Selamat Tinggal Senggugut!~



Sebut je senggugut..pasti terbayang kesakitannya kan? Dah la sakit, tiap-tiap bulan pulak kene.. Apatah lagi bagi wanita yang mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Sebab tu laa senggugut ni hanya wanita yang mengalaminya sahaja yang memahami..kannn? Lelaki memang tak akan paham ler sebab diorang tak mengalaminya. Sekadar boleh simpati jer laaa..tak mengurangkan sakit pun.. Saya pun pernah mengalami senggugut sebelum kahwin..tapi tak adelah tahap yang terlampau ekstrem. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang tak rase ape..hihihi mase tak sakit, happy ler..bolehlaa senyum-senyum gelak-gelak..tapi kalau sakit haaaa.. Waktu tu jangan cari pasal ye, satgi ade yang makan selipar..hahaha.. Normal la, tengah sakit kan, depa yang buat hal tu, nampak kecik besor kecik besor aje..ye dokk..hihihi

Dulu waktu sakit senggugut tu, sempat jugaklah saya telan Panadol Menstrual. Tapi sebenarnya takut jugak main duk telan ubat ni kan, kadang-kadang kalau sakit sikit-sikit tu saya tahan kan aje..bukan ape terlalu bergantung pada drugs pun tak bagus untuk tubuh badan kita ni sebenarnye. Kesan dari senggugut ni jugak berbeza setiap orang, ade yang sakit pinggang..sakit dekat ari-ari..sakit belakang..pening kepala..seram sejuk..sengal tulang.. Dari pengalaman saya, pernah ada seorang sahabat saya ni sampai guling-guling bila time datang bulan, ambik ubat kat klinik pun tak berapa nak jalan.. Pernah sekali dia terkena senggugut time kuliah, bilik kuliah kan sejuk, students pun ramai, tapi oleh kerana terlampau sakit dan dah tak tahan sangat, dia keluar dari dewan kuliah, last-last saya dapat tahu yang cleaner jumpa die terbaring kat atas lantai toilet.. AllahuAkhbar..kesian kawan saya..
 
Hmmm, tahukah anda ape sebenarnye senggugut ni? Ade yang kata itu perkara normal.. Ade yang kate, kalau tak rawat nanti boleh bawa mudarat. Ok, senggugut ni biasanya kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Senggugut ataupun dalam terminologi perubatan disebut juga sebagai "dysmenorrhoea". Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Senggugut ni memang sangatlaa tak best dek kerana tak dapat tido dengan lena kerana menahan sakit.. Pastu mengganggu kerja-kerja seharian kalo yang masih bersekolah tu sampai tak dapat pergi ke sekolah.. Kalau yang bekerja, sampai kena ambik MC. Tambah sedih lagi, kalau terkena senggugut time hari-hari penting macam nak hadapi exam ke, interview ke..ouuuuuuchhhh..memang sangat-sangatla terganggu. Rasenye kalu kene time cenggitu, lebih banyak layan perasaan sakit daripada fokus pada perkara lain kan..

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis. Untuk pengetahuan anda, senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

SENGGUGUT PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini. Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah. Ianya selalu berlaku dengan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/ mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Simptom lain antaranya ialah seperti:
 
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual (50%) dan muntah (25%).
* sembelit atau cirit-birit (35%)
* tekanan emosi, merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang.

Faktor risiko:
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Rawatan untuk Senggugut Primer

Tanpa ubat:
* Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan  berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
*‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan.
* Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal.
* Teknik relaksasi – dengan memperbanyakkan Zikrullah, Yoga, Tai Chi.

Dengan Ubat:
* Menggunakan ubat penahan sakit seperti Paracetamol / Panadol
* Menggunakan ubat Anti-Prostoglandin saperti Ibuprofen atau Ponstan
* Menggunakan pil perancang keluarga bagi menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.

SENGGUGUT SEKUNDER
 
Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami senggugut sekunder:
 
* Haid yang tidak tetap
* Kesakitan antara haid
* Pendarahan yang banyak
* Lelehan dari faraj
* Kesakitan ketika melakukan seks
* Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
* Loya dan muntah, cirit-birit.

Senggugut ini disebabkan oleh patologi (abnormality @ kelainan) di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Diantara penyebabnya ialah:

* Endometriosis – tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain didalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung.

Rawatan Senggugut Sekunder
 
* Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti Paracetamol, Cox-2, Anti - Prostaglandin (Ponstan).
* Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi).

KAEDAH TRADISIONAL PULIHKAN SENGGUGUT
 
Berikut adalah antara Petua Tradisional yang ringkas dan boleh diguna pakai untuk memulihkan senggugut:
  1. Bawang Merah - ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dalam segelas air panas. Kendian kacau dan minum air tersebut.
  2. Halia - amalkan meminum air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya dan jika senggugut masih menyerang, cepat-cepat rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang telah dicampur dengan garam. Cuba terus mengamalkannya sehingga rasa sakit hilang.
  3. Tuam Dengan Air Panas - Satu cara yang diamalkan oleh kebanyakan orang ialah bila rasa sakit tu, cuba tuam atau demah perut dengan kain yang dicelup dengan air panas. Nak lebih elok isikan air panas ke dalam bekas plastik, balut dengan kain dan letakkan ke perut. InsyaAllah, ia mampu mengurangkan kesakitan yang dialami.
  4. Teh - Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.
PULIHKAN SENGGUGUT?..AYUH IKHTIAR DENGAN SHAKLEE!~
 
Sekiranya anda ingin berusaha untuk menghilangkan senggugut yang telah lama anda deritai dengan Shaklee, adalah amat-amat dialukan. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai tahap senggugut yang terlampau teruk sehingga mengganggu kehidupan anda, maka ikhtiar dengan GLA Complex adalah penyelesaian terbaik..InsyaAllah. Telah ramai yang mencuba dan mereka sangatlah berpuashati malah mereka sangat bersyukur kini kehidupan mereka menjadi lebih sihat dan ceria. Selain itu, Ostematrix dan B-Complex juga turut membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan senggugut. Mari kita baca ape fungsi setiap satu vitamin ni bagi membantu penyelesaian senggugut:
 

GLA Complex
  • Untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
  •  Kandungan GLA yang lebih tinggi juga terbukti dapat mengatasi masalah seperti Pre-Menstrual Syndrome (PMS), jerawat, dan sakit sendi.
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
  • Minyak benih bunga matahari mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
 
OsteMatrix
  • Membekalkan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D selain Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum.
  • Memperbaiki masalah haid: pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu datang haid.
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas: Pengambilan sebanyak 600mg kalsium sebelum tidur dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi.

B-Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
  • Melawan tekanan, memastikan kesihatan saraf, meredakan sakt kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Meredakan senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.

Ini antara testimonial yang saya dapat daripada sahabat adik saya yang kini berusia 23 tahun dan telah pun mengalami senggugut yang teruk selama 12 tahun. Alhamdulillah baru je consume GLA selama seminggu, dan inilah hasilnya.. Ape-ape pun kite berusaha, Allah SWT juga sebaik penyembuh.
 
 
Testimonial customer lain yang berusaha mengatasi senggugut dengan OsteMatrix Shaklee:
 
 

Anda berminat untuk mencuba Set Senggugut Shaklee? Atau anda ingin bertanyakan sebarang persoalan dan permasalahan atau ingin mendapatkan harga istimewa, janganla segan dan silu ye, anda boleh hubungi saya SMS/WhatsApp Wan Nadiah ditalian 013-9213938 atau  dan penghantaran adalah percuma bagi kawasan Kuala Terengganu dan pengeposan turut dijalankan ke seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment