Susu Ibu - SUPPLY on DEMAND..

Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua..

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada Ramadhan ke 26 ini. Tak lame lagi dah nak beraya kan? Pasti kita semua teruja untuk meraikan Hari Kemenangan umat Islam ini setelah sebulan berpuasa. Harini post saya bukan tentang kuih raye, hidangan raye mahupun baju raye ye..hihihi tetapi harini saya nak berbicara mengenai susu ibu, iaitu sumber nutrisi yang terbaik untuk bayi kita. Kini, dunia penyusuan adalah passion saya setelah bergelar ibu.

Baiklah, saya rasa kita tahu yang pada hari ini penyusuan susu ibu sudah menjadi satu fenomena. Syukur, perkara ini adalah satu perkembangan yang positif mungkin kerana telah mula timbul kesedaran pada ibu-ibu untuk memberikan yang terbaik pada permata hati mereka.
 
Disamping pada hari ini juga pelbagai perkongsian ilmu mengenai susu ibu telah banyak dikongsikan, pendek kata semua tips boleh diperolehi dari internet, buku dan sebagainya disamping  pelbagai kemudahan dan peralatan yang dijual untuk memudahkan penyusuan.
 
Ini diakui sendiri oleh sahabat-sahabat saya yang mempunyai anak yang telah dewasa, kata mereka pada zaman mereka (pada era 80an atau 90an) sukar untuk mendapatkan kemudahan penyusuan seperti mana harini selain akses yang terhad terhadap ilmu penyusuan, maka susu formula telah menjadi pilihan mereka terutamanya yang bekerja.

-----------------------------------------------------------------------

Tapi, itu dulu. Pada hari ini, terdapat pelbagai kemudahan yang boleh kita dapati bagi mempermudahkan lagi penyusuan susu ibu. Tahukah anda, 90% kejayaan penyusuan susu ibu adalah datangnya dari "mindsetting" ibu itu sendiri dan 10% lagi adalah dari bantuan teknikal seperti supplemen, peralatan penyusuan seperti pam dan sebagainya.
 
Untuk menjayakan sesuatu penyusuan, ibu terlebih dahulu haruslah melengkapkan diri dengan ilmu. Ilmu yang paling penting dalam dunia penyusuan adalah konsep Supply on Demand - Menyusukan bayi ATAS PERMINTAAN. Inilah  konsep yang perlu ibu pegang. Menyusui atas permintaan TANPA melihat jam!

The more demand, the more milk will be produced!

Ok, macam yang saya cakap tadi mindsetting menyumbang 90% kepada kejayaan penyusuan kan? Perkara yang biasa saya kongsikan kepada rakan-rakan yang masih baru didalam penyusuan susu ibu ialah apabila bayi menangis kerana kelaparan, susukan dia sekerap mungkin kerana tangisan bayi akan menghantar signal pada otak ibu yang bayi perlukan susu, dan apabila bayi disusukan, payudara si ibu akan dirangsang dan otak akan menghantar signal pada badan untuk menghasilkan susu.
 
Kerana itu, ibu dan bayi perlu bekerjasama untuk menghasilkan susu. Walaupun letih dan penat, tapi positif mindset ye ibu, syukur sebab bayi anda sedang berusaha menolong anda untuk menghasilkan susu.  Diawal kelahiran, bayi memang mempunyai naluri untuk menghisap dan menyusu dengan kerap. Semakin banyak bayi 'demand', semakin banyak ibu 'supply', makin banyak susu yang akan terhasil.
 
---------------------------------------------------------------------------------------------

Agak ramai juga ibu yang kecewa dan menyalahkan supplemen yang mereka ambil apabila susu badan mereka tidak meriah. Hmmm, walhal mereka sebenarnya tidak memahami dengan mendalam konsep supply on demand. Tahukah anda yang supplemen hanyalah penggalak kepada penghasilan susu ibu?
 
Maka sekiranya ada rakan yang bertanya, ape supplemen Shaklee yang boleh mereka ambil untuk perbanyakkan susu, saya akan pastikan mereka faham dahulu konsep asas penyusuan susu ibu yang sebenarnya. Kerana jika tak faham konsep, milkbooster memang langsung tak akan memberikan kesan dan hasil yang anda inginkan ye..

