Epal Nutrisi Luar Biasa?

 
Salam..hai..jam dah pukul 1.30 pagi..tapi mata x ngantuk lagi ni..so sambil relax2 malam ni nak share satu tips kesihatan dengan anda semua tentang epal.
 
Jom baca!
 
EPAL MEMBANTU KAWAL NAFSU MAKAN
 
Tahukah anda kajian menunjukkan wanita yang makan epal sebanyak 3 biji setiap hari dan menjadikannye sebagai diet rendah kalori mampu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan. So, ni kirenye berita baiklah untuk anda yang nak kurus dengan cara yang sihat dan tak perlu keluarkan kos yang tinggi.
 
Epal mengandungi nutrisi dan khasiat yang lengkap bagi memenuhi keperluan kesihatan dan gaya hidup kita pada masa kini. Walaupun ada banyakkkk jenis makanan, namun manfaat nutrisi dalam epal ni jangan di pandang enteng ye!
 
Epal bukanlah buah kegemaran ramai rakyat Malaysia, tapi tahukah anda yang epal adalah satu-satunya buah yang 'serba boleh' yang kaya dengan antioksidan yang mampu memperlahankan proses penuaan sekaligus mampu membuatkan anda tampil cantik, ceria, awet muda dan bertenaga. paling penting kalau anda nak tahu epal juga mampu mengurangkan risiko bagi penyakit berkaitan dengan usus dan jantung.
 
Wanita zaman moden sering bimbang dalam memikirkan cara untuk mendapatkan diet seimbang serta mengawal berat badan, jadi ramai wanita diluar sana sering tercari-cari dan mencuba makanan yang bukan je kurang kalori, tapi jugak bebas lemak dan kolesterol. Kan?
 
Haaaaa..tahukah anda kandungan yang terdapat didalam sebiji epal adalah serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan yang mana merupakan nutrient yang sangat penting untuk memelihara kesihatan jantung. Menurut hasil kajian American Journal of Clinical Nutrition, epal boleh menghalang seseorang dari menghidapi penyakit jantung dan kardiovaskular. Epal juga adalah makanan yang bernutrisi tinggi yang mempunyai harga yang sangat berpatutan dan mempunyai nilai nutrisi seperti 'superfruit' lain seperti blueberry dan delima.
 
CARA BETUL MAKAN EPAL
 
Ok, bagaimana cara kita makan epal? Biasenye kite semua akan makan dan tinggalkan bahagian tengah epal tu kan...? Kalau nak tahu, cara yang sebenarnya adalah dengan memakan kesemua epal tersebut tanpa meninggalkan sisa.
 
Maka, anda haruslah bermula dengan gigitan pertama dibahagian bawah epal dan habiskan seperti mana anda makan buah-buahan yang lain sehingga ke bahagian atas epal. Ingat ye, jangan tinggalkan bahagian tengah epal. Itulah cara paling tepat menikmati sebijik epal..
 
TIPS MENGHIDANGKAN EPAL & BUAH-BUAHAN KEPADA ANAK-ANAK
 
 
ANDA PERLU JADI ROLE MODEL
Bila anda menjadi role model, anak-anak secara automatic akan mencontohi anda. Jadi kita sebagai ibu bapa tunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan pemakanan sihat serta melakukan aktiviti fizikal dengan harapan anak-anak akan mencontohi kita.
 
APA YANG DILIHAT
Kanak-kanak biasanye mudah tertarik dengan visual yang menarik. Maka kite perlulah mengaktifkan imaginasi mereka dengan pelbagai potongan epal supaya ianya kelihatan seperti makanan yang seronok dimakan. Boleh juga cuba selitkan candy marshmallows untuk menggalakkan anak-anak mencuba.
 
BEKERJASAMA DENGAN ANAK-ANAK
Kadang-kala kita sebagai ibubapa tak perasan yang kita sering 'menghalau' anak-anak dari mendekati dapur dengan anggapan mereka adalah 'pengacau' sewaktu kita sedang memasak. Tapi tak ada salahnya jika kita ajak mereka sekali sekala menyediakan makanan. Dengan cara ini mereka bukan sahaja terdedah kepada persekitaran dapur, malah kita juga dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan mereka. Tentu anak-anak akan lebih seronok dapat menyediakan epal mengikut potongan mereka sendiri. Mereka tentunya akan lebih teruja untuk menikmati hidangan dari air tangan mereka sendiri.
 
POTONG
Cara terbaik untuk menggalakkan anak-anak menikmati epal dan buah-buahan lain adalah dengan memotongnya. Lebih menarik seandainya buah-buahan itu dipotong mengikut kesesuaian ataupun kehendak mereka daripada diberikan buah tersebut didalam bentuk asal. Pasti anak-anak akan lebih mudah menikmati andainya buah-buahan tersebut disediakan dalam bentuk yang mudah dikunyah.
 
JADIKAN KOMBO
Jadikan epal tersebut kelihatan seperti sandwich. Hiris epal tersebut kemudian cubalah sapu dengan peanut butter dan taburkan coklat chip. Pasti anak-anak kite tak sabar2 dan berebut nak makan..hihihi
 
MASAK
Epal juga boleh dimasak untuk dijadikan manisan. Potong dadu dan tambahkan cinnamon sugar kemudian masak diatas api. So, hidangan epal tersebut akan menjadi hidangan epal yang lazat dan boleh dimakan samada bersama pancake ataupun bijirin.
 
Antara jenama epal yang popular adalah Washington Apples dan terdapat dalam pelbagai jenis antaranya ialah Red Delicious, Granny Smith, Cameo, Fuji, Gala, Braeburn, Golden Delicious dan Cripps Pink. Kesemua epal ini dikatakan antara yang paling besar, paling berjus, dan paling rangup.
 
Ok, till then..selamat malam dan selamat makan epal semua..hihihi

Kalsium? JOMMMM..Bandingkan..

Salam..

Hai..harini saya nak cerita pasal kalsium.. Kalsium Shaklee of course Ostematrix kesayangan ramai laaa.. Ok, kalau nak tahu doluuu sewaktu mengandungkan Assyifa, pernah juga saya makan kalsium lain selain Ostematrix. Makan sebab gynae kasi, tanak membazir katekannnn.. Tapi yang tak bestnyer.. dah telan keluar balik, sebab terlekat di kerongkong. haiyaaaa.. acaner tuuuu.. konon nak selang-seli dengan Ostematrix sebab nak jimatkan Ostematrix yang superrrr best tu.. Saje kannnn suke cari pasaiiii..hmmmm..
 
Mase tu memang makan set mengandung Shaklee tapi tak kaji pun ape kandungan dalam kalsium tu semua. Mak tahu telan yoooo.. Sehinggalah bila dah consume Shaklee sepenuhnya ni, bila tengok balik, rupenye kalsium sintetik den tolannn tu.. patutlah asyik tercekik je.. kerongkong tanak kasi badan terima rupenyer..hihihi hmmmm..nasib..sape suruh tak stadi kann..sape suruh tak alert kan.. Itu saya yang dululah. Saya yang sekarang ni nak beli, nak makan mesti tengok label makanan. Walau tak beli pun, mesti tengok label. ape kandungan die? semulajadi ke tiruan..hihihih.. 




Ok..cuba anda tengok perbezaan diatas..dua-dua kalsium.. Persamaannya ialah pada kandungan Kalsium dan Vitamin D3.. Tapi kalsium Ostematrix Shaklee turut mengandungi Magnesium, Zink, Kuprum (Cooper), Manganese dan Boron. dah tentu elemen ini punya sebab yang tersendiri untuk dimasukkan ke dalam kalsium sehingga menghasilkan Ostematrix kan? Mari kita lihat apakah fungsi setiap satu: 

VITAMIN D3
  • Vitamin D berperanan utama mempertingkat penyerapan kalsium ‎dan fosforus ke dalam tubuh.
  • Kalsium ‎dan phosphorus penting bagi pembinaan, pembentukan, pemampatan tulang-tulang ‎kerangka dan tulang-tulang lain agar sempurna.
  • Vitamin D yang mencukupi juga dikaitkan dengan pertumbuhan rambut yang sihat. ‎
  • Kekurangan vitamin D (hypovitaminosis D) boleh menimbulkan berbagai gejala pada ‎pembentukan tulang-tulang di dalam tubuh; seperti osteoporosis, osteomalacia, rickets dan hypocalcemic tetany - keadaan kekurangan kalsium di mana pengidapnya akan sering mengalami kekejangan atau "cramp" pada tangan dan kaki, pada peti suara (larynx), saraf otak - pergerakan menjadi terlalu aktif.

KALSIUM
  • Merupakan zat gizi paling utama, berperanan membina, mengukuh, menumpat seluruh tulang dan gigi.
  • Kekurangan boleh menyebabkan tulang dan gigi menipis, mudah retak, kurang tumpat, tidak kukuh, mudah rosak; punca utama ‎‘osteoporosis.’
  • Diperlukan oleh semua otot untuk menguncup, dan magnesium untuk otot mengendur.
  • Kalsium ‎bergandingan dengan magnesium, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung.
MAGNESIUM
  • Pengambilan kalsium sebenarnye boleh menyebabkan sembelit pada sesetengah orang. Fungsi Magnesium ialah bagi meredakan kekejangan otot di dalam usus untuk membantu pergerakan usus yang lebih baik. 
  • Magnesium juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon, seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangan najis dari badan sekaligus dapat mengelakkan sembelit
  • Fungsi Magnesium juga ialah untuk menguruskan kadar kalsium dalam tubuh. Kalau tubuh kita kekurangan magnesium, maka kurang jugalah kadar kalsium yang diserap oleh usus, kerana tubuh terpaksa  menggunakan simpanan kalsium yang terdapat didalam tulang...akibatnyerr..terhakislahhh tulang kita.
  • Magnesium juga akan bertindak dengan lebih baik bersama-sama dengan kalsium bagi membina tulang untuk menjadi tulang lebih kuat.
  • Gabungan kalsium dan magnesium turut memberikan kesihatan yang lebih baik pada sistem kardiovaskular.
  • Gabungan kalsium-magnesium dapat membantu masalah mereka yang mengalami insomnia. Pengambilan kalsium ini dapat memberikan tidur yang lebih lena.
BORON
  • Membantu nutrien yang terlibat dengan metabolisma tubuh iaitu vitamin D, kalsium dan ‎magnesium
  • Meningkat kemampuan tubuh menyerap kalsium dan magnesium. 
  • Membantu kalsium dalam pembinaan tulang dan mencegah hakisan kalsium
  • Membantu mengimbangi kekurangan vitamin D3.
  • Mempengaruhi paras hormon dan kelenjar-kelenjar thyroid dan parathyroid bagi mengurus keseimbangan kalsium, magnesium, dan fosforus.‎
  • Meningkat kepekatan hormon steroid (estrogen dan testosterone) pada lelaki dan wanita.
  • Memiliki nilai-nilai anti-oksidan yang bermanfaat bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
MANGANESE
  • Mempertingkatkan fungsi saraf dan memastikan aktiviti sistem saraf seluruh ‎tubuh terpelihara dengan baik
  • Memelihara otak agar kekal berfungsi secara normal
  • Membantu menghasilkan enzim untuk pembinaan dan pembentukan tulang yang normal, tisu-tisu penghubung pada otot, kolagen, tendon, kartilej dan cecair sendi,.
  • Membantu memampatkan tulang kerangka, terutama tulang belakang.
  • Membantu pencernaan asid lemak dan kolesterol untuk memproses ‎glycogen (bahan penting untuk tenaga dan pergerakan)‎
  • Mengawal paras gula dalam darah dengan cara menstabilkan penghasilan dan pengeluaran ‎insulin.
  • Membantu penyerapan kalsium.
ZINC
  • Zinc berfungsi untuk menjaga sistem kekebalan tubuh
  • Membantu penghasilan dan keberkesanan sel-T.
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan dari luka dan penyakit.
  • Membantu perkembangan pembinaan dan ‎kembang-biak sel dan gen.
  • Penghasilan protein dan DNA yang sempurna. 
  • Kesuburan lelaki dan perempuan
  • Mengurangkan sindrom putus haid bagi wanita
 KUPRUM
  • Diperlukan untuk kelangsungan pelbagai fungsi dalaman tubuh; seperti metabolisma, kolesterol dan glukos.
  • Merangsang penghasilan tenaga diperingkat sel-sel -  Enzim Cytochrome-c-Oxidase - berfungsi untuk meransang penukaran dari molekul oksigen menjadi air.
  • Merangsang mitochondria (kilang tenaga dalam sel) bagi menghasilkan molekul penyimpan tenaga iaitu adenosine triphosphate (ATP). Dengan demikian, bila tembaga dalam tubuh mencukupi, tenaga yang diperlukan untuk perlaksanaan fungsi-fungsi tubuh tidak menghadapi masalah untuk hari-hari yang dilalui tanpa tubuh merasa letih atau lesu. ‎

