SEMBELIT?..Jangan dibiar menghantui..Jom atasi dengan Shaklee..


SEMBELIT! 
 
Cakap pasal sembelit, saya rase semua orang boleh bayangkan perasaan dia kan..?
Sembelit ngeri..sakit..perit..pedih..berpeluh..meneran..macam-macam laa..
Ade tu yang tengok pintu toilet pun rase 'dihantui'..haaaa..jangan main-main..

Pada orang yang mempunyai kesihatan system perkumuhan yang normal, kebiasaannya akan membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.  Tapi kalau dah sampai tiga hari tak membuang sisa-sisa dalam perut yang dimakan tu..hmm…pasti ade yang tak kena tuuu..Mungkin anda dah terkena sembelit dan dari sudut perubatan pun turut menyatakan bahawa sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.
 
Sembelit ni ialah satu keadaan di mana kita sukar atau sangat jarang terasa untuk membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala ye, bukanlah satu penyakit. Tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit anda perlulah berhati-hati dan jangan pandang ringan pada masalah tersebut sebab sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan penyakit lain seperti buasir.

Sembelit ni akan menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut. Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit ni jugak boleh menimbulkan menyebabkan masalah seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit kepada penghidapnya.

SEMBELIT? KENAPA BERLAKU..?
 
Perbezaan pada sistem pembuangan najis yang normal dan yang mengalami sembelit

Antara sebab-sebab mengapa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua. (Aktiviti fizikal sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan)
  • Pengambilan ubat-ubatan.
  • Susu.
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus i.e.sembelit kronik yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
  • Perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

JANGAN DIBIAR..
Gambar dalam bulatan menunjukkan gas yang terkumpul akibat daripada najis yang tidak dapat keluar daripada usus. Ketegangan pada usus menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakitan.
 
Sekiranya anda sering sembelit dan masalah tu tak diatasi dengan baik dikhuatiri akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat yang kita makan menjadi kurang bernilai. Rugilah kannn..Yang mana akan mengakibat nutrien tidak dapat sampai kepada sel-sl tubuh kita yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh kita secara cekap dan jika dibiarkan berpanjangan akan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh dan akan menyebabkan meningkatnya paras molekul radikal bebas. Selain itu, toksin dalam aliran darah akibat sembelit akan membeban organ hati kerana tidak dapat menjalan proses detoksifikasi dengan berkesan. Detoksifkasi yang tidak cekap tu pulak menyebabkan sel bertukar sifat dan menjadi berasid. Maka, berlakulah kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Selain tu, najis yang mengeras kerana sembelit ni mudah melekat pada dinding usus besar dan turut menyumbang kepada permasalahan usus tersumbat. Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

TIPS PENCEGAHAN SEMBELIT

Setiap dari kita pasti pernah terkena sembelit dalam kehidupan anda kann..?TAPI kalau anda selalu je terkena sembelit, langkah paling bijak adalah anda harus mencari puncanya dan selalunya sembelit ni berpunca daripada pemakanan yang kurang baik. Jadi, bila anda dah tahu punca-puncanya, maka eloklah kita amalkan beberapa tips mudah untuk mencegahnya seperti dibawah:
  • Makan pelbagai jenis makanan yang banyak serat seperti kekacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Amalkan minum banyak air.
  • Elak tabiat menahan untuk membuang air besarSesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.
  • Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.

PETUA-PETUA TRADISIONAL

Bagi mereka yang ada masalah sembelit atau susah nak buang air besar disini ada beberapa petua yang saya kongsikan. Antaranya ialah:
  1. Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.
  2. Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.
  3. Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.
  4. Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu
  5. Cari beberapa biji pisang abu. Bakar pisang tu dengan kulit-kulitnya sekali dengan api yang kecil. Bakar hingga ia masak dan nampak kehitaman kulitnya. Bila dah agak suam sikit, buka kulitnya dan makan pisang yang telah dibakar tu. Amalkan makan pisang bakar itu ketika masih suam setiap hari. Ia dikatakan dapat membantu sistem pelawasan badan dan memudahkan untuk membuang air besar.
Namun sekiranya masalah sembelit masih menghantui anda dan anda mahu berikhtiar dengan Shaklee, saya boleh mencadangkan anda untuk mengamalkan rangkaian vitamin Shaklee iaitu Herb-Lax, Ostematrix  dan juga Alfalfa Complex untuk mengatasi masalah sembelit dengan cara selamat dan semulajadi!~
 

 1) HERB~LAX
  • Sebagai penyah toksik dalam badan
  • Membantu mengempiskan perut (sembelit hilang, perut kempis..pakej 2 in 1..bestnyerrr!~)
  • Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
  • Membantu pembersihan usus dan detoks
  • Ia membantu untuk mengelakkan sembelit
  • Meningkatkan pelawasan pada sistem pencernaan
  • Mengandungi daun Senna yang terkenal sebagai pelawas semulajadi
  • Mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan secara lembut dan terbukti secara klinikal  kesesuaian penggunaannya untuk jangka masa panjang
  • Pada permulaan diambil 3-5 hari seminggu kemudian bolehla diambil setiap hujung minggu 3 kali seminggu sahaja
  • Tidak sesuai untuk ibu menyusu (untuk ibu menyusu anda boleh mengambil ALFALFA)
 
2) OSTEMATRIX
  • Terdiri daripada vitamin D3,kalsium,manganese,copper,magnesium dan zinc
  • Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM.
  • Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.
    • Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.
    • Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.
  • Membantu membaiki usus yang tersekat akibat pengumpulan najis
  • Bagi wanita yang berpantang, ramai yang mengamalkan Ostematrix untuk mengelakkan sembelit
  • Diambil dua kali sehari, selepas makan atau sebelum tidur.
  • Ostematrix turut membantu supaya kita lebih bertenaga dan mudah bangun di pagi hari.
  • Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement Ostematrix.

3) ALFALFA COMPLEX
  • Juga dikenali sebagai RAJA segala tumbuhan
  • Mengandungi 300gm kalsium untuk keperluan tubuh badan
  • Membantu dalam penyerapan protein dan karbohidrat
  • Merawat masalah sembelit  juga membantu dalam pelawasan
  • Menyah toksik dalam tubuh dengan membersihkan usus, hati dan darah
  • Turut bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita
  • Turut membantu sebagai 'milk booster' untuk ibu yang menyusukan
  • Diambil setiap hari
  • **Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini
 
Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi saya, jangan segan dan silu ye..saya, WAN NADIAH boleh dihubungi/SMS/WhatsApp di talian 013 9213938 dan penghantaran di sekitar Kuala Terengganu adalah PERCUMA. InsyaAllah, saya akan cuba bantu anda mengatasi masalah kesihatan mengikut mengikut kesesuaian bajet dan kemampuan anda, apa yang penting anda kembali sihat dan ceria!~
 
Bubbye!~
Sampai jumpa lagi..
Salam..

No comments:

Post a Comment