Gigi Pertama diusia 17 bulan ;)


 
Harini nak cerita pasal GIGI..bukan gigi orang dewasa ye..tapi pasal gigi anak-anak..hihi

ok, gigi kanak-kanak ni kita panggil gigi susu lah kan..atau gigi sementara yang biasanya akan mula tumbuh seawal usia 4 bulan ataupun waktu dah lahir tu dah ade gigi..agak rare tuu..hihi..tapi ade kejadian macam tu walaupun tak banyak..
 
ok..gigi ni pun salah satu faktor yang kita lihat untuk measure pertumbuhan anak-anak kan..jika anak2 kita dah pun berusia 2 tahun maka sepatutnya mereka sudah ada barisan gigi yang penuh yang putih dan comel serta tersusun (kalau tak rosak dan rongaklaa) dan ade lebih kurang dalam 20 batang gigi..dan akan mulai berganti kepada gigi kekal pada usia 6-7 tahun..
 
 
Kalau ikutkan kata-kata orang tua, lambat tumbuh gigi, berjalannya awal..kalu berjalannya awal, tumbuh gigi nya lambat. ok tak ngape laaa..asalkan anak sihat kan. Untuk kes Assyifa Husna a.k.a adik mek ni, first step adalah pada usia cun-cun pada 15 bulan.
 
Sewaktu adik mek berusia setahun, masa tu hari raya. ramai rakan seangkatan dia yang datang beraya dah pun berjalan sakan. adik mek as usual relax je..ade jugaklah suara-suara yang tak sedap kedengaran tentang 'kemalasan' anak saya untuk mencuba berjalan..hihihi..as usual, mama relax je..tak perlulaaaa nak pressure pun..as long as anak sihat, one coming day dia akan berjalan jugak. 
 
Maka pada usia 15 bulan berjalan laa si comel saya..dah la mase tu kami sekeluarga dapat sponsorship dari team S2U Shaklee under Master Iffah dan Master Dosh di Resorts World Kijal..lagilah berganda-ganda kegembiraan kami ni..hihihi

Ok, berbalik semula kisah gigi ni. selama menunggu dan menunggu kemunculan gigi, kerap jugak saya google perihal lambat tumbuh gigi ni..ade yang kate takde benih gigi..erk..sampai ke tua rongak lerr jawabnyer..hihihih..ade yang cakap baby yang fullybreastfeed lambat tumbuh gigi...ade yang cakap mak kurang kalsium.. tak mungkin kurang kalsium, sebab hari-hari saya telan Ostematrix, ESP, Alfalfa dan vitamin2 lain without missed..
 
Ade jugak yang cakap lambat atau cepat tu bergantung pada lambat atau cepat mak ayah tumbuh gigi sewaktu kecik-kecik doluuu..sah-sahlaa saya ni si mak budak yang memang mase kecik-kecik doluuu yang tak berapa nak laju bab tumbuh gigi ni..hihihihi

10 months old..toothless..hihihi
Saya korek-korek laa dengan nenek si Assyifa ni nak tanyela kan usia berape saya tumbuh gigi..kate nenek Assyifa tak hengatttt..sebab udah tigaploh tahun yg lepas..hihihi cume mak sy ingat adik sy yang bongsu tu tumbuh gigi susu yang pertama selepas setahun tetapi sebelom usia setahun setengah..pehhhhh legaaaaa..saya ni, mak tak ingat bile.
 
Tapi ape yang saya boleh recall adalah, saya pun lambat bersalin gigi kekal..darjah 4 kalo tak silap..bayangkan orang lain waktu tadika..aku ni darjah 4. ok think positif, tu maksudnya gigi susu saya tu saya kuat dan kukuh laaaa tu kannnn..hihi

16 months..will missed her toothless smile..!~
Ok, ade satu haritu, assyifa demam. kami pun bawakla ke klinik. settle check-up semua, borak-borak sat pasal perkembangan anak, bagitahu laa doctor yang Assyifa ni so far semua ok, CUMA BELOM ada gigi..hihihi.. doctor cakap its ok lambat tumbuh lambat rosak..legaaa sikit..
 
 


Actually saya takdelah risau sebab walaupun takde sebatang gigi pun pada usia setahun lebih, Assyifa punya selera..fuhhhh..kalo kerepok lekor memang FAVERET..sebatang..habis..dua batang..licin..3 batang tak cukuppppppp..
 