haaaaa..ape macam? banyak kan khasiat Ostematrix ni.. biasenye they all yang consume Ostematrix memang tak akan bertukar kepada supplemen kalsium lain dah.. kalau saya bab yang paling best consume Ostematrix ni ialah waktu bangun pagi.. bangun pagi memang rase segar je walaupun tido selaluuuu lambat dan menjimatkan masa 'termenung di bilik air.. celik mate, minum air suam segelas, pastu laju je boleh flush isi perut yang semalam..hihihi selain rase cergas walaupun banyak keje kene bereskan sambil dukung anak.. 

ok..kalau bace pengalaman saya sorang nanti bias pulak kan..meh kite tengok testimonial Ostematrix yang lain..

 
 
Dan ini nasihat seorang doktor perubatan berkaitan kepentingan kalsium khasnya kepada wanita:



Ok..itulah sahaja perkongsian saya untuk harini.. lakukan perbandingan dan pilihlah kalsium yang terbaik untuk badan anda ye! Jika anda ingin mendapatkan Ostematrix atau lain-lain vitamin, saya boleh dihubungi di talian 013-9213938 dan penghantaran di Kuala Terengganu adalah PERCUMA..

Makanan Untuk Kulit Sihat


 
Sebut pasal kulit cantik dan sihat, sape yang tak nak kan? kulit cantik dan sihat tu impian semua orang. Baik lelaki perempuan, muda, remaja, tua.. Semua kan? Sebenarnya ada macam-macam cara yang boleh kite buat bagi mendapatkan kulit cantik, cerah dan bersih.

Cara semulajadi nak bagi kulit cantik of course laa dengan pengambilan makanan yang baik bagi kecantikan kulit, kalau nak tahu dalam makanan terdapat ribuan phyto-chemical, serat dan vitamin yang dapat bekerjasama untuk menjage kesihatan dan kecantikan kulit. Jadi, kalau nak kulit cantik, yang paling utama pemakanan haruslah kita jage.

So, harini nak kongsi beberapa jenis bahan makanan WAJIB dalam menu harian u olls. Jika pengambilannya dijadikan amalan insyaAllah pemakanan ni mampu membuatkan kulit u olls tetap sihat dan cantik. Jom tengokkkk..
 

1. Yogurt

Yogurt bagus untuk kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat serta menghilangkan kelemumur. Seeloknya, pilihlah yogurt yang  ‘low fat’ dan ‘low sugar’ untuk menghindari  terjadinya masalah keradangan pada kulit. Selain itu, yogurt juga sebenarnye merupakan antibiotik natural yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh serta menjaga kesihatan sistem penghadaman.

2. Kekacang

Diantara kekacang yang memiliki khasiat luar biasa untuk kulit adalah buah badam (almond), pistachio, hazelnut, dan walnut. Diorang ni semua mengandungi Vitamin E, yang mampu menjaga kelembapan kulit, mengatasi kekeringan dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan lembut. Tapi kalau u olls semua tak gemar makan kekacang sebab takut gigi patah ataupun sebab tak suka terlekat celah gigi, u olls bolehla consume Vitamin E Complex Shaklee ye.. Vita E ni sememangnya sangat bagus untuk kulit..nak telan boleh, nak sapu dekat muka @ parut2 ditubuh pun bolehh.. khasiatnya untuk dalaman dan luaran.. memang berbaloi..


3. Sayur-Sayuran Berwarna

Jenis makanan yang ni sememangnya sangat kaya dengan serat, sebaiknya u olls WAJIB masukkan dalam jadual menu harian. Sayuran berwarna seperti lobak merah, bayam, dan ubi banyak mengandung beta-karotena. Vitamin A kaya akan antioksidan serta mampu membantu mencegah penuaan semulajadi  serta kerosakan sel yang mengurangkan risiko kanser kulit.

Manakala sayur bayam pula mengandungi zat besi, folat, klorofil, magnesium, serat, protein dan vitamin C, E dan A. Ketiga-tiga vitamin ini sangat baik untuk kulit. Bahkan bayam juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan pelbagai masalah kulit.  Pengambilan bayam pada setiap hari boleh membersihkan kulit dari luar dan dalam.

Tapi, kalau u olls anti-sayur, bolehlaa ambil Meal Shakes sebagai ganti atau pun vitamin asas Shaklee yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), B-Complex, Vita-Lea dan juga Sustained Release Vita-C bagi membantu menampung kekurangan zat dan gizi tersebut.

4. Vitamin C

Vitamin C merupakan zat yang sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Ini adalah kerana vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.

Buah-buahan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.  Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari.

Vitamin C yang terrrrbaik semestinya Sustained Release Vita-C yang mana setiap tablet Vita-C mengandungi 7.5 biji buah limau termasuklah kulitnya dan akan berlaku pembebasan sebanyak 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita bagi setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan bagi 2 tablet Sustained Release Vita-C Shaklee mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam.


5. Makanan Laut

Kandungan zink dan asid lemak omega 3 pada ikan, sangat bagus untuk membantu melembapkan kembali kulit anda yang kering dan mengalami keradangan. Kekurangan omega 3 pada kulit boleh juga menyebabkan penuaan semulajadi dan terjadinya ekzema dan psoriasis.

haaahhh..kalau tak makan ikan, makan ayam je tapi nakkan khasiat Omega 3 ni, produk Shaklee pun ade..mestilah Omega Guard Shaklee yang diperbuat daripada ikan laut air sejuk dari perairan Negara Jepun..bukan dari hati ikan tau..no no no..

Zink? pun Shaklee ade.. Zinc Complex Shaklee membantu memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat. Jika anda luka, hancurkan Zinc Complex dan tabor ke atas luka bagi mempercepatkan pemulihan!~


6. Paprika (Merah)

Sebiji paprika mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Selain itu, paprika juga mengandungi banyak serat, vitamin B6, dan kaya dengan karoten yang dapat mencegah kedutan dan melancarkan perjalanan darah ke kulit, sehingga anda kelihatan lebih awet muda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…

Kulit Kering
Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal
Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut  seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak
Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.

Kulit Berjerawat
Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayuran hijau, bayam, lobak, kentang dan juga ayam Belanda elok untuk merawat jerawat. Anda yang memiliki kulit berjerawat, disarankan menghindari pengambilan makanan pedas, manis serta hasil tenusu di dalam diet anda.

Selamat menjage kesihatan!~

ROBIN WILLIAMS, SEROTONIN & B-COMPLEX


TEKANAN PERASAAN 

Berita tentang kematian Robin Williams kerana membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang dialaminya sangat mengejutkan dunia. 
.
Disebalik gelak ketawa mendiang Robin Williams didalam setiap filemnya yang kita saksikan, pelawak dan pelakon terkenal Hollywood itu sebenarnya sedang berjuang melawan tekanan perasaan yang dialaminya sejak tahun 1997. 
.
Beliau telah menjalani beberapa kali terapi. Pada Julai 2014, Robin dikatakan masih menjalani rawatan bagi menghilangkan tekanan perasaan dan ketagihannya terhadap alkohol. 
.
Sekalipun hartanya melimpah ruah, nyata harta dan kekayaan tidak menjanjikan ketenangan hidup yang dicarinya selama ini.
.
Tekanan perasaan adalah gangguan mental yang mengakibatkan diri dilanda kesedihan, dihantui perasaan bersalah, hilang fokus serta kehilangan semangat. 
.
Tekanan perasaan bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan jiwa, malah turut memberikan kesan yang tidak baik kepada fizikal seseorang seperti sakit otot, kebas sendiri dan sakit dada. 
.
Tekanan perasaan jika tidak dikawal boleh menyebabkan mereka yang menghidapinya mengambil jalan singkat dengan memutuskan untuk  mengakhiri kehidupan. 
.
Nauzubillah..



