelakkan bayi terlalu kenyang. Ketika anda pulang dari tempat kerja, payudara mungkin sudah hampir penuh dan anda bolehla menyusukan bayi dengan segera sebaik sahaja sampai dirumah atau didalam kereta.
 
 
  • Susukan bayi 1 jam pertama sebaik sahaja sampai kerumah.
  • Uruskan diri anda terlebih dahulu, tukar pakaian dan mandi serta makan sebelum menyusukan bayi, kerana dengan cara ini anda mungkin dapat meluangkan masa yang lebih lama bersama bayi.
 
 
  • Dalam masa beberapa minggu selepas mula bekerja, anda mungkin perlu memerah susu dengan kerap. Setelah beberapa minggu, payudara dan tubuh anda akan dapat menyesuaikan diri dengan jadual perahan dan percayalah yang anda akan berasa lebih selesa. Mungkin selepas itu anda hanya perlu memerah sebanyak dua kali sahaja pada waktu bekerja (10 pagi dan 2 petang atau mungkin juga selepas makan tengahari)
 
 
  • Elakkan dari tidak memerah susu selama lebih dari 3-4 jam. Mungkin akan berlaku bengkak susu.
 
 
  • Sekiranya anda perasan yang payudara anda mengalami 'kebocoran' (susu menitik dengan sendiri) secara tiba-tiba, beri tekanan pada putting anda menggunakan tapak tangan anda selama seminit. Melipat tangan anda di payudara akan membantu menghentikan kebocoran.
 
 
  • Gunakan pelapik coli didalam coli anda untuk menyerap air susu dan melindungi pakaian dalam anda sekiranya berlaku 'kebocoran'. Tapi anda perlulah berhati-hati dengan kebersihan pelapik coli kerana kadang-kala ianya boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan gejala puting luka, melecet atau jangkitan kuman. Elakkan untuk menggunakan dalam jangka masa yang panjang.
 
 
  • Pastikan payudara dikosongkan dengan efektif setiap kali sesi memerah untuk menghasilkan penghasilan susu yang optimum. Biasanya selepas pam susu menggunakan pam, saya akan menggunakan kaedah marmet untuk memastikan yang payudara benar-benar kosong.
 
 
  • Pengosongan payudara yang efektif akan memberikan signal 'permintaan' yang betul kepada otak paya lebih banyak susu dihasilkan. tahukah anda didalam susu ibu terdapat sejenis whey protein feedback Inhibator for Lactation yang mana akan menghantar signal negative yang akan mengurangkan penghasilan susu kepada otak sekiranya payudara dibiarkan penuh.
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul dan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Jika boleh, elakkan pemberian pemberian susu perahan dengan menggunakan botol sekiranya anda berada dirumah bersama bayi kerana ini juga boleh menjejaskan penyusuan susu ibu. Kerana apabila terlalu selesa dengan susu botol, penghisapan bayi kepada payudara akan menjadi kurang efisyen!
 
 
  • Setiap cabaran penyusuan ada penyelesaiannya. anda boleh dapatkan nasihat dari perunding laktasi dan jangan mudah berputus asa dengan mencari penyelesaian untuk memberikan anak kita susu tiruan dari botol! 
 
 
SEMOGA BERJAYA!~
 

Ada Apa dengan VITA-LEA?

 
Tahun ni, Vita-Lea dah berusia 99 ye.. Tahun depan genaplah usia Vita-Lea 100 tahun. Vita-Lea adalah multivitamin yang paling pantas larut air didunia dan juga didalam tubuh manusia. Kajian yang dijalankan menunjukkan yang pengambilan Vita-Lea secara konsisten selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Alhamdulillah saya pun dah tak ingat bila kali terakhir saya demam atau selsema.. hihihi. Yang pasti pengambilan Vita-Lea secara konsisten telah menyelamatkan saya dari mengalami anemia semasa mengandung..Syukur..
 
 
Sangatlah best Vita-Lea ni dan antara vitamin WAJIB saya sebab bila makan Vita-Lea ni tubuh memang segar, bersemangat..takdelah rase lemah layu..almaklumla dulu saya ni bekas pensyarah..mane nak ngajor lagi, pam susu lagi, turun naik tangga p kelas, bangun awal nak p kerja, drive pergi balik 2 jam sehari, nak focus pada pemanduan..fuhhh..kalo tak makan supplemen maunye terlingkup. So pengambilan supplement adalah satu bentuk investment yang saya buat untuk penjagaan kesihatan jangka panjang. Saya perlu sihat untuk insan-insan yang tersayang dikeliling saya.
 
Jom kita terjah tengok apebende kandungan Vita-Lea ni dan manfaat yang Vita-Lea tawarkan untuk kesihatan kita.
 
 
 

Kesan BURUK KEKURANGAN Air Kepada TUBUH

 

Kita disarankan untuk minum air masak kosong yang banyak sekiranya kita makan vitamin kan? Bukan saje-saje suruh minum tauu..Tujuan dia adalah supaya penyerapan vitamin tu berlaku dengan lebih baik. So, bila vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh, barulah kita dapat manfaat.. Kalau nak sihat jangan culas minum air ye.. Macam saya, saya memang disiplinkan diri setiap satu jam wajib minum segelas air. Takdelah kembung perut sebab kena minum 3 gelas sekaligus nanti..hihihi.. lebih-lebih lagi saya ibu menyusu, air perlu cukup supaya vitamin yang saya makan akan memberikan manfaat yang maksimum pada badan dan juga demi melancarkan penghasilan susu. Jadi, meh kita bace ape kepentingan air kepada tubuh badan kita.
 
ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.




Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).
 
Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
 
AIR BANTU BUANG LEMAK


Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.
 
Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.


“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
 
“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Sumber : Harian Metro

10 TIP MEMILIH KERETA SORONG BAYI

 
 
Jika ditanya pada pakar tentang penggunaan kereta sorong @ stroller pada bayi, ramai pakar yang tak setuju sebenarnye. Kerana mengikut kajian, penggunaan stroller pada bayi turut mengganggu pertumbuhan bayi.
 
Keadaan ini berlaku disebabkan ibu bapa yang menolak anak mereka dengan posisi anak menghadap ke hadapan iaitu tidak menghadap wajah ibu mereka cenderung untuk membuatkan anak cemas kerana melihat wajah yang tidak dikenali. So, ditakuti akan mengundang ketakutan pada bayi tersebut.
 
Tapi dizaman moden ni tak boleh kite nafikan penggunaan stroller ni, malah kita lihat sebagai satu keperluan sebab dengan adanya stroller ni akan memudahkan lagi pergerakan ibu dan ayah especially apabila keluar shopping di mall dan juga untuk travel ke sesuatu tempat dan sebagainya.
 
So harini nak kongsikan dengan semua ibu ayah kat luar sane tip macamane kita nak pilih stroller yang sesuai untuk permata hati kite.
 
  •  CARI STROLLER YANG DIREKA KHAS mengikut umur, ketinggian dan berat anak anda. Ini kerana bayi yang baru dilahirkan perlu diletakkan secara mendatar (dibaringkan) didalam stroller kerana pada usia ini bayi masih belum mampu menampung kepala mereka.
  • Periksa stroller bayi anda. Pastikan stroller tersebut MEMPUNYAI LIMA TALI PINGGANG KESELAMATAN iaitu tali bahu, tali pengikat antara kaki, dan tali pinggang yang dihubungkan bersama.
  • Pastikan STROLLER YANG ANDA BELI CUKUP STABIL untuk bayi anda. Elakkan penggunaan stroller yang mudah terbalik apabila ditolak, lebih-lebih lagi apabila anda meletakkan barang-barang bayi dibahagian bawah tempat simpanan stroller tersebut.
  • PASTIKAN SELAK STROLLER DIKUNCI bagi memastikan stroller tidak bergerak. Ini kerana kanak-kanak yang ditinggalkan didalam stroller seringkali bergerak-gerak dan dikhuatiri selak tersebut terbuka dan ini membahayakan nyawa anak anda. 
  • Periksa seluruh bahagian stroller anak anda. Pastikan SEMUA BAHAGIANNYA CUKUP KUKUH DAN SELAMAT untuk meletakkan bayi anda serta perlu diingat jangan ada bahagian tajam yang boleh melukakan bayi anda.
  • Lebih selesa jika ada TEMPAT TAMBAHAN untuk meletakkan makanan, botol susu, paying dan sebagainya. Maka, ibu ayah rajin-rajinlah bertanya pada jurujual ye jika mereka ada menjual aksesori tambahan yang dijual secara berasingan.
  • PERIKSA UKURAN SEMASA STROLLER bayi anda dilipat. So ini akan memudahkan anda meramal berapa banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpan stroller tersebut. Pastikan juga stroller bayi anda mudah untuk dilipat dan dibuka.
  • PILIH STROLLER DENGAN RODA YANG LEBIH BESAR jika anda selalu menggunakannya ditempat yang tidak rata berbanding roda yang kecil.
  • PERIKSA BAHAGIAN TEPI KANOPI STROLLER bayi anda. Pastikan materialnya diperbuat daripada fabric yang nyaman dan mudah untuk dikendalikan.
  • Bahagian paling penting dalam mengendalikan stroller bayi anda adalah PASTIKAN BREK KAKI ATAUPUN BREK TANGAN STROLLER TERSEBUT BERFUNGSI dengan baik supaya stroller tu tak bergerak dengan sendirinya so akan membahayakan nyawa permata hati kita.
 

RAHSIA AIR



Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen.

Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian.
 
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi.

Sejak kecil lagi kita didedahkan dengan kegunaan air sebagai penawar untuk segala jenis penyakit. Sehingga sekarang, kita dapati ada yang membawa air ke masjid setiap malam Jumaat untuk mendapatkan keberkatan bacaan Yasin secara berjemaah.

Apabila demam, ada berjumpa alim ulama untuk mendapatkan air penawar. Malah, sebelum bersalin, ibu digalakkan meminum air selusuh yang didoakan agar memudahkan proses kelahiran.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 30: “Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.”

Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh.

Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal.

Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya akan menyebabkan ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Selain itu, lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat.
 
Peratusan air dalam badan manusia
Pengambilan air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisma sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat.

Kita sedar air memainkan peranan penting dalam badan manusia dan bukan sekadar untuk memuaskan dahaga tekak.

Tetapi tidak ramai yang mengkaji dari sudut saintifik dan keagamaan kenapa air digunakan sebagai penawar dalam kehidupan kita.

Allah menceritakan perihal penggunaan ayat tertentu sebagai ubat penawar manusia.

Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 82: “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya”.

Dalam surah Fussilat ayat 44: “Katakan, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.

Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat. Keadaan ini sangat mencemaskannya sehingga pada suatu malam beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu dia mengadukan hal itu.

Rasulullah bertanya : “Tidakkah engkau mempergunakan ayat-ayat asy-Syifaa?” Al-Qusyairi pun lalu tersedar dan dicarinya ayat-ayat itu dalam al-Quran. Lalu Al-Qusyairi pun menuliskan ayat-ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta-merta hasil dari mukjizat al-Quran.

Dari sudut saintifik pula, kajian saintis Eropah dan Jepun mendapati air satu elemen yang hidup. Ini kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan yang dibuat terhadapnya.
 
Gambar molekul air bertukar bentuk seakan Kristal selepas dibacakan doa
Ini dibuktikan interaksinya dengan keadaan luaran. Apabila dibacakan sesuatu yang baik, sebagai contoh ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya.

Begitu juga sebaliknya apabila dibacakan yang tidak baik.

Kini, kita lebih memahami kenapa air digunakan sejak turun-temurun sama ada untuk mencapai sesuatu kebaikan ataupun kejahatan.

Keistimewaan air yang ditenagakan dengan ayat al-Quran bukan saja pada zat galian tetapi adab sepanjang pemprosesan air yang didoakan di pusat perubatan Islam.

Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit dalam dada.” (surah Yunus:57).

Percayalah apabila air dibacakan ayat al-Quran, ia menjadi sesuatu berbeza dan insya-Allah sebagai ubat. Kehebatan al-Quran terbukti sejak sekian lama.

Terdapat hikmah, nur, penawar terlalu banyak dan hebat dalam al-Quran. Terdapat banyak rahsia penawar dalam al-Quran yang belum digali dan diteroka. Bahkan setiap huruf dalam al-Quran ada penawar dan kelebihannya.