Nasik dagang, nasik minyak, nasik berlauk, laksa, laksam, nasik beriyani, roti canai, semua dia bantai..takde gigi pun relax jerrr..takde pulak sembelit ke ape ke sebab tak kunyah hancur pasai takde gigi..sampaikan digelar si budak ajaib..hihihih..mama ok je anak oiiii, senang camtu, xperlu ler berhempas pulas nak gosok gigi awak ye..makan jangan tak makan..
 
her first teeth..!~
Akhirnya pada usia 17 bulan, tumbuhlaa sebatang gigi susu dibahagian atas sebelah kanan..selama ni duk tunggu gigi bawah..rupenye nak keluar dari atas dulu..hihihi..
 
So, kepada mak ayah dekat luar sana tu janganlaa risau ye..just enjoy the moment of  our beloved baby toothless smile.. lambat ke cepat ke..usah dibandingkan..tambah pressure lagi ade..kalo orang cakap ape-ape pun, senyummmmm jerr..yang penting doakan yang terbaik untuk anak-anak syurga kita ye..
 
haaaaa..bila dah ade gigi tu kena rajin-rajin laaa pulak kita menjage gigi diorang ni ye..
 
 

25 RAHSIA VITAMIN C YANG PERLU ANDA TAHU..!

 
Vitamin C adalah sangat popular kerana digunakan secara meluas sebagai diet tambahan. Vitamin C adalah sangat penting kepada manusia dan semua mamalia boleh menggunakan sel-sel mereka sendiri untuk membuat Vitamin C, tetapi tidak manusia ya. Manusia tidak berupaya menghasilkan vitamin C secara semulajadi.
So, kita manusia perlulah mendapatkan vitamin C daripada diet dan nutrisi harian kita.  Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu dalam badan kita dan kerana badan tidak menyimpan Vitamin C dalam tisu, kita perlu mengambil vitamin C dengan pengambilan yang konsisten.

Badan kita memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen dan juga protein yang membantu sokongan tendon, ligamen dan salur-salur darah dan menjaga kulit dan organ-organ lain. Vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber makanan yang diambil dan membantu menguatkan sistem ketahanan badan bagi melindungi kita daripada sebarang penyakit.
-------------------------------------------------------------------
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin C. Anda tidak memerlukan mana2 supplemen Vitamin C sekiranya anda makan sayur dan buah-buahan yang mencukupi didalam diet harian anda.
 
Tapi sekiranya jadual harian anda sangat sibuk dan pemakanan anda tidak menentu serta kesukaran untuk mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sememangnya bebas dari penggunaan racun kimia, maka pengambilan supplemen Vitamin C perlulah anda pertimbangkan kembali ya!
 
Perlu anda tahu yang kandungan Vitamin C dalam makanan akan berkurangan sewaktu proses memasak dan juga sekiranya disimpan terlalu lama. Mengukus dan ketuhar gelombang mikro juga boleh mengurangkan Vitamin C kandungan.
 
Buah-buahan sitrus seperti oren, limau, lada merah dan hijau dan buah kiwi mengandungi kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang turut mengandungi vitamin C ialah brokoli, strawberi, tembikai, kentang dan tomato.

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C termasuk:
 
 Rambut kering dan bercabang
 
Gingivitis atau radang gusi, pendarahan gusi, kasar, kulit kering dan bersisik.
 
Luka lambat pulih, kulit mudah lebam, hidung berdarah
 
Tubuh kekurangan keupayaan badan untuk mencegah jangkitan.
 
Berisiko menghidap penyakit skurvi. Skurvi membawa kepada pembentukan bintik-bintik hati pada kulit, gusi lembut dan pendarahan daripada membran mukus. Seseorang dengan penyakit ini kelihatan pucat, berasa tertekan dan hilang keupayaan pergerakan.
 
Tahap vitamin C yang rendah juga turut boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu, strok, kanser dan aterosklerosis, pengumpulan plak yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok.
 
-------------------------------------------------------------------------------------

Vitamin C boleh memberikan manfaat yang sangat besar kepada kesihatan kita semua. Nak tahu tak macamane cara dia..? Jom baca untuk dapatkan manfaat vitamin C yang sangat menakjubkan..
 

 
1. IMMUNITI
Vitamin C mampu melindungi badan kita daripada jangkitan selain berupaya untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan kita untuk membaikpulih luka dan memberikan immuniti yang tinggi kepada tubuh daripada serangan bakteria, virus dan jangkitan.
 
