Woww..AIS cantikkan kulit!~

 
 
Haiii.. Salam Jumaat..
Hari cuti ni tentulah hari untuk berehat dan hari untuk memanjakan diri.. Bagi yg dah kawen, of course lah weekend hari untuk bermanja dengan suami, anak2 dan keluarga tersayang kan..

Ok sebut pasal memanjakan diri, biasenye kite orang pempuan ni akan fokus pada kecantikan lah.. Dan sebenarnya banyakkkkkk sangat cara, petua dan kaedah untuk sihat dan cantik kan?..of course cara yang selamat lah kan.. Cucuk tang tang sini tu dah termasuk kaedah lain..

Harini nak share satu cara paling simple, mudah, murah dan jimat untuk mencantikkan kulit. Buat sendiri je.. Yang penting kene rajin dan jadikan rutin.. Caranya ialah menggunakan air batu atau name glamernye ais.. Haaa.. Jangan tak tau, ais bukan setakat letak dalam air minuman nak bagi sejuk, tapi boleh cantikkan kulit jugak rupenye ye..

Petua kulit cantik guna ais batu ni dikatekan sangat berkesan, tapi jangan malas ye sebab anda perlulah lakukan secara rutin.

Jom bace macamana ais bertindak untuk mencantikkan kulit wajah anda;

1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat

Apabila kita menekapkan ais pada wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit kita yang kelihatan penat ataupun kusam.

Caranya simple je, ambil beberapa ketulan ais dan masukkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ye.. Jangan tekap ais direct pada kulit muka, sebab bila terlalu sejuk, boleh memberi kesan kepada pembuluh darah.

2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori

Ais juga boleh digunakan sebagai medium yang paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang besar pada wajah kita. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengecilkan ruang pori-pori sebelum anda memakai mekap. Ruang pori-pori yang kecil juga meminimumkan kemasukan bahan kimia dari mekap yang anda pakai yang akhirnye jika tidak dikeluarkan boleh menyebabkan jerawat kerana bahan kimia tersebut tersumbat didalam liang kulit.

3. Mengubati Mata Sembab

Jika kita kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. So, bonusnya ais juga boleh digunakan untuk menghilangkan bengkak pada mata ketika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan akibat menangis tak berhenti..hihihi

So, manfaatkan lah sepenuhnya ais tuuuu.. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan pada mata anda.

4. Meringankan Masalah Jerawat

Jika anda perasan tiba-tiba ade jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada jerawat tersebut. Selain itu, penggunaan ais juga dapat mengurangkan minyak yang berlebihan serta mengecutkan dan menghilangkan jerawat anda.

5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus

Jika terdapat bulu-bulu halus di sekitar wajah dan anda runsing dengan pertumbuhannya, penggunaan ais dapat mengurangkan. Ais sangat membantu menghilangkan semua akar-akar kecil bulu halus tersebut pada wajah anda.

6. Wajah Lebih Anjal & Lembut

Gosokkan ais yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam selain menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lembut, lakukan secara rutin mendapat hasil yang lebih sempurna.

7. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama

Tekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum melakukan solekan pada wajah. Setelah tekapkan wajah anda dengan ais, biarkan selama 5 hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda memakai serum atau mekap. Cara ini boleh membantu menjaga mekap anda agar tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Ok..Selamat mencuba! Nak cantik jangan malas2 ye..
 

No comments:

Post a Comment