Perlu ibu semua tahu, makanlah segala mak nenek pun sekiranya ibu tidak memperbetulkan lekapan bayi dengan sempurna sewaktu menyusu, ibu tidak konsisten mengepam, ibu tidak minum air yang secukup, awal-awal lagi ibu dah bagi baby susu formula, negative mindset 'oooo..saya tak ada susu'..makanya berlakulah masalah susu tidak meriah. Apabila dirasakan tidak meriah, alternatifnya adalah dengan pemberian SUSU FORMULA.

Saya tidak nafikan, pengalaman pertama bergelar ibu, memang tidak dapat lari dari perasaan PANIK. Apabila si manja menangis, salah satu sebab pastinya kerana baby kita lapar. Haii, susu badan tak ade lagi ni...maklumla baru sehari dua melahirkan. Badan pulak penat, baby pulak tak henti-henti meragam.
 
Penatlah, bile nak berehat ni? apa lagi, cepat2 bancuh susu formula, bagi baby minum haa terus baby diam dan tidurlah baby dengan nyenyak dan sudah tentunya agak lame. Apabila baby tidur agak lame, maka semakin berkuranganlah frekuensi hisapan dan rangsangan, seterusnya badan akan menghasilkan  'supply' yang berkurangan kerana kurangnya 'demand' dari baby.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit.

Harus anda tahu bahawa bayi yang baru lahir memiliki kapasiti perut yang sangat kecil, hanya sebesar kacang pis pada hari pertama. Jadi, perut bayi tidak dapat menampung banyak cecair dalam satu tempoh masa. Bayi juga tidak menyusu terlalu banyak dan tidak tidur berjam-jam pada beberapa hari dia dilahirkan.

-----------------------------------------------------------------------

Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada baby dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang baby dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin.
 
Pada beberapa hari selepas kelahiran ibu mungkin terfikir tidak cukup susu, tapi tahukah anda, selepas kelahiran baby, tubuh akan menghasilkan susu dalam amaun yang cukup sempurna!
 
 
Pada hari 1, ibu menghasilkan 4 sudu teh susu
 
Pada hari 2, ibu menghasilkan 13 sudu teh susu dan
 
Sekitar hari ke 3, tubuh akan menghasilkan lebih banyak susu selepas ia bertukar menjadi susu matang.
    ---------------------------------------------------------------------------------------------
Pada hari pertama sehingga ketiga, tubuh hanya menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi sahaja. Bukan basah lencun berauns-auns ye ibu semua. Bayangkan sekiranya hari pertama bersalin, susu terus mencurah, bagaimana perut bayi yang kecil sebesar saiz kacang pis tu hendak menampung susu tersebut? Mungkin juga akan berlaku pembaziran.
 
Ada sebab kenapa Allah SWT buat begitu ye ibu semua. Tahukah anda, ketika didalam rahim bayi akan menelan air ketuban dalam kuantiti yang sangat sedikit, lebih kurang sekali atau dua kali telan dan hanyalah sekali sekala. Maka, perkara ini menjelaskan mengapa bayi yang disusukan dengan susu formula menggunakan botol biasanya akan muntah dengan banyak sehingga terkeluar dari mulut dan juga hidung.
 
Bayi sudah terlalu kenyang, susu formula pula lambat dihadam, maka perkara inilah yang menjejaskan penyusuan susu antara bayi dan ibu. Usah risau kerana perut bayi kecil sahaja, lebih kurang saiz sebesar kacang walnut sahaja pada hari kesepuluh.

 --------------------------------------------------------------
 
 Berdasarkan pengalaman saya, pada 3 hari pertama adalah sesi pengenalan. Pada masa inilah 'cecair emas' atau kolostrum akan terhasil. Kolostrum sangat kaya dengan protein dan antibodi dan diperlukan oleh bayi dalam 2 hingga 3 hari pertama dalam hidupnya. selepas hari ke-4 biasanya kolostrum akan berkurangan dan digantikan dengan susu matang yang berwarna putih. 
 
Maka, untuk menjayakan penyusuan pada awal kelahiran, perlu dipastikan bayi menyusu secara efektif dengan kerap tanpa had sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari. Kekerapan penyusuan pada sesi pengenalan tersebutlah yang akan memberi rangsangan secukupnya bagi menjayakan proses pengeluaran susu.