Vitamin C bukan sahaja komponen yang terkenal dalam menjaga sistem imun badan kita, malah ianya sangat perlu untuk pembentukan kolagen. Vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet dapat membantu luka sembuh dengan lebih baik.
 
Malah, vitamin C turut melindungi kulit daripada kerosakan daripada radikal bebas akibat pendedahan kepada cahaya matahari.
 
 
2. SELSEMA
 
Vitamin C berupaya mengurangkan gejala selsema dan bertindak sebagai anti-histamine yang berupaya untuk mengurangkan rasa yang tidak selesa sewaktu selsema, termasuk radang dan hidung berair.
 
 Ia juga mengawal alergik yang boleh mengakibatkan terjadinya selsema, selain mengurangkan tahap histamine dan memendekkan tempoh selsema yang dihidapi seseorang.
 
 
3. ANTI-OKSIDA
 
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan berkesan bagi melindungi badan kita daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif, atau 'pengaratan sel' yang mana boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk seperti aterosklerosis yang akhirnya menyumbang kepada masalah jantung dan strok. 
 
 
4. DARAH TINGGI
 
Vitamin C juga mampu untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kebarangkalian untuk menghidap tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang lain yang mungkin boleh terjadi akibat daripada masalah tekanan darah tiggi. 
 
 
5. MASALAH SALURAN DARAH
 
Vitamin C dapat memastikan pengembangan saluran darah dengan lebih baik yang mana boleh melindungi kita daripada penyakit tertentu seperti aterosklerosis, kolesterol tinggi, kesesakan jantung dan sakit dada yang teruk.
 
 
6. KERACUNAN PLUMBUM
 
Vitamin C dapat membantu menurunkan paras plumbum dalam darah dengan cepat. Keracunan  plumbum boleh menyebabkan pelbagai masalah tingkah laku dan pertumbuhan badan, terutamanya kepada kanak-kanak yang tinggal dikawasan bandar. ini membawa kepada masalah pembelajaran, kerendahan tahap IQ dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.
 
 Bagi orang dewasa, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh keracunan plumbum dalan tubuh.
 

7. PENURUNAN BERAT BADAN
 
Vitamin C dan jus buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C terbukti dalam membantu mengurangkan lemak dan mengekalkan berat badan yang sihat.
 
Pakar pemakanan sentiasa menekankan pengambilan sayur-sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dalam carta diet kerana terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa pengambilan sumber pemakanan yang kaya dengan Vitamin C secara konsisten dapat membantu menurunkan berat badan.
 
 
8. MENGATASI TEKANAN
 
Vitamin C membantu badan dalam mengangani tekanan dengan mengurangkan peningkatan tahap tekanan, hormon dan kortisol.
 

9. KATARAK
 
Anak mata kita memerlukan vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, dimana kanta akan bertukar menjadi legap dan menyebabkan penglihatan kabur dan membawa kepada kebutaan dikalangan orang dewasa.
 
Pengambilan vitamin C dapat memerangi katarak denagn meningkatkan jumlah aliran darah ke mata. 1000mg vitamin C setiap hari dapat membantu menghentikan katarak dan memperbaiki penglihatan.
 
 
10. KANSER
 
Sifat antioksidan yang terdapat pada Vitamin C bertindak untuk melindungi sel-sel tubuh manusia daripada kerosakan DNA dan mutasi dan turut melindungi daripada kanser dalam jangka masa panjang.
 
Vitamin C juga turut membantu mengurangkan risiko bagi semua jenis kanser termasuk paru-paru, tekak, mulut, koon, perut dan esophagus. Vitamin C juga membantu menjana semula Vitamin E yang merupakan satu lagi antioksidam yang kuat.
 
 
11. TENAGA
 
Vitamin C membantu mengimbangi sistem dalaman badan kita dalam keadaan persekitaran alam sekitar yang tidak menentu.
 
Ia membantu dalam pengeluaran dopamine didalam sistem darah dan menyokong fungsi adrenal untuk meningkatkan tenaga metabolik.
 

12. PENYAKIT JANTUNG
 
Vitamin C mencegah penyakit jantung dengan menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membawa kepada pembentukan plak.
 
Nutrien ini juga menyimpan kolesterol daripada pengoksidaan yang boleh membawa kepada penyakit strok dan jantung.
 
 
13. DIABETES
 
Pesakit kencing manis juga boleh mendapt manfaat daripada vitamin C kerana ia membantu untuk mengawal tahap gula dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat diabetes dan membantu memperbaiki keadaan kesihatan pesakit kencing manis.
 
 
14. ASMA
 
Mereka yang mempunyai tahap vitamin C yang rendah dalam tubuh mempunyai peluang yang tinggi untuk menghidap asma.
 
Pengambilan Vitamin C yang lebih tinggi boleh membantu mengurangkan pengeluaran histamine dari badan yang menyumbang kepada keradangan.

Manfaat Vitamin C Untuk Kulit

Vitamin C adalah antara bahan yang paling penting yang digunakan dalam rawatan penjagaan kulit. Keupayaannya untuk menyediakan perlindungan yang berkesan terhadap matahari telah menjadikan ia satu bahan penting yang digunakan didalam industri kosmetik.
 
 
15. PERLINDUNGAN MATAHARI
 

Vitamin C melindungi kulit kita daripada radikal bebas yang diakibatkan daripada pendedahan berlebihan daripada cahaya matahari, pencemaran alam sekitar dan asap rokok.
 
Antioksidan dalam vitamin C melindungi kulit daripada sinaran ultra-ungu dan pendedahan cahaya matahari.
 
 
16. PENGHASILAN KOLAGEN
 
Ia adalah komponen yang diperlukan bagi pengeluaran hydroxyproline dan hydroxylysine yang mana kedua-duanya diperlukan untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ini seterusnya memberikan ketegangan kepada kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
 
Kekurangan kolagen akan mengakibatkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen meremajakan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
 
 
17. PENYEMBUHAN LUKA
 
Tubuh memerlukan Vitamin C bagi menggantikan tisu-tisu rosak selain membantu untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat.
 
Luka yang lambat sembuh adalah petanda tubuh seseorang mengalami kekurangan vitamin C.
 
Vitamin C juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan membantu untuk membina tisu-tisu yang baru untuk pemulihan yang lebih cepat.
 
 
18. MELINDUNGI PERUBAHAN WARNA KULIT
 
 
Vitamin C  melindungi DNA daripada tindakblas fotokimia yang boleh membawa kepada tumor, perubahan warna kulit dan juga beberapa jenis kanser kulit.
 
Vitamin C juga membantu menudarkan jeragat kulit dan tompok penuaan  serta membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih muda dan licin.
 
 
19. MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT
Kolagen penting bagi saluran darah kecil di bawah kulit untuk membawa oksigen dan nutrient bagi mengekalkan kulit yang sihat. Tanpa nutrient yang mencukupi, kulit akan menjadi kasar dan kering.

Manfaat Vitamin C untuk Rambut

 
Dalam usaha untuk mendapatkan rambut yang sihat, kita perlulah makan makanan yangs sihat. Diet yang sihat dicerminkan pada kulit dan rambut kita. Vitamin C memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan kulit dan rambut. Antara manfaat Vitamin C untuk rambut ialah: 
 
 
20. MENINGKATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT
Pengambilan Vitamin C yang rendah boleh menjadi punca beberapa masalah yang berkaitan dengan rambut yang mana ianya boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan bercabang.
 
Antioksidan didalam Vitamin C mengurangkan kesannya terhadap badan kita dan pengambilan jumlah vitamin C yang tinggi membolehkan kita memiliki rambut yang sihat, kuat dan tebal.
 
 
21. MELAWAN KELEMUMUR
Folikel rambut kita sering tersumbat kerana kelemumur. Ini boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan juga menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria pada kulit kepala.
 
Vitamin C juga membantu masalah kekeringan kulit kepala dan gatal-gatal kerana sifat anti-virus itu.
 
 
22. MENGHENTIKAN KEGUGURAN RAMBUT
 
Vitamin C dapat menyelesaikan masalah keletihan kelenjar adrenal. Ini adalah penting untuk menghentikan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut kerana kelenjar adrenal adalah kunci bagi mengekalkan keseimbangan hormon yang betul.
 
 
23. MENEBALKAN RAMBUT
Vitamin C membantu meningkatkan peredaran darah dan menguatkan kapilari. Ini adalah penting bagi menjadikan rambut lebih tebal.

 
24. MELAWAN MASALAH RAMBUT
Vitamin C adalah nutrient penting untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit rambut yang boleh menyebabkan kerosakan pada folikel rambut. Diet yang mengandungi tahap Vitamin C yang tinggi boleh membantu memerangi alopecia dan kebotakan pada lelaki.
 
 
25. MENCEGAH RAMBUT BERUBAN
Vitamin C bukan sahaja membantu untuk memerangi keguguran rambut tetapi juga membantu untuk mengekalkan warna semulajadi dengan mencegah penuaan pra-matang rambut.

Vitamin C pilihan ramaiiiii adalah:


Vitamin C Shaklee dengan teknologi sustained release. Ape itu teknologi sustain release ni ye? Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam. Kenapa perlu sustained release?
Sebab vitamin C mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan.
    Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren
Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik)..
 
 dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan
 
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
---------------------------------------------------------------------------------------------- 
Sekiranya anda ingin mencuba dan perlukan khidmat rundingan, hubungi Nad ye.. 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 
013.9213.938 
w_nads@yahoo.com 
COD sekitar Kuala Terengganu 
Penghantaran ke seluruh Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------------- 
PENJIMATAN HEBAT DENGAN MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI SHAKLEE 
<<HUBUNGI NAD UNTUK KONSULTASI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA >>
>>>>SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU <<<<
 
 

10 sebab BEST buat bisnes Shaklee

 
 
"Best sangat ke bisnes Shaklee ni?"
 
 
"Saya berminat nak berniaga, tapi kalo buat Shaklee boleh laku ke?
Ramai sangat dah yang jual.."
 
-------------------------------------------------------------------------------------
 
Jawapannya mestilah best bisnes Shaklee ni kerana kita dapat membantu insan disekeliling yang sebelum ni kurang sihat makin bertambah sihat..Kalo anak yang sebelom ni tak selera makan, dah berselera makan dah cergas lincah belajar pun makin pandai sebab dapat nutrisi yang cukup..
 
haaa..kan seronok tu dapat tolong insan sekeliling kita sihat dan ceria..  
 
Ye memang dah ramai jual, tapi tahukah anda baru 1% rakyat Malaysia yang mendapat kebaikan Shaklee? Maka, misi berbisnes Shaklee adalah untuk membuatkan rakyat Malaysia seramai 26JUTA tu menjalani hidup yang lebih sihat dengan Shaklee.
 
------------------------------------------------------------------------

Oklah, jom kita baca Kenapa bisnes SHAKLEE BEST yang mana ada 10 sebab untuk anda tahu..

1) Tak perlu pening2 cari kedai untuk disewa. Online bisnes, golek depan tv & sambil peluk bantal atas katil pun bisnes ON.

2) Modal bukan ribu-riban. Daftar ahli RM65 terus bisnes boleh jalan.

3) Dari sales yang dibuat, dapat untung runcit dan bonus bulanan bagi setiap 150uv.

4) Barisan mentor-mentor yang hebat dan sentiasa memberikan bimbingan untuk membantu meningkatkan sales. Takdelah duk sorang 'pecah kepala' pikir strategi.

5) Intensif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang.

6) Bonus ~ Car, Leadership dan banyak lagiii..tadah jerrrrrr

7) Kelas melalui FB dan WhatsApp, tiada paksaan ke mana-mana bengkel yang disediakan samada PERCUMA atau berbayar.

8) Shaklee jenama yang dah establish..tak perlu jenuh pikir nak melabel jenama sendiri

9) Mempunyai Sijil Halal dan mempunyai kelulusan dari KKM

10) Peluang mengerjakan Umrah secara PERCUMA termasuk percutian ke dalam dan luar negara pun PERCUMA..

----------------------------------------------------------------------------

Jommmm..

Peluang untuk ubah TARAF HIDUP dah depan mata..

Rugikkkkkkk tak GRAB..

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dan menyertai kumpulan kami, anda bolehla menghubungi saya:
 
 
Wan Nadiah | Shaklee ID:1113553 
013.9213.938 
w_nads@yahoo.com 
 
 

Apa perbezaan LECITHIN dan OmegaGuard Shaklee?


 
Ramaiiiiii yang bertanya apa perbezaan diantara Lecithin dan OmegaGuard ni dalam menurunkan berat badan..? sebab ada yang katanye hanya makan lecithin..berat turun..ada yang kata makan OmegaGuard turun dengan lebih cepatttt..dan ada yang mencadangkan pengambilan kedua-duanya sekali.
 
ok harini meh kita fahami fungsi dan perbezaan diantara Lecithin dan OmegaGuard ni ye..

APA PERBEZAAN LECITHIN DAN OMEGAGUARD?
 
 
Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam system pencernaan dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental yang mana akhirnya akan menjadi lomak degill..

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi, Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Jadi, boleh kurus ke guna Lecithin niii ye? Terpulang. Kalau tiada lemak termendap, maka kuranglah lemak terkumpul. So Lecithin bukanlah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi @ penghurai lemak. Anda perlukan sesuatu untuk keluarkan lemak yang telah sistem pencernaan hurai tu, iaitu Herblax atau Alfalfa.

BAGAIMANA DENGAN OMEGA GUARD?
 

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolisma --> bakar lemak

Ia juga berfungsi:
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
  • Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ia berfungsi.

KENAPA OMEGAGUARD LEBIH MAHAL BERBANDING LECITHIN?

Harga bagi OmegaGuard lebih mahal berbanding Lecithin kerana kos sumber dan cara pembuatan. Omega Guard dihasilkan dari sumber ikan laut dalam dan melalui 3 kali proses penyulingan, manakala Lecithin pula dihasilkan  dari soya yang mana dah tentulah soya non-GMO.

HAD MAKSIMA PENGAMBILAN OMEGAGUARD DAN LECITHIN?
 
Bagi pengambilan OmegaGuard dan Lecithin, mula2 baru belajar nak makan tu ambik dose kecik dulu ye. Untuk OmegaGuard samada 1 tablet dan Lecithin 3 tablet. Kasi test dulu ye..bukan apa, sebab nak bagi badan kita berkenalan dgn supplement terlebih dahulu.
Lepas kita dah makan dan badan serta supplement dah berkenalan, masing2 dah tanya what is your name, my name is Omega and my name is lecithin.. nice to meet you..Haaa..bolehlaa kita makan dengan mengikut arahan dibotol. Omega 3, lecithin 6.
 
Kalau dah lama berbulan (more than 3 bulan) dah boleh tambah dose dan bagi Lecithin seeloknya diambil sebelum makan, supaya lecithin tu dapat standby dekat usus kecik, bila kita makan, lemak yang ada dari makanan tu terjumpa dengan lecithin, terus lecithin peluk..hihihih manakala OmegaGuard diambil selepas makan untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan takdelah asyik nak makan jerrr..

Lagi satu kelebihan Omegaguard ni ialah ia akan memberikan isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon Leptin. Yang mana hormone leptin ni berfungsi untuk mengawal selera makan. Semakin tinggi kadar leptin didalam badan seseorang, maka semakin rendahla selera makan kita.
So sekarang anda dah tahukan apa perbezaan diantara Lecithin dan OmegaGuard ni..

Saya makan dua2 sekali sebab saya menyusu badan, maka sampailah jugak khasiat tu pada anak..

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Lecithin dan OmegaGuard ni, boleh hubungi saya ye..

Setiap pembelian saya menyediakan Tips TERBAIK khas untuk anda.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. COD dikawasan sekitar Kuala Terengganu
 
Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Wan Nadiah
♥ sms/whatsApp: 013-9213938
 

Disebalik WARNA-WARNI makanan

 
 
Mungkin kita selama ni tidak perasan yang warna makanan juga mempengaruhi dan boleh memberi kita pelbagai nutrien.

Bukanlah pewarna tambahan yang terdapat dalam gula-gula, minuman buahan dan lain-lain makanan yang diproses yang saya maksudkan tu..jangan salah paham ye..hihihihi..

Maksud saya adalah sayuran dan buahan yang berwarna-warni. Tahukah anda yang setiap buahan dan sayuran yang berwarna-warni itu mengandungi photonutrien yang spesifik untuk menggalakkan kesihatan tubuh kita? Mari kita baca khasiat yang dimaksudkan pada warna makanan yang disenaraikan..
 

Makanan yang berwarna merah seperti tomato, ceri dan epal merah menyokong kesihatan DNA, kesihatan prostat, pertumbuhan sel dan sistem imunisasi kerana tinggi dengan kandungan lycopene dan asid ellagic.


Makanan berwarna kuning dan oren seperti oren, jagung manis dan lobak menyokong kesihatan jantung, penglihatan, fungsi imun, melindungi sel dan mengekalkan penghidratan kulit. Ianya mengandungi fitonutrien seperti alpha-carotene, beta-carotene, hesperidin dan beta-cryptoxanthin - provitamin A karotenoid  membolehkan badan menukarkannya menjadi vitamin A.

 

Makanan berwarna hijau akan menyokong kekuatan paru-paru dan penglihatan kita. Juga untuk tulang dan gigi yang kuat dan memudahkan interaksi diantara sel-sel. Percaya atau tidak sayuran juga kaya dengan kalsium dan nutrien seperti lutein, isoflavin dan zeaxanthin.
 

Makanan biru dan ungu seperti terung dan blueberry memberi sokongan kepada otak, jantung, dan kesihatan tulang, di samping menyediakan perlindungan terhadap pengoksidaan . Ini mengandungi asid ellagic, resveratrol, dan pelbagai jenis procyanidins dan anthocyanidins yang bagus untuk kesihatan kulit.

Mulai sekarang makanlah mengikut warna dan anda akan dapat khasiatnya disebalik warna yang ditawarkan..

Yang penting elakkan makanan yang kaya dengan pewarna tambahan lagi terlarang ye..hihihihi..

Set Slimming Shaklee: BUANG - BAKAR - BINA

 
 
GEMOK?
Siapa nak GEMOK?
Tiada siapa sudi kan..?
Lebih2 lagi jika sebelum ni anda kurus..slim..
Tapi dek kerana kegagalan mengawal nafsu makan..badan naik bagai dipam-pam..
 
Ok, tidak kita nafikan berat badan berlebihan ni bukan hanya mengundang penyakit pada tubuh badan kita, malah turut memberikan kesan negatif pada mental seseorang yang mengakibatkan individu itu sentiasa merasa rendah diri, kurang yakin dalam penampilan seharian, menolak untuk bergaul akibat sering diejek dan memberikan tekanan kerana asyik dibandingkan atau membandingkan diri sendiri dengan bentuk badan mereka yang lebih sempurna. Dari segi fizikal, berat badan berlebihan menyumbang kepada risiko, strok, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, sesak nafas dan yang paling parah kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana ada jenis pekerjaan yang memerlukan berat badan yang ideal untuk diterima bekerja.
 
Wanita dan lelaki juga sama2 perlu mendapatkan berat badan yang ideal kerana overweight turut menyumbang kerana masalah gangguan hormon yang menyumbang kepada masalah haid yang tidak teratur dan menyukarkan kehamilan dikalangan wanita dan kemandulan kepada lelaki.
 
 
 
 
Salah satu tips utama untuk berdiet adalah dengan mengambil supplement yang membantu meningkatkan pembakaran lemak, meningkatkan penyingkiran keluar lemak dari badan dan yang mampu mengawal nafsu makan. Ini diakui sendiri oleh hampir semua pakar nutrisi dan professional dalam menurunkan berat badan.
 
Ramai dari kalangan kita pada hari ini yang cuba berdiet dengan cara mengekang nafsu makan. Tapi tak kurang jugak ramai yang gagal dek sebab semangat tak kuat. Apa lagi time raya, bile ade open house, kalau tak pergi sat gi terase hati tuan rumah pulok, dah pergi tengok macam2 depan mata..habislaaaa…hihihi
 
 
Syarat utama berdiet bukanlah tak sentuh makanan langsung, tetapi yang penting pengawalan jenis dan kuantiti makanan yang dimakan dan memenuhi syarat iaitu kalori yang dibakar lebih tinggi daripada kalori yang diambil.
 
Tahukah anda cara berdiet dengan selamat seperti yang disarankan oleh pakar pemakanan dan pakar nutrisi professional dalam menurunkan berat badan ialah dengan pengambilan makanan yang boleh membantu meningkatkan pembakaran lemak dan kalori, menyingkirkan lemak yang terkandung didalam badan serta mengawal nafsu makan.
 
Tidak dinafikan anda boleh berdiet tanpa bergantung kepada apa-apa supplemen sekalipun namun sekiranya anda tiada disiplin yang kuat, gagal mengawal nafsu makan dan rutin senaman yang ke laut. Memang tak kemanalah ye..
Sekiranya anda serius untuk menurunkan berat badan kerana kesedaran untuk kehidupan yang lebih sihat, Set Slimming Shaklee adalah pilihan TEPAT untuk anda. Ramai yang telah mencuba dan sangat berpuashati dengan penurunan berat badan mereka setelah mengamalkan Set Slimming Shaklee ni. Dengan menekankan kepada kombinasi Bakar, Buang dan Bina, Set Slimming Shaklee ni membantu pembuangan toksin didalam badan bagi membolehkan penyerapan nutrisi yang baik, membakar dan membuang lemak dengan cepat dan membantu membina otot2 anda sepanjang proses penurunan berat badan.   
HERB-LAX (BUANG)
  • Fungsi utama HerbLax adalah untuk DETOX toksin didalam badan.
  • Salah satu daripada 8 herba yang terkandung didalam HerbLax ialah daun SENNA yang membantu menyingkirkan toksin, melawaskan, merawat sembelit, dan mencuci usus.
  • Proses DETOX perlu dilakukan terlebih dahulu kerana toksin yang tinggi dan usus kotor menghalang badan daripada menyerap nutrisi didalam supplemen dan juga zat daripada makanan seharian kita.
  • Toksin yang tinggi dalam tubuh juga adalah salah satu daripada punca kegagalan diet anda!
LECITHIN (BAKAR)
 
  • Selamat untuk diambil oleh sesiapa sahaja termasuk ibu menyusu
  • Kapsul lembut dan Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO
  • Fungsi utama lecithin ialah menguraikan kolesterol dan lemak didalam badan.
  • Bertindak untuk memecahkan lemak dibawah lapisan kulit.
  • Membantu mencantikkan otot dan kulit.
  • Diambil sebelum makan agar lecithin dapat bersedia lebih awal di usus kecil. Apabila makanan yang kita makan mengandungi lemak, maka lecithin akan menguraikan lemak tersebut untuk dihantar ke usus besar.
  • Menghalang obesiti sekiranya diambil sacara konsisten setiap hari dan berfungsi untuk merendahkan paras kolesterol.
OMEGAGUARD (BAKAR)
 
  • Membakar kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan dan meningkatkan paras kolesterol baik dalam badan.
  • Bagi ibu menyusukan selain membakar lemak, OmegaGuard turut membekalkan DHA dan EPA melalui susu ibu yang disalurkan kepada bayi bagi membantu perkembangan otak.
  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungi sendi, menghilangkan sakit sendi dan sakit lutut.
ALFALFA (BUANG)
 
  • Alfalfa sangat terkenal dengan gelaran Raja Tumbuhan dan kaya dengan vitamin A, C, E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
  • Alfalfa adalah detox semulajadi yang bertindak melawaskan sistem penghadaman dengan lembut, melawaskan pembuangan kencing, menyihatkan ginjal mengurangkan water retention (masalah gemuk air) dan juga membersihkan usus dan darah daripada toksin.
  • Alfalfa tidak sesuai untuk mereka yang menghidap SLE serta mereka yang mempunyai masalah darah pekat kerana Alfalfa mengandungi vitamin K yang berfungsi memekatkan darah yang mana boleh menyebabkan kebarangkalian mendapat strok akibat daripada kepekatan darah yang tinggi.
CINCH SHAKE (BINA)
 
  • Dihasilkan daripada soya non-GMO
  • Mengandungi Leucine yang mana membantu otot kekal dan tidak menggeleber semasa anda dalam proses menurunkan berat badan
  • Rendah glisemik sesuai untuk penghidap Diabetes
  • Bebas daripada laktos - sesuai untuk mereka yang alah terhadap protein susu lembu
  • Tinggi dengan protein - akan membuatkan badan membakar lebih banyak tenaga sewaktu proses mencernakan protein
  • Tinggi dengan serat yang membuatkan anda kenyang lebih lama..dan perut kenyang, so takdelah asyik nak makan jerr kan.
  • Untuk ibu menyusu, Cinch tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan berat badan anak anda tidak naik, bagaimana pun ibu menyusu bolehlah ganti Cinch dengan pengambilan ESP.
 
Haaaaa..nak gemuk pun makan bulan makan tahun kan..
Takkan bile anda nak kurus je makan minggu kan..
 
Winking smile
 
 

 

 

 
 
Maka, jika anda anda mahu mengecilkan dan mengurangkan berat badan, anda perlulah konsisten dalam pengambilan supplemen Shaklee ni disamping rajin melakukan senaman ringan.
 
Jom kembali langsing dengan Shaklee..Banyak kebaikkan yang boleh anda rasai..badan makin sihat dan langsing dan kulit pun semakin cantik..
 
Anda tidak semestinya kena ambil semua supplemen yang disyorkan diatas.. Hubungi saya di talian 013-9213938 untuk konsultasi dan saya boleh syorkan supplemen yang sesuai mengikut bajet anda dan penghantaran bagi kawasan Kuala Terengganu adalah PERCUMA.
 
Diri anda BERHAK mendapat yang TERBAIK..!~