Makanan Untuk Kulit Sihat


 
Sebut pasal kulit cantik dan sihat, sape yang tak nak kan? kulit cantik dan sihat tu impian semua orang. Baik lelaki perempuan, muda, remaja, tua.. Semua kan? Sebenarnya ada macam-macam cara yang boleh kite buat bagi mendapatkan kulit cantik, cerah dan bersih.

Cara semulajadi nak bagi kulit cantik of course laa dengan pengambilan makanan yang baik bagi kecantikan kulit, kalau nak tahu dalam makanan terdapat ribuan phyto-chemical, serat dan vitamin yang dapat bekerjasama untuk menjage kesihatan dan kecantikan kulit. Jadi, kalau nak kulit cantik, yang paling utama pemakanan haruslah kita jage.

So, harini nak kongsi beberapa jenis bahan makanan WAJIB dalam menu harian u olls. Jika pengambilannya dijadikan amalan insyaAllah pemakanan ni mampu membuatkan kulit u olls tetap sihat dan cantik. Jom tengokkkk..
 

1. Yogurt

Yogurt bagus untuk kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat serta menghilangkan kelemumur. Seeloknya, pilihlah yogurt yang  ‘low fat’ dan ‘low sugar’ untuk menghindari  terjadinya masalah keradangan pada kulit. Selain itu, yogurt juga sebenarnye merupakan antibiotik natural yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.

2. Kekacang

Diantara kekacang yang memiliki khasiat luar biasa untuk kulit adalah buah badam (almond), pistachio, hazelnut, dan walnut. Diorang ni semua mengandungi Vitamin E, yang mampu menjaga kelembapan kulit, mengatasi kekeringan dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan lembut. Tapi kalau u olls semua tak gemar makan kekacang sebab takut gigi patah ataupun sebab tak suka terlekat celah gigi, u olls bolehla consume Vitamin E Complex Shaklee ye.. Vita E ni sememangnya sangat bagus untuk kulit..nak telan boleh, nak sapu dekat muka @ parut2 ditubuh pun bolehh.. khasiatnya untuk dalaman dan luaran.. memang berbaloi..


3. Sayur-Sayuran Berwarna

Jenis makanan yang ni sememangnya sangat kaya dengan serat, sebaiknya u olls WAJIB masukkan dalam jadual menu harian. Sayuran berwarna seperti lobak merah, bayam, dan ubi banyak mengandung beta-karotena. Vitamin A kaya akan antioksidan serta mampu membantu mencegah penuaan semulajadi  serta kerosakan sel yang mengurangkan risiko kanser kulit.

Manakala sayur bayam pula mengandungi zat besi, folat, klorofil, magnesium, serat, protein dan vitamin C, E dan A. Ketiga-tiga vitamin ini sangat baik untuk kulit. Bahkan bayam juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan pelbagai masalah kulit.  Pengambilan bayam pada setiap hari boleh membersihkan kulit dari luar dan dalam.

Tapi, kalau u olls anti-sayur, bolehlaa ambil Meal Shakes sebagai ganti atau pun vitamin asas Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), B-Complex, Vita-Lea dan juga Sustained Release Vita-C bagi membantu menampung kekurangan zat dan gizi tersebut.

4. Vitamin C

Vitamin C merupakan zat yang sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Ini adalah kerana vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.

Buah-buahan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.  Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari.

Vitamin C yang terrrrbaik semestinya Sustained Release Vita-C yang mana setiap tablet Vita-C mengandungi 7.5 biji buah limau termasuklah kulitnya dan akan berlaku pembebasan sebanyak 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita bagi setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan bagi 2 tablet Sustained Release Vita-C Shaklee mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam.


5. Makanan Laut

Kandungan zink dan asid lemak omega 3 pada ikan, sangat bagus untuk membantu melembapkan kembali kulit anda yang kering dan mengalami keradangan. Kekurangan omega 3 pada kulit boleh juga menyebabkan penuaan semulajadi dan terjadinya ekzema dan psoriasis.

haaahhh..kalau tak makan ikan, makan ayam je tapi nakkan khasiat Omega 3 ni, produk Shaklee pun ade..mestilah Omega Guard Shaklee yang diperbuat daripada ikan laut air sejuk dari perairan Negara Jepun..bukan dari hati ikan tau..no no no..

Zink? pun Shaklee ade.. Zinc Complex Shaklee membantu memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat. Jika anda luka, hancurkan Zinc Complex dan tabor ke atas luka bagi mempercepatkan pemulihan!~


6. Paprika (Merah)

Sebiji paprika mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Selain itu, paprika juga mengandungi banyak serat, vitamin B6, dan kaya dengan karoten yang dapat mencegah kedutan dan melancarkan perjalanan darah ke kulit, sehingga anda kelihatan lebih awet muda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…

Kulit Kering
Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal
Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut  seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak
Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.

Kulit Berjerawat
Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayuran hijau, bayam, lobak, kentang dan juga ayam Belanda elok untuk merawat jerawat. Anda yang memiliki kulit berjerawat, disarankan menghindari pengambilan makanan pedas, manis serta hasil tenusu di dalam diet anda.

Selamat menjage kesihatan!~

No comments:

Post a Comment