"Cecair emas" yang ditunggu-tunggu setelah 3 hari bersengkang mata dalam usaha untuk  merangsang penghasilan susu. Alhamdulillah, akhirnya rezeki Assyifa Husna pada jam 4.05 pagi pada hari ke-3 kelahiran.
 
Setakat ini dulu perkongsian saya buat masa ini. Akhir kata dari saya, anda semua mampu menyusukan permata hati anda dengan susu ibu, kerana kebolehan menyusukan permata hati adalah sesuatu yang Allah SWT kurniakan kepada setiap insan yang bergelar IBU.
 
Hakikatnya, walaupun penyusuan bayi adalah fitrah manusia, tetapi seseorang ibu perlu membuat persediaan dari segi ilmu pengetahuan tentang cara-cara penyusuan asas yang betul, perancangan yang rapi dan mendapat sokongan keluarga terutamanya suami dan akhir sekali adalah LATIHAN.

Seperti kata pepatah, Practice makes Perfect! Lebih banyak amalan dan latihan yang dilakukan, InsyaAllah bertambah mahirlah anda. Bagi para ibu yang pernah gagal pada penyusuan sebelum ini dan merasa bersalah, ketahuilah ibu-ibu semua bahawa "There is no such things as failure, there are only life experiences!"

---------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sekiranya anda pernah gagal sebelum ini, tidak bermakna anda akan gagal untuk selama-lamanya. Bertindaklah sekarang dengan menambahkan ilmu tentang penyusuan susu ibu, merujuk kepada Kaunselor Laktasi atau menghadiri kelas-kelas persediaan menyusu. Yakinlah, kita hanya akan menjadi lebih baik dengan pengalaman!


Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee




Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa secara semula jadinya sangat tinggi dengan vitamin dan mineral penting, termasuklah vitamin A, D, E, K, B, biotin, kalsium, asid folik, zat besi, magnesium, kalium dan juga sangat tinggi dengan protein. Maka tidak hairanIah mengapa ia digelar sebagai "Raja Segala Tumbuhan"!

Alfalfa Complex merupakan formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. 

Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya akan dituai apabila telah mencapai tahap yang benar-benar matang. Daun alfalfa yang matang pula sangat kaya dengan klorofil.
 
Daun-daun ini akan dikeringkan secara semulajadi menggunakan udara bagi mengekalkan kandungan nutrisi didalamnya. Daun yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dimampatkan menjadi tablet. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa dan melalui pengawasan serta kawalan kualiti Shaklee yang sangat ketat.

Alfalfa telah digunakan sejak lebih dari 2500 tahun dahulu dan dikenalpasti sebagai makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Nutrisi yang dibekalkan oleh alfalfa tidak dapat ditandingi oleh buah-buahan mahupun sayuran dan ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa adalah menyamai segelas susu.




Tonik untuk sistem pencernaan - mengandungi 8 enzim pencernaan yang boleh membantu dalam mencerna dan menyerap makanan dengan lebih mudah. Kekerapan pengambilan alfalfa boleh membantu menyingkirkan lebih banyak toksin didalam tubuh. Anda boleh menggunakan herba alfalfa bagi tujuan detoksifikasi dan membersihkan darah.
Mencuci hati, darah dan usus - alfalfa sangat beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin didalam badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Baik untuk usus dan perut - membaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Menyingkirkan lemak dan kolesterol - telah terbukti secara klinikal bahawa penggunaan alfalfa secara jangka panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa adalah sangat unik kerana ia mengandungi saponin yang bertindak seperti span sebagai serat yang menyerap kolesterol. Kajian telah menunjukkan bahawa alfalfa bukan sahaja merendahkan jumlah kolesterol secara keseluruhan, malah ia hanyalah mensasarkan kolesterol yang tidak baik sahaja dan tidak mempunyai kesan ke atas HDL iaitu kolesterol baik.
Mengawal gula - kandungan mangan yang tinggi didalam alfalfa juga boleh membantu untuk mengawal tahap gula dalam darah. Oleh itu, alfalfa amat memberi manfaat kepada mereka yang menghidap atau berisiko menghidapi diabetes.

Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Alfalfa turut mempunyai ciri-ciri antibakteria yang boleh melindungi daripada bau mulut, malah turut bertindak dalam membantu mengukuhkan sistem imun.