SEROTONIN
Apa itu serotonin? Serotonin adalah ‘neurotransmitter' (penyampai semulajadi otak yg mengawal mood dan emosi)  atau sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Peranan yang dimainkan oleh serotonin akan memberi kesan kepada badan kita.  
.
Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu. Kesan sampingan akibat kekurangan serotonin pada otak menyebabkan berlakunya tekanan perasaan dan seseorang itu mudah dilanda kemurungan, sentiasa bersedih, mudah tersinggung dan selalu marah-marah. 
.
Cube check.. u olls macam tu tak? Kalau ye, u olls mungkin kekurangan hormon serotonin tuu.. Dikatakan perembesan hormon serotonin ini akan semakin berkurangan apabila diri kita berada didalam tekanan emosi yang berpanjangan.  
.
Maka, kita perlu menambahkan bekalan serotonin melalui pemakanan yang kita ambil.

Jadi..utk mengawal tekanan.. Anda perlukan vitamin B Complex.  Bagaimana B Complex membantu kita mengatasi tekanan perasaan? 
.
Mari lihat  dulu siapa dikalangan ahli keluarga Vitamin B Complex ni ye, mereka terdiri daripada: Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), dan Vitamin B12.  Kesemua jenis vitamin B ni sememangnya diperlukan oleh badan kita.**

Vitamin B1
Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma. 
.
Vitamin B2
Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folik.
.
Vitamin B3
Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
.
Vitamin B5
Membantu mengurangkan stress fizikal/mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang
.
Vitamin B6
Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
.
Vitamin B9
Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didalam badan.
.
Vitamin B12
Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.
Sebab itulah Vitamin B-Complex ini sangat disyorkan kepada pelajaribu yang mengandung , menyusukan bayi serta berpantang, mereka yang sering migrain.
 
Tekanan yang dihadapi seharian seharusnya memerlukan kita menjaga kesihatan yang berpanjangan. Janganlah kerana tekanan hidup, kita menjadi tidak bermaya dalam menempuhi arus kehidupan dan secara tidak sedar kita menggadaikan kesihatan.
.
 Ingatlah, bahawa kesihatan adalah aset yang penting yang perlu kita jage dalam mencari keredhaan Allah sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW, "Dua nikmat agung yang diabaikan oleh kebanyakan orang ialah nikmat kesihatan dan masa lapang". 
.
Oleh itu, sama- samalah kita menghargainya.

--------------------------------------------------------------------------------------  
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 

Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye.. 

Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 

013.9213.938 

w_nads@yahoo.com 

COD sekitar Kuala Terengganu 

Penghantaran ke seluruh Malaysia

--------------------------------------------------------------------------------------- 

PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE 

<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>

>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<

Woww..AIS cantikkan kulit!~

 
 
Haiii.. Salam Jumaat..
Hari cuti ni tentulah hari untuk berehat dan hari untuk memanjakan diri.. Bagi yg dah kawen, of course lah weekend hari untuk bermanja dengan suami, anak2 dan keluarga tersayang kan..

Ok sebut pasal memanjakan diri, biasenye kite orang pempuan ni akan fokus pada kecantikan lah.. Dan sebenarnya banyakkkkkk sangat cara, petua dan kaedah untuk sihat dan cantik kan?..of course cara yang selamat lah kan.. Cucuk tang tang sini tu dah termasuk kaedah lain..

Harini nak share satu cara paling simple, mudah, murah dan jimat untuk mencantikkan kulit. Buat sendiri je.. Yang penting kene rajin dan jadikan rutin.. Caranya ialah menggunakan air batu atau name glamernye ais.. Haaa.. Jangan tak tau, ais bukan setakat letak dalam air minuman nak bagi sejuk, tapi boleh cantikkan kulit jugak rupenye ye..

Petua kulit cantik guna ais batu ni dikatekan sangat berkesan, tapi jangan malas ye sebab anda perlulah lakukan secara rutin.

Jom bace macamana ais bertindak untuk mencantikkan kulit wajah anda;

1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat

Apabila kita menekapkan ais pada wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit kita yang kelihatan penat ataupun kusam.

Caranya simple je, ambil beberapa ketulan ais dan masukkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ye.. Jangan tekap ais direct pada kulit muka, sebab bila terlalu sejuk, boleh memberi kesan kepada pembuluh darah.

2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori

Ais juga boleh digunakan sebagai medium yang paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang besar pada wajah kita. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengecilkan ruang pori-pori sebelum anda memakai mekap. Ruang pori-pori yang kecil juga meminimumkan kemasukan bahan kimia dari mekap yang anda pakai yang akhirnye jika tidak dikeluarkan boleh menyebabkan jerawat kerana bahan kimia tersebut tersumbat didalam liang kulit.

3. Mengubati Mata Sembab

Jika kita kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. So, bonusnya ais juga boleh digunakan untuk menghilangkan bengkak pada mata ketika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan akibat menangis tak berhenti..hihihi

So, manfaatkan lah sepenuhnya ais tuuuu.. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan pada mata anda.

4. Meringankan Masalah Jerawat

Jika anda perasan tiba-tiba ade jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada jerawat tersebut. Selain itu, penggunaan ais juga dapat mengurangkan minyak yang berlebihan serta mengecutkan dan menghilangkan jerawat anda.

5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus

Jika terdapat bulu-bulu halus di sekitar wajah dan anda runsing dengan pertumbuhannya, penggunaan ais dapat mengurangkan. Ais sangat membantu menghilangkan semua akar-akar kecil bulu halus tersebut pada wajah anda.

6. Wajah Lebih Anjal & Lembut

Gosokkan ais yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam selain menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lembut, lakukan secara rutin mendapat hasil yang lebih sempurna.

7. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama

Tekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum melakukan solekan pada wajah. Setelah tekapkan wajah anda dengan ais, biarkan selama 5 hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda memakai serum atau mekap. Cara ini boleh membantu menjaga mekap anda agar tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Ok..Selamat mencuba! Nak cantik jangan malas2 ye..
 

EKZEMA 'o' EKZEMA.. PUNCA dan cara PULIHKAN




Assalamualaikum.. Salam September semua.. Pejam celik.. Pejam celik.. dah pun September.. cepat betul mase berlalu kan..ape2 pun hari demi hari hadapi dengan senyuman.. Walaupun gatal kena ekzema, hari2 mesti mau senyum.. Harus positif.. insyaAllah..boleh sembuh dengan izin Allah SWT.
 
Ok, hari ni nak story pasal ekzema dan langkah penyelesaian yang boleh anda lakukan dengan Shaklee.. Kalau anda nak tahu, sebenarnye perkataan Ekzema (eczema) ni berasal dari perkataan Greek iaitu ekzein yang bermaksud "mendidih" dan perkataan Ek yang bermaksud "keluar". Manakala zema dalam perkataan Yunani bermakna mendidih.
 
Punca EKZEMA?
  • Keturunan - Faktor keturunan memainkan peranan penting kepada risiko mendapat masalah penyakit kulit ini. Jika ada keturunan keluarga yang menghidap masalah ini, tidak mustahil anaknya juga berisiko tinggi menghidapinya
  • Kuman yang membiak - Ada sesetengah pesakit mendapat masalah ini berpunca daripada kuman kulat yang dipanggil pityrosporum ovale. Namun, tidak semua bayi menghadapinya disebabkan kuman kulat berkenaan. Peningkatan sensitiviti kepada kulat berkenaan iaitu organisma yang hidup pada kulit dipercayai memainkan peranan dalam masalah ini.
  • Bahan kimia seperti buih sabun - Elakkan menggunakan sabun daripada jenis berbuih banyak kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Apabila kering, kulit akan rasa lebih gatal. Sebaiknya gunakan sabun yang khusus untuk kulit sensitif dan mandi menggunakan air yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Ekzema boleh dirawat melalui kaedah perubatan. Sebaik sahaja anda mendapati ada kelainan seperti tompok-tompok merah, berair dan bersisik di kulit anak atau pada anda, segeralah berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan sebagainya.

 

Untuk gejala ekzema tahap ringan ke sederhana, biasenya mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal tapi untuk kes yang lebih serius, kulit boleh menjadi merekah dan turut menyebabkan pendarahan.

Ekzema biasanya terjadi pada wajah, leher dan di bahagian siku, lutut dan pergelangan kaki dan kalau bayi ni biasanya kesan ekzema dapat kite lihat sekitar dahi, pipi, lengan, kaki, kulit kepala dan leher.

Antara simptom penyakit ekzema adalah seperti berikut:

1. Keadaan kulit akan pecah atau merekah
2. Kawasan kulit tertentu mungkin akan menjadi koyak
3. Kebiasaanya kulit dirasai sangat kering
4. Rasa gatal biasanya lebih teruk di waktu malam
5. Menggaru akan menyebabkan kulit seperti menebal.
6. Beberapa kawasan terlibat menjadi radang atau merah.
7. Kawasan kawasan radang kulit biasanya akan melepuh dan terkandung cecair.
8. Kulit mungkin akan bertompok merah atau berwarna coklat kelabu.
9. Sebahagian kulit mungkin akan kelihatan tompok-tompok lebam kecil.
 
 
 

Tahukah anda yang penggunaan krim steriod bagi mengatasi ekzema sebenarnya tidak berapa elok kerana boleh menyebabkan kerosakan serta penipisan kulit yang akan mengurangkan sifat pelindung semula jadi kulit bayi. Kesannya kulit bayi akan mudah berparut akibat kesan jangka panjang krim berasaskan steroid. Selain tu, penggunaan yang keterlaluan menyebabkan bahan ini masuk ke dalam saluran darah dan membawa kesan negatif yang lain. Selain dari rawatan ini hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Haaaa, mohon anda semua berhati-hati ye.. Penyakit yg ada tak elok lagi, datang pulak masalah lain.. Selagi kite boleh elak yang tak elok tu, elakkanlah ye..

Tapi, janganlah runsing sangat.. Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa gabungan produk Shaklee yang boleh digunakan secara dalaman dan luaran yang insyaAllah dapat membantu mengembalikan keyakinan dan keceriaan anda dalam mengatasi ekzema.

Rawatan ekzema menggunakan produk Shaklee ni adalah mengikut peringkat umur:

BAYI KURANG DARI 1 TAHUN

  • ESP dan Omega Guard disarankan kepada ibu yang menyusukan bayi yang ade masalah ekzema. Khasiat dari ESP & Omega Guard insyaAllah diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Herbal Blend Cream boleh disapukan bagi bayi yg alami ekzema kering untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Jika luka akibat ekzema, Vitamin E juga boleh disapu utk mempercepatkan penyembuhan

KANAK-KANAK 1 TAHUN KE ATAS

  • Omega Guard boleh diberikan bagi merawat masalah ekzema. Samada dimakan terus atau dimasukkan kedalam susu.
  • Omega Guard dapat mencegah keradangan kulit, menguatkan membran sel dan mengurangkan kegatalan.
  • Herbal blend  bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih dan vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka akibat kegatalan.
  • Mealshakes berfungsi untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut.
 
REMAJA DAN DEWASA
 
 
 
  • Ekzema menyebabkan sel kulit menjadi rosak. Pengambilan ESP dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang cantik.
  • Omega Guard membantu mencegah keradangan kulit, menguatkan membran sel dan mengurangkan kegatalan.
  • Omega Guard juga berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan bagi mengurangkan penghidap menggaru.
  • Meal Shakes juga turut disarankan kerana ia membekalkan pelbagai nutrisi bagi membantu merawat kulit yang rosak.
  • Herbal blend  yang dirumus dengan mentol akan menyamankan kulit apabila disapu dan mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Alfalfa turut disarankan bagi menyah toksin dalam badan serta menguatkan sistem dalaman badan.

Alhamdulillah, ramai yang telah mencuba alternatif secara selamat sihat dan semulajadi dengan Shaklee untuk merawat diri mereka dan insan yang mereka sayangi dari ekzema dan ini adalah antara testimonial yang boleh dikongsikan:




 

Set yang dicadangkan diatas adalah set terbaik untuk hasil yang lebih optimum bagi merawat ekzema. Bagaimanapun jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, konsultasi serta inginkan perbincangan mengenai set terbaik mengikut kemampuan bajet, anda bolehla menghubungi saya untuk perbincangan selanjutnya. Saya akan berikan konsultasi yang TERBAIK untuk membantu anda.

Sebarang pesanan produk mahupun konsultasi serta pertanyaan, bolehla menghubungi saya:

Wan Nadiah binti Wan Abdul Rahman

sms/whatsApp: 013 9213938
Email:
mommahusna@gmail.com
FB: Wan Nadiah

Penghantaran bagi area KUALA TERENGGANU adalah PERCUMA dan pengeposan turut dijalankan di seluruh Malaysia.