Oleh itu haruslah kita berbalik kepada kekuasaan Allah dan keajaiban al-Quran dalam menangani masalah zahir dan batin.
 
Air yang dikumpulkan sewaktu bacaan Yasin (Gambar hiasan)
 
Semoga molekul air bercahaya yang terbentuk dari bacaan al-Quran menjadi darah daging kita sekeluarga apabila dijadikan sebagai amalan harian. Tidak ada ragunya mukjizat al-Quran mampu menjadi penawar dan mencapai sesuatu hajat dengan keredaan Allah, insya-Allah.

Sumber: Harian Metro

SET PENYUSUAN SHAKLEE: Semakin RAMAI ibu yang PILIH..!

 
"Mahal sangat set breastfeeding Shaklee ni..jenama lain ade..murah..jimat.."

"Buatpe nak makan set Shaklee..susu banyak jer sekarang ni..sempatnye buat stok.."

"Ala..susah2 je ambik set Shaklee ni..longan ade..lobak putih ade..milkbooster laaa tu..jimat"..

"Set Breastfeeding Shaklee ni leceh arr..banyak nawww yang nak kene telannye"..

Itu antara ayat-ayat yang biasa saya dengar..especially dari mereka yang belum kenal dan tak pernah consume set penyusuan Shaklee..

Tapi, kerana kelebihan yang ada pada set breastfeeding Shaklee menyebabkan semakin ramai ibu yang telah bertukar daripada jenama lain kepada Shaklee.
 

Mengapa sewaktu mengandung kita disarankan untuk mengambil nutrien dan dibekalkan oleh pihak hospital dengan vitamin tambahan? Tentunya kerana kita perlukan nutrisi yang mencukupi agar ibu dan bayi yang dikandung sihat sehingga melahirkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Tetapi mengapa pengambilan nutrisi dan vitamin tambahan dihentikan apabila sudah melahirkan anak? Adakah bayi yang sudah dilahirkan itu sudah tidak memerlukan nutrisi bagi perkembangan otak dan fizikalnya?

Sebenarnya ibu yang menyusukan bayi memerlukan vitamin, protein serta nutrisi lain dengan kadar yang lebih tinggi berbanding ibu mengandung bagi membantu mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
 

Berdasarkan nutrisi diatas, jelas menunjukkan bahawa ibu yang menyusukan bayi memerlukan LEBIH nutrisi dan vitamin jika dibandingkan dengan ibu mengandung dan juga wanita normal. Adakah air longan dan lobak putih dan air soya tin dapat membekalkan kita dengan semua nutrisi diatas? Ya susu anda mungkin banyak, tapi adakah tubuh anda sihat dan bertenaga sepanjang menyusukan bayi? Perlu kita ingat menyusukan bayi bukan bermusim ye, tapi perjalanan yang perlu ditempuh adalah 2 tahun lamanya. Apatah lagi jika kita ibu yang berkerjaya, sudah tentu sibuk, penat, letih dan kadangkala stress. Persediaan fizikal dan mental sangat-sangatlah perlu dititik beratkan.

Sewaktu tempoh menyusukan permata hati selama 2 tahun, tubuh ibu sangat memerlukan kalsium, protein dan juga kalori. Apatah lagi dalam keadaan kita perlu menangani stress akibat dari kerja, urusan rumahtangga, traffic jammed dan pelbagai lagilah maka pengambilan B-complex sangatlah disarankan bagi mengatasi stress kepada ibu.

Cuba anda selidik, apakah nutrisi kandungan vitamin yang anda boleh perolehi daripada buah longan yang direbus atau air soya yang anda beli dari pasar malam atau soya kotak atau hanya bergantung pada alfalfa semata-mata? Tahukah anda sekiranya soya dimasak dengan suhu yang tinggi boleh merencatkan nutrisi soya tersebut? Atau pernahkah anda cuba selidiki apakah soya yang anda minum itu dihasilkan dari soya bebas GMO?

Ya tidak dinafikan soya, longan dan alfalfa turut mengandungi nutrisi dan boleh bertindak sebagai milkbooster tetapi setiap dari mereka hanya membekalkan satu kandungan nutrisi sahaja. Longan hanya membekalkan kalori, soya membekalkan protein, dan alfalfa hanya membekalkan kalsium. Kerana itulah semakin ramai ibu-ibu kini telah bertukar kepada set breastfeeding Shaklee kerana mereka tahu set ini dapat membekalkan segala keperluan vitamin serta nutrisi yang terbaik untuk diri mereka dan bayi.

Tanggungjawab menyusukan bayi terletak dibahu ibu dan ibu perlulah berusaha dengan gigih untuk memberikan nutrisi yang terbaik buat bayi. Maka, ibu sangatlah memerlukan zat dan nutrisi yang terbaik untuk dirinya terlebih dahulu dan seterusnya disalurkan kepada bayi.

Antara keluhan yang kerap didengari dari kaum ibu yang menyusukan bayi adalah STRESS sehingga memberikan kesan kepada penyusuan dan menyebabkan susu semakin berkurangan atau mulai kering. Kurangnya vitamin dan nutrisi kepada fizikal serta rohani adalah penyebab utama mengapa stress berlaku. Untuk fizikal, nutrisinya adalah zat makanan dan vitamin, manakala untuk rohani adalah zikir dan doa bagi memperbanyakkan susu ibu.

Selain itu, kita tahu bahawa zat didalam makanan biasanya tidak bertahan lama dan akan hilang sedikit demi sedikit sewaktu proses memasak, menyimpan makanan dan juga sewaktu penyediaan. Jadi apakah adakah makanan yang kita makan itu dapat membekalkan kita dengan khasiat, zat dan nutrisi yang secukupnya? Menambahkan masalah apabila zat dan nutrisi terhalang dari diserap sepenuhnya kerana keadaan ibu menyusu yang stress, tidak mengawal pemakanan dan makan fastfood dengan kadar yang tinggi serta mengambil kafein yang berlebihan dan lain-lain.

Sememangnya pilihan terletak ditangan masing-masing samada untuk mengambil supplemen tambahan atau tidak, tetapi perlunya ibu tahu pentingnya pengambilan supplemen yang dapat membantu membekalkan zat dan nutrisi bagi membolehkan ibu memenuhi impian untuk meyusukan anak selama 2 tahun sebagaimana yang dituntut agama kita.

Set penyusuan Shaklee dapat membekalkan nutrisi dan zat vitamin yang lengkap agar ibu  menyusu dan bayi dapat menikmati segala kebaikan yang ada.

Energizing Soy Protein
Sumber protein berasaskan soya non-GMO terbaik, membekalkan protein untuk si ibu, mengurangkan rasa lapar, mengelakkan ibu dari mengambil lebih banyak snek yang tidak sihat akibat sering lapar serta membantu dalam penghasilan susu yang lebih cepat. Protein amatlah sensitif kepada haba.  Suhu pada protein tidak boleh melebihi 37 iaitu suhu tubuh manusia dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak.

Vita-Lea
Multivitamin dengan zat besi yang membantu badan menyerap vitamin dan mineral dengan lebih mudah. Biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susu ibu semakin berkurangan. Pengambilan zat besi sangat dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak.

Sustained Release Vita-C
Bertindak sebagai anti-oksidan serta membantu meningkatkan sistem imuniti badan

B-Complex
B-Complex turut membantu merangsang hormon serotonin iaitu sejenis hormon "ceria". Flow susu hanya boleh menjadi lancar apabila ibu tenang, rilex dan ceria.

Ostematrix
Membekalkan kalsium yang hilang dalam badan si ibu akibat penghasilan susu ibu. Kerana itulah pengambilan sumber kalsium jangan dianggap remeh ye wahai ibu. Apatah lagi apabila mengalami haid, susunya akan merundum. Berlakunya kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

Alfalfa Complex
Raja segala tumbuhan. Membantu menyahkan toksin dalam badan. Menggalakkan penghasilan susu badan (tidak sesuai untuk ibu menyusukan bayi G6PD)
 
 

Jom semua ibu tunaikan HAK anak-anak kita dan berikanlah peluang kepada mereka membesar dengan sihat dan pintar hasil dari susu ibu, nutrisi TERHEBAT ciptaan Allah SWT khas untuk anak melalui ibu mereka yang tercinta!
 
Sekiranya anda berminat, saya boleh dihubungi di 013-9213938 dan penghantaran bagi kawasan Kuala Terengganu adalah PERCUMA serta penghantaran turut dijalankan diseluruh Malaysia..

Susu Formula Hampir Sama dengan Susu Ibu?


 
Susu ibu adalah cecair yang dihasilkan secara fisiologi semulajadi untuk bayi kita. Susu ibu menawarkan nutrisi yang terbaik untuk bayi. Sehingga kini para saintis banyak membuat penemuan yang terbaru tentang kandungan susu ibu.

Syarikat-syarikat susu formula menyatakan bahawa susu mereka 'hampir kepada susu ibu' sedangkan susu ibu mengandungi bahan hidup yang banyak belum kita tahu tentang kandungannya.

Walau banyak mana pun yang dibelanjakan oleh syarikat susu formula bagi tujuan R&D mereka..
 
Ketahuilah ibu, susu formula sememangnya langsung tidak akan sama dengan susu ibu.

Logiknya, macamane kita boleh samakan susu lembu dan susu ibu kan?

Ibu yang bijak tentunya akan membuat pilihan yang TERBAIK buat permata hati mereka. Walau sehebat mana pun halangan yang datang dalam menjayakan penyusuan susu ibu, mengaku kalah sebelum berjuang tidak sekali..!

 
 

Selamat menjayakan penyusuan ibu buat ibu sekalian!
 

Bayi KEMBUNG walaupun MENYUSU BADAN?


Semua ibu sememangnya berhasrat menyusukan bayi mereka dengan susu ibu kan? Saya percaya setiap ibu walau sesukar mana pun mereka akan mencuba sedaya yang mampu walaupun tak kurang juga ade yang gagal dalam perjuangan.

Perkongsian saya pada entri kali ini ialah untuk merungkai bagaimana mengatasi masalah kembung pada bayi walaupun anda menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Tidak dinafikan, kembung pada bayi adakalanya disebabkan oleh teknik penyusuan yang kurang betul.

Didalam amalan penyusuan susu ibu, sangatlah PENTING bagi seorang ibu untuk mengosongkan payudaranya dengan kerap samada dengan cara mengepam atau menyusukan secara terus kepada bayi. Ini adalah kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk: maknanya ia semakin pekat (no wonder sesetengah ibu mendapati di bulan puasa atau semasa berpuasa susu mereka kelihatan lebih pekat).

Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan gemar untuk menunggu “susu penuh” akan mendapati susunya kelihatan lebih cair apabila dipam, disinilah berlakunya ketidakseimbangan antara foremilk (susu cair) dan hindmilk (susu pekat). Didalam keadaan dimana foremilk (susu cair ) lebih banyak, bayi hanya akan mendapat lebih banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang.

Ibaratnya kita hanya minum air sahaja, tanpa pengambilan makanan..kembung laa perut duk minum air sajaaaa.. Iya dakk..?

Berikut antara tanda-tanda yang boleh dikesan ibu mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk ialah:
  • Bayi selalu meragam
  • Bayi mengalami kembung perut
  • Najis bayi berwarna kehijauan, sepatutnya berwarna kekuningan.
  • Berat badan bayi meningkat tidak selari dengan pertambahan usianya.
  • Bayi buang air besar dengan kerap.
Maka, jika anda mendapati anda ibu menyusu yang mengalami masalah diatas, besar kemungkinan penyebabnya ialah:
  • Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk (susu cair) lebih banyak - penyebabnya ialah kerana tidak menyusukan bayi atau mengepam susu mengikut jadual yang sepatutnya.
  • Ibu yang terlalu cepat menukar payudara semasa bayi sedang menyusu. Maka bayi hanya memperolehi foremilk tanpa sempat mendapat hindmilk dari payudara yang sedang ia menyusu. Apabila diberikan payudara sebelah lagi, perut bayi sudah hampir kenyang dan bayi akan menyusu dengan sebentar sahaja. Maka, foremilk jugalah yang diperolehi tanpa sempat mendapat hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat mendapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
  • Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu. Maka, bayi tak sempat untuk merangsang payudara dengan lebih lama bagi mendapatkan hindmilk (susu pekat).
Ibu perlu BERTINDAK!
  • Susukan bayi dengan sebelah payudara saja manakala payudara yang sebelah lagi haruslah dipam.
  • Ibu yang mengalami lebihan susu boleh mengepam susu secara berjadual dan menyusukan bayi di antaranya.
  • Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi boleh mendapatkan hindmilk walaupun dia baru sahaja memulakan penyusuan.
  • Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
  • Mengambil makanan yang tinggi PROTEIN dan SERAT. Protein pilihan saya tentulah Energizing Soy Protein @ ESP Shaklee yang diperbuat daripada soya berkualiti tinggi non-gmo (yang tidak diubah secara genetic ~ klik utk baca ya!) Energizing Soy Protein Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
Bagi memastikan bayi anda mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu dinasihatkan agar menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 – 20 minit bagi pada setiap payudara sebelum menukarkan kepada payudara yang lain.
 
Sebaik-baiknya teruskan sehingga payudara anda terasa kosong. Jika sewaktu menyusukan bayi di sebelah kanan dan anda terasa payudara di sebelah kiri berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu. Dalam masa yang sama ibu turut boleh mengumpul stok EBM.
 
Ingat ye ibu-ibu sekalian..Semakin kerap payudara si ibu diransang, semakin banyaklah susu yang akan dihasilkan!

Milkbooster Mampu Milik Anda..

Assalamualaikum..Salam penyusuan susu ibu buat ibu-ibu diluar sana..Ape kabo semua..?Hopefully sihat sejahtera lah semua kan..
 
Macam mane rutin harian anda semua? Rutin harian saya kini berubah hampir 360 darjah since saya dah kembali ke sekolah..kembali bergelar pelajar..kembali bergelut dengan buku-buku..artikel+journal..tapi ape-ape2 pun doa saya semoga penyusuan pada anakanda tersayang lancar  seiring dengan perjalanan study mama sehingga usianya 2 tahun..kurang lebih 10 bulan lagi saya perlu berjuang menyusukan Assyifa. Semoga Allah SWT permudahkan pengajian dan penyusuan saya. InsyaAllah.
 
Ok, harini saya nak berkongsi tips untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan semua ibu-ibu diluar sana. Tips ni saya tujukan KHAS buat ibu yang baru melahirkan dan UMUM buat ibu yang masih menyusukan permata hati mereka ye..jom bace, semoga bermanfaat..
 
  • Pastikan bayi menyusu dengan efisien. Apabila lebih banyak susu yang dikeluarkan dari payudara, lebih banyak susu yang akan terhasil. Jika susu tidak dikeluarkan dengan efisien, akan menyebabkan permintaan susu ibu berkurangan.
  • Posisi dan teknik penghisapan yang tidak dilakukan dengan betul menyukarkan bayi mengeluarkan susu dengan berkesan. Bayi yang mengantuk, penggunaan pelindung puting atau pelbagai masalah kesihatan atau anatomi bayi juga boleh mengganggu keupayaan bayi untuk menyusu secara efektif dari payudara.
  • Jika bayi tidak menyusu dengan betul dan tidak berupaya untuk mengosongkan payudara dengan efektif, maka alternatifnya ibu perlulah menggunakan pam.
  • Menyusukan bayi dengan kerap dan selama mana bayi kita mahu. Perlu diingatkan yang ibu perlu mengosongkan payudara dengan sebaik-baiknya untuk memastikan rangsangan yang cukup dan penghasilan susu yang optimum. Jadi penyusuan hendaklah dilakukan dengan sekerap mungkin. Jika bayi mengalami masalah berat badan, ibu perlulah menyusukan bayi setiap 1.5 hingga 2 jam sekali disiang hari dan sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu malam. 
  • Tukar setiap payudara tiga kali atau lebih setiap kali sesi penyusuan. Tapi ibu harus make sure yang baby dan puas menyusu pada payudara yang berkenaan sebelum bertukar kepada payudara yang lain ye. Apabila bayi mengantuk, tukar penyusuan kepada payudara yang dia lebih berminat. Gunakan juga urutan payudara bagi menggalakkan bayi menyusu dengan lebih lama.  
  • Berehat dan tidurlah ketika bayi tidur. Antara lain, minum air secukupnya dan jangan lupa makan makanan yang seimbang.
  • Pam payudara selepas atau semasa sesi penyusuan bersama bayi, sangatlahhhh membantu ye ibu-ibu sekalian. Pam dianggap sangat penting sekiranya bayi tidak menyusu dengan efisien. Matlamat mengepam ialah untuk mengeluarkan susu sekaligus meningkatkan pengeluaran susu melalui rangsangan setelah payudara kosong. Untuk hasil yang berkesan, terus pam payudara dalam 2-5 minit selepas titik susu yang terakhir. Ketika mengepam, pastikan anda RELAKS sebanyak mungkin. Tak nak stress ye ibu semua.
  • Rangsangan melalui penyusuan terus dari payudara juga boleh dilakukan dengan ibu mengambil cuti selama 2-3 hari. Waktu ni, anda susukanlah si comel anda sekerap yang boleh. Tapi janganlah sampai lupe untuk berehat ye!
  • Elakkan penggunaan botol dan puting kosong lebih-lebih lagi pada minggu awal kelahiran.
  • Elakkan AIR KOSONG dan SUSU FORMULA. Beberapa mililiter susu formula, sebenarnya cukup mengganggu kelancaran payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Galagtagogue juga boleh dimakan bagi menambah penghasilan susu ibu. Apa dia Galagtagogue ni..? Betul ke boleh makan..name pun pelik semacam ehhh..hihihi..ok untuk tahu ape itu Galagtagogue yang saya maksudkan, anda boleh baca disini ye..
Tahukah ibu-ibu sekalian yang dalam produk Shaklee pun ada Galagtagogue ni..? Haaa..tak lain tak bukan ialah ALFALFA..
 
 
Alfalfa mengandungi sumber protein dan kalsium serta bahan galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susu ibu.


+
 

 Untuk hasil yang lebih memberangsangkan, Alfalfa digalakkan untuk diambil bersama dengan ESP. Kelebihan dua set produk Shaklee ini kepada ibu menyusu antaranya ialah:
  • Memperbanyakkan susu ibu dan kulit semakin cantik (bonus pada ibu jugak selain baby)
  • Meningkatkan kecergasan ibu, memberikan tenaga agar terasa segar dan kurang penat disiang hari
  • Memudarkan kesan jerawat dan stretch mark di perut dan badan ibu menyusu.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan kepada ibu menyusu.
  • Breast cepat bengkak selepas pengambilan ESP dan Alfalfa ni dan pengalaman saya sememangnya bengkak susu kalo anak terlewat menyusu ataupun terlewat mengepam.
  • Mengurangkan berat badan.. mmg best!! sebab ESP memberi rasa kenyang lebih lama & alfalfa membantu menyah toksin.
Saya suka nak menasihatkan kepada ibu sekalian, pengambilan supplemen perlulah disertai dengan pengambilan air yang mencukupi iaitu 2-3 liter sehari.

Bagi berat 25kg, kandungan air yang perlu diambil ialah sebanyak 1 liter. Jadi, berapa berat anda? Boleh check dan pastikan pengambilan air adalah mencukupi sekiranya berkurangan ye wahai ibu sekalian.

Ok jom tengok ape kate ibu-ibu yang dah berusaha memenuhi demand and supply dan ditambah dengan pengambilan supplemen Shaklee untuk ibu menyusu:








Haaaa..tu dia testimonial yang boleh dikongsikan dengan ibu-ibu semua. Ramai yang dah mencube dan mereka sangat berpuas hati. Pengalaman saya sendiri, selama saya menggunakan ESP dan Alfalfa dan disertai dengan jadual mengepam dan disiplin minum air masak cukup sebanyak 2-3 liter sehari, saya sangatlah berpuas hati. Alhamdulillah, bekal untuk anakanda mencukupi malah berlebih-lebih. Syukur..
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah penyusuan, atau ingin bertanyakan soalan berkaitan EBM dan set Shaklee bolehla menghubungi saya di talian 013-9213938 dan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan supplemen penghantaran adalah percuma di sekitar Kuala Terengganu.
 
Salam penyusuan susu ibu dari saya!~