Melawan tumor - memakan 30-50 biji alfalfa dapat mengalkalikan badan dan memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

Melawan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

Mencegah/merawat atritis - alfalfa juga telah dibuktikan dapat memberi manfaat kepada penghidap arthritis kerana alfalfa kaya dengan mineral yang diperlukan untuk pembentukan dan pengukuhan tulang. Kandungan klorofil yang tinggi dipercayai dapat menggalakkan pertumbuhan tisu penghubung yang penting dalam mengurangkan artritis.

Mengawal pemakanan - turut dibuktikan bahawa pengambilan alfalfa dapat menyokong pemakanan sihat kerana ramai yang mengatakan bahawa selepas pengambilan alfalfa mereka tidak lagi mengidamkan makanan berat. Ini boleh menjadi manfaat kepada orang-orang yang mempunyai "nafsu" makan yang besar.

Pertumbuhan rambut - Selain itu pengambilan alfalfa setiap hari boleh membantu dalam pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut.
 
----------------------------------------------------------------------------------------
Selain itu, alfalfa turut membantu menyelesaikan masalah seperti:
 
Mengurangkan simptom menopous

 
Mengurangkan masalah pundi kencing  

 
Meningkatkan kesihatan prostat

 
Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

 
Menghangatkan hubungan suami isteri

 
Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

--------------------------------------------------------------------------------

Namun begitu, lebihan dalam pengambilan alfalfa akan menyebabkan kerosakan kepada sel darah merah. Oleh itu, alfalfa perlulah diambil dengan kadar sederhana ke dalam diet harian kita semua. Seperti semua herba, adalah lebih baik sekiranya kita memilih alfalfa yang ditanam secara organik dan mementingkan teknologi hijau dan bebas dari pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
**Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
 
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
----------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye..
 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553
 
013.9213.938
 
 
COD sekitar Kuala Terengganu
 
Penghantaran ke seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------------------------------------
 
PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE
 
<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>
 
>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<
 
 

Kebaikan dan Manfaat Vita-Lea

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..harini sudah 25 hari kita semua umat Islam berpuasa. Syawal bakal menjelang tidak lame lagi dan sudah tentunya Ramdhan bakal berlalu meninggalkan kita semua. Tiada lagi solat sunat  tarawikh, tiada lagi pahala berganda yang dijanjikan Allah SWT.
 
Sama-samalah kita berdoa semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang dan janganlah Allah panggil kita sebelom kita sempat bertemu Ramadhan yang seterusnya.

Baiklah, untuk pengetahuan rakan pembaca, 1 Ramadhan 1435H tahun ini merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama anakanda saya iaitu Nur Assyifa Husna. Assyifa dilahirkan pada 1 Ramadhan 1434H. Selepas 1 minggu lewat dari tarikh jangkaan. Ape lagi, mama kenelah tinggal puasa selama sebulan dan alhamdulillah telah pun selamat berganti sebelum Ramadhan 1435H menjelang. Ramadhan 1435H Assyifa dah genap setahun, makin aktif, makin lasak. Bila mama papa bersahur, Assyifa pun bangun sama..hihihi..waktu berbuka berebut pulok air dengan mama..hahaha..gitulah orang ade anok nii..nak2 anak yang sedang membesar, semua orang buat die tirulah..

Tahun ni saya berpuasa sambil menyusukan anak yang mana merupakan satu pengalaman baru pada saya. Awal2 lagi saya dah dapatkan ilmu sebanyak mungkin tentang persediaan menyusu di bulan puasa. Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya dapat menempuhi cabaran dengan jayanya. Di bulan puasa, salah satu vitamin yang wajib saya ambil sewaktu bersahur adalah Vita-Lea. Vita-Lea adalah merupakan multi vitamin Shaklee yang berwarna hijau kerana diselaputi serbuk nutrisi Spirulina.
 
Kesan dari pengambilan Vita-Lea ialah saya dapat merasakan yang tubuh lebih segar dan tidak letih melampau walaupun saya kerap menyusukan Assyifa. Berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui, suka saya menyarankan kepada ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, anda amatlah digalakkan mengamalkan pengambilan Vita-Lea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu yang mana ianya penting untuk tumbesaran anak.
 
Itu maknanya kita yang kena jaga kesihatan kita terlebih dahulu supaya kita dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak dan keluarga kita dan pengambilan multivitamin biarlah berterusan kerana semakin kita dimamah usia, semakin banyak penyakit yang mendatang.
 
 Kesihatan juga perlulah dijaga dan diutamakan tak lain tak bukan salah satu sebabnya juga ialah untuk memudahkan kita beribadat. Moh kite bace, ape pesanan dari Pakar Sakit Puan kita ni pada semua wanita diluar sana...
 

 
Pengambilan supplemen untuk wanita seperti yang dicadangkan oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshat
 
Bercerita mengenai kehebatan Vita-Lea ni, tahukah anda yang Vita-Lea adalah merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. 
 
Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk diserap oleh usus kecik dengan lebih pantas..jadiiii, no wonderlah time mengandung haritu sebelom pergi checkup setiap bulan di klinik yang hanya 5 minit memandu dari tempat kerja, nak keluar dari ofis telan vitalea, bila sampai di klinik check up je, haaaa amik ngko..mencanak HB naik..muahahaha yang pasal tu akan saya kongsikan di lain entri ye.

Ini pula saya kongsikan antara manfaat multi vitamin Vita-Lea bagi sesiapa yang mengambilnya:

☀ Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, maka dapat membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

☀  Pelengkap nutrisi - Vita-Lea dapat top-up kekurangan mineral dan vitamin dalam tubuh seseorang akibat daripada amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya vegetarian dan penghidap anemia.

☀  Keupayaan sistem produktif - penting untuk kanak-kanak serta remaja yang sedang dalam proses membesar.

☀  Metabolisma - amatlah membantu dalam menstimulasikan metabolisma dan melambatkan proses penuaan. (siapa nak tua kan, semua orang nak kelihatan awet muda..hihihi)

☀ Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup dan pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

☀  Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
 
 Oleh kerana kehebatannya itulah, maka Vitalea telah dipilih oleh Center of Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN didalam Public Interest pada tahun 2000.
 

 
Kandungan vitamin didalam sebiji tablet Vita-Lea
 
Ini adalah transkripsi pada botol setiap vitamin Vita-Lea yang mana menunjukkan setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA, dan ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
 
Saya percaya dengan kenyataan tersebut kerana selama hampir 3 tahun mengamalkan Vita-lea, Alhamdulillah saya tidak pernah demam dan bila terkena hujan, saya tidak lagi mengalami sakit kepala.
 
Pengambilan Vita-Lea secara konsisten amatlah disarankan kepada:

- Wanita lepas bersalin
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang sudah atau bakal menopause
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Lelaki dan wanita dewasa yang mahukan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  
Itulah dia serba sedikit mengenai multi-vitamin yang terhangat dari Shaklee yang dapat saya kongsikan. Kalau anda berminat bolehlah mencuba Vita-Lea harini dan rasakan perbezaan pada diri anda. Tak cuba, tak tahu kan? Dah cuba saya yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan kehebatan multivitamin Shaklee ini.
 
Sebotol ada 180 biji dengan harga runcit RM88.75. Anda nak harga yang lebih jimat?
Jom jadi ahli berdaftar sekarang!
 
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
----------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye..
 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553
 
013.9213.938
 
 
COD sekitar Kuala Terengganu
 
Penghantaran ke seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------------------------------------
 
PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE
 
<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>
 
>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<
 
 
 

Shaklee dan Kesihatan

Assalamualaikum..

Bertemu lagi di entri yang terbaru. Kali ni nak bercerita pulok bagaimana saya boleh terjebak dengan set kesihatan asas Shaklee. Kalau dulu masa zaman belajar hanya 2 jenis vitamin yang menemani, bila dah bekerja ni lebih sikit laa..maklumla dah ade income sendiri kan..bolehla 'melabur' lebih sikit untuk kesihatan.

Buat pengetahuan semua, selepas berkahwin dan berpindah ke rumah kami, saya memandu ke tempat kerja kira-kira 50km perjalanan sehala. Haaa..lebih kurang 100km pergi balik setiap hari tauu..letih memang letih, tapi kerana tuntutan kerjaya dan demi menabur bakti pada anak bangsa, ku gagahi jua.
 
Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan. Ditambah pula jadual pengajaran kelas yang agak padat, perlu fokus pada pemanduan pergi dan balik, sampai rumah nak memasak lagi, basuh baju..fuhhhh..memang letihhh..dari sinilah timbul kesedaran untuk makan supplemen supaya badan sentiasa sihat dan segar serta tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti keguguran (Nauzubillahiminzalik) sekiranya saya mengandung kelak akibat daripada tidak menjaga tahap kesihatan dari awal.

Maka , setelah diatur bajet untuk membeli vitamin, saya memilih set asas Shaklee iaitu:



Inilah set asas yang WAJIB saya ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. 

Energising Soy Protein atau nicknamenya ESP iaitu serbuk minuman yang dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin). ESP ni akan diminum sebelum bertolak ke tempat kerja, almaklumla saya ni pukul 6.45 dah nak kene jalan, sepanjang perjalanan satu jam tu bolehla fokus pada pemanduan sbb perut dah kenyang dan tak berkeroncong.
 
Haaa, sampai je kolej boleh terus masuk kelas mengajor.. Xdela nak berkejar p cafe (sah-sahla berebut dengan students) beli makanan sebelum masuk kelas dan xdela nak "makan" students dalam kelas sbb lecturer nye kelaparan..ye idok? Satgi lepas kelas akan dihadam makanan dengan jayanya..muahihihi..
 
Settle kelas, bolehla beli makanan pastu dah makan kenyang-kenyang bolehla telan B-Complex (untuk tenaga) Vita-Lea (multivitamin) dan Vita-C (untuk membantu penyerapan multivitamin dengan cemerlang)..kemudian sambung lagi tugas mengajar, marking paper, print dan fotostat latihan & kuiz students..sedar2 dah nak habis waktu bekerja pun..balik nanti nak balun keje rumah lagi..nasib vitamin dah makan, bolehla balik rumah dengan ceria..Alhamdulillah.
 
2 minggu selepas pengambilan Set Kesihatan Asas Shaklee , saya disahkan mengandung. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT dan sememangnya tujuan pengambilan set asas yang mengandungi vitamin B-Complex dan asid folik ni sebenarnya adalah sebagai sebahagian daripada persediaan untuk mengandung dan juga untuk mengurangkan risiko keguguran.
 
Yelah, memandu ke tempat kerja yang agak jauh, turun naik tangga pergi kelas, kadang-kadang jadual makan yang tidak menentu, itu baru cerita bab kerja, belum cerita bab pengurusan rumahtangga.
 
Kita manusia biase, bohongla kalau tak letih, tak penat, tak stress kan? Semua tu kalau tak diuruskan dengan baik, pasti akan menjejaskan kesihatan. Apabila badan kita tak sihat,  letih dan lesu macam-macam boleh berlaku iye dak? Moody toksah cakap laa..sememangnya. Bila tubuh badan kita segar, ceria, positif dan sentiasa dalam keadaan baik, insyaAllah aura yang baik yang berada disekeliling kita juga akan datang pada kita. Saya percaya begitu. 

Selain itu, ingin saya kongsikan disini melalui pembacaan saya, asid folik dan b-complex adalah sangat penting kepada ibu hamil bagi:
  • membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung 
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah.
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama, serta kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.
Dipendekkan cerita, alhamdulillah selama 41 minggu mengandungkan Nur Assyifa Husna (mama overdue, sudahnye kene induce..hihi) tiada sebarang alahan, energy untuk mengajar di dalam kelas pun maintain dan saya masih berupaya memandu ke tempat kerja. 3 hari sebelum due date pun, saya masih  memandu dari Kuala Besut ke Kuala Terengganu untuk pulang ke rumah mak nak bersalin. 

Ape-ape pun kita berusaha menjage kesihatan, Allah jua yg punya kuasa. Setakat harini setelah melalui pengalaman mengandung, bersalin, dan menyusukan anak menggunakan vitamin Shaklee saya sangatlah berpuas hati. Cerita tentang bersalin dan menyusukan anak bersama set Shaklee akan saya kongsikan pada lain entri ye..terima kasih kerana sudi membaca..

Assalamualaikum..
 
--------------------------------------------------------------------------
 
 


Perkenalan pertama..

 Assalamualaikum kepada semua..

Alhamdulillah..setelah banyak blog yang ditinjau, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dengan dunia blog dan mewujudkan blog sendiri WALAUPUN dah lame orang lain mula nak oiii..mak baru nak masuk gear..hihihi..xpelah kan, yang penting kita bermula..bak kata omputiss Better Late Than Never..haaa gituuu..
.
Ok, pada entri yang pertama ni, saya nak berkongsi dengan rakan pembaca semua bagaimana saya mula berkenalan dengan Shaklee. Buat pengetahuan semua, keluarga saya memang pengamal vitamin. So, dari alam persekolahan kami adik beradik memang digalakkan untuk makan vitamin. Masa tu tahun 90an, ilmu tak adalah sampai ke hujung jari macam hari ini..
.
 So, ape saje vitamin yang mak ayah beli, telan..tak banyak soal. Saya disarankan oleh ayah untuk makan vitamin kerana pada zaman persekolahan, saya dan sayur-sayuran memanglah tidak bertegur sapa. Tidak seperti adik beradik yang lain, mereka semua memang gemarkan sayur-sayuran..mungkin sebab tu saya ni comel tak cukup inci kot, sebab kurang zat hihihi sehinggalah disarankan oleh ayah supaya makan vitamin untuk top-up nutrisi anak dia yang tak berapa nak cukup ni..
.
Dipendekkan cerita, perkenalan dengan Shaklee bermula pada tahun 2001. Ketika itu sedang berperang dengan peperiksaan besar, SPM. Maka bermulalah rutin hidup yang memenatkan. Kelas tambahan, tuisyen setiap hari dalam seminggu di tiga tempat yang berbeza, stayback di sekolah untuk mengulangkaji bersama classmates.
.
DAN
.
 pada waktu inilah muka saya mula ditumbuhi JERAWAT yang besar..merah..mungkin kesan dari tekanan, tak cukup rehat dan tidur kerana mengulangkaji, rempit motorsikal untuk ke kelas tuisyen (faktor udara yang kotor turut menyumbang).
 .
Mak yang mula perasan perubahan pada wajah saya ketika itu telah membekalkan saya dengan vitamin Shaklee iaitu Lecithin dan B-Complex yang dibeli dengan ofismate die. Mase tu main telan je, sebab takde mase nak mengkaji ape kebende Shaklee nii..lagipun zaman tu penggunaan internet tak meluas macam harini..so memang tak akan google laa..

Kesan dari pengambilan Shaklee yang konsisten, pada waktu tu saya dapat rasekan di sekolah yang saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah lesu walaupun tak cukup tidur.
.
DAN
.
Selepas bertungkus lumus berjuang, results SPM Alhamdulillah menggembirakan dan saya antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Negeri Terengganu walaupun sewaktu di tingkatan 4 saya merupakan antara pelajar yang mendapat 10 tempat terakhir didalam kelas dan antara pelajar yang GAGAL subjek Perakaunan dan membuatkan guru pelatih menangis dek kerana sikap malas saya..tapi saya sekarang..?
 Haaaaa..Pensyarah perakaunan kauuuu..hihihi..Alhamdulillah saya percaya guru saya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk saya walaupun saya banyak buat beliau terluka dengan sikap saya. Kerana itulah saya berpegang pada kata-kata kongsikan serta doakan yang baik-baik aje..insyaAllah nanti akan datang yang baik jugalah pada kita dan orang yang kita doakan itu.

Berbalik pada Shaklee..Kini, apabila saya kembali berjinak dengan dunia perniagaan Shaklee, barulah saya tahu terdapat beberapa rangkaian vitamin yang disyorkan untuk pelajar selain Lecithin dan B-complex yang saya pernah ambik dulu.
Maka, suka saya sarankan kepada ibu bapa dan sesiapa sahaja yang bergelar pelajar supaya mengamalkan vitamin Shaklee ini supaya masalah seperti tekanan, kelesuan, kurang daya tumpuan, lemah daya ingatan dan kurang peka sewaktu dikelas dapat dielakkan dan keupayaan pembelajaran dapat ditingkatkan. 

September nanti, saya bakal kembali bergelar pelajar. Faham-fahamlah mak orang belajar kan..anak, suami, hal-hal rumahtangga..seminar..bengkel..fuhhhh..mencabar tu..dan untuk mengoptimumkan kesihatan serta daya tumpuan pada pelajaran dan rumahtangga, SHAKLEE lah pilihan saya. Anda bagaimana? 
-----------------------------